Menjadi seorang majikan atau founder bisnes memerlukan kombinasi dari keberanian, modal, keterampilan, motivasi, dan ‘WHY’ untuk mengambil risiko. Tidak semua orang memiliki kombinasi faktor-faktor ini, sehingga tidak semua orang mampu menjadi seorang majikan
1. Tanggungjawab Berat.
Tittle nampak best, CEO/ Managing Director tapi beratnya tanggungjawab hanya Tuhan sahaja yang tahu. Terpaksa pikul beban besar, buat keputusan yang mungkin semua orang menentang, perlu plan strategi, dan pastikan semuanya berjalan lancar.
Anda juga perlu pastikan duit masuk, perlu kawal duit keluar. Pastikan mereka kekal bekerja. Kerja-kerja semua kena bagi jalan serentak, sistem kena dibangunkan. Kalau jualan ada, memang tak berat. Yang jadi sakit kepala kalau jualan mula menurun. Kos bisnes tetap sama. Habis akal nak fikir waktu itu. Itu kalau semua menjadi, kalau tidak jadi ia akan berganda-ganda berat kena buat keputusan yang membebankan emosi.
Ketakutan untuk mengambil risiko. Menjadi seorang majikan maksudnya perlu berani mengambil risiko, baik risiko kewangan mahupun risiko kegagalan. Tidak semua orang memiliki keberanian untuk menghadapi risiko ini.
2. Tekanan daripada banyak pihak.
Menjadi seorang majikan atau founder juga seringkali menghadapi tekanan dari berbagai pihak. Berikut adalah beberapa tekanan yang mungkin dihadapi oleh seorang majikan :
Kesalahan tetap kesalahan, yang kena hadap adalah kita. Supplier buat silap, majikan kena hadap. Staf buat silap, kita kena hadap. Ekonomi krisis yang tidak memihak kepada kita,yang dituduh scammers tetap kita. Buat bisnes, mana mungkin semuanya sempurna. Pasti ada yang terlepas pandang. Namun di mata orang lain, kita tetap salah. Yang lagi best,yang tiada kaitan dengan kita paling sibuk mengomen dan bagi pendapat seperti mereka pula duduk serumah dengan kita.
Kalau tak kuat anda akan mudah stress dan tertekan. Jadi hati-hati, anda perlu tahu cara untuk manage dan kawal emosi anda.
3. Kena jadi Pakar Selesaikan Konflik.
Menjadi seorang majikan atau founder memerlukan keterampilan dalam menyelesaikan konflik secara berkesan. Berikut adalah beberapa sebab kenapa seorang majikan perlu menjadi pakar dalam menyelesaikan konflik.
Konflik internal dalam sebuah organisasi, konflik internal antara yang sering kali terjadi. Sebagai majikan, Anda harus mampu menangani dan menyelesaikan konflik tersebut agar tidak mengganggu produktiviti dan operasi syarikat.
Konflik dengan pelanggan. Konflik dengan pelanggan dapat terjadi kerana masalah produk, layanan, atau komunikasi yang tidak baik. Majikan harus mampu menangani keluhan dan menyelesaikan konflik dengan pelanggan untuk menjaga reputasi dan loyalitas pelanggan.
jadi makanan kita,konflik yang berterusan. Apa sahaja konflik kita kena setel kan cepat. Kena pandai atasi masalah dalaman dengan team atau dengan orang luar. Ini memang kena ada skill bercakap yang power dan boleh susun solusi masalah dengan baik. Orang muda biasa ada isu dekat sini sebab kurang pengalaman handle konflik, sebab itu makin berusia seseorang yang buat bisnes. Makin kurang dia beri pendapat isu orang lain,sebab isu diri sendiri sudah banyak. Kita sebut matang pengalaman.
4. Masa dan Komitmen.
Jadi pemilik bisnes bukan kerja yang main-main, memerlukan masa dan komitmen yang berterusan. Kena sedia luangkan masa lebih untuk meeting, planning, dan settle kan task yang diberi. Kalau bisnes masih lagi di peringkat awal, kerja 16-20 jam sehari itu normal. Kadang-kadang sudah lebih 10 tahun bisnes, masih lagi belum boleh lepaskan bisnes kerana belum bangunkan sistem yang betul. Sebab itu tidak semua orang mampu berikan masa dan komitmen yang luar biasa ini.
5. Kena ada Pelbagai Personaliti.
Menjadi seorang majikan atau pengusaha memerlukan berbagai jenis kepribadian yang harus dimiliki. Berikut adalah beberapa kepribadian penting yang diperlukan bagi seorang majikan:
Kepribadian pemimpin seorang majikan harus memiliki jiwa kepemimpinan yang kuat untuk dapat memimpin dan membuat keputusan penting, dan membawa bisnes mencapai visi dan tujuannya.
Di antara punca kenapa ada sesetengah orang berniaga asyik gagal ialah sebab tidak percaya kepada PROSES.