Selamat Hari Ibu kepada semua insan yang bergelar ibu atau apa jua panggilan buat seorang ibu yang telah berkorban tanpa mengenal erti jemu dan lelah dalam mengasuh, mendidik dan memberi kasih kepada anak-anak.
Kepada dua orang insan bergelar ibu yang telah memberi impak besar dalam hidup saya, Allahyarhamah Tuminah Abdul Jalil, ibu saya dan Datin Seri Hamidah Khamis, ibu kepada anak-anak saya. Dedikasi dan kasih sayang kedua-duanya terhadap diri dan seluruh kehidupan saya adalah tidak terhingga.
Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalas jasa dan bakti yang telah mereka curahkan kepada diri saya dan keluarga tercinta.
Bagi yang masih mempunyai ibu di sisi, berilah sepenuh perhatian, luangkanlah masa dan hargailah mereka dengan sepenuh hati. Bagi yang telah tiada, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka yang telah banyak berkorban demi membesarkan anak-anak dan menunaikan amanah Allah SWT dengan sebaik-baiknya.
Ibu adalah orang pertama yang menginginkan kita untuk menjadi yang terbaik dalam meraih impian kita. Marilah kita menggunakan masa yang ada untuk meluangkan waktu dan mengungkapkan betapa kita menyayangi mereka.
Semoga Allah SWT menjadikan kita anak-anak yang soleh dan solehah, yang sentiasa berbakti kepada ibu bapa kita. Amin
Terima kasih atas segala pengorbanan dan kasih sayang yang ibu berikan! Selamat Hari Ibu kepada usahawan di luar sana yang bergelar ibu!
Terima kasih & Selamat Hari Ibu 2024!