Apa yang istimewa di Menara ESQ 165 sehingga team FunnelEvo serta rombongan Bisnes Trip High Level Coaching FunnelEvo ke Menara ini?
Jom kami rungkaikan di blog kalini. Pak Ary Ginanjar Agustian merupakan pengasas ESQ.
Alhamdulillah kami berpeluang membawa lebih 100 orang usahawan bimbingan FunnelEvo iaitu President Prime, President dan Mastermind ke Mebara ESQ 165.
3 perkara yang Pak Ary kongsikan kepada semua yang hadir adalah
- Ubah niat dengan Grand Why
- Respons dengan Growth Mindset
- Talent DNA
Apa itu talent DNA?
Anda kenal kekuatan diri anda yang membuatkan anda unik dan istimewa?
Sejauhmana anda mengenali, memahami dan menggunakan sepenuhnya kekuatan diri yg Allah berikan?
Dari kajian, mereka yg bekerja menggunakan kekuatannya, 6 kali akan lebih bahagia dan puas dalam pekerjaannya.
Selain itu, memahami kekuatan atau bakat anda juga akan sangat membantu anda memahami cabaran yang terjadi dalam hidup anda dan bagaimana mengatasinya.
Ia juga membantu untuk kita berkomunikasi secara effective dengan orang lain.
Inilah sesungguhnya kekuatan sejati seorang manusia. Fitrah DNA talent Leadership yang merupakan kurniaan Allah.
Ketahuilah ESQ, bukan hanya cap jari manusia yang unik dan berbeza, akan tetapi semua manusia juga memiliki talent Leadership yang unik dan berbeza-beza. Inilah kunci Rahsia yang harus kita temukan.
Alhamdulillah FunnelEvo juga telah menandatangan MOU kerjasama bersama ESQ. Di harapkan dengan kerjasama ini ESQ dan FunnelEvo dapat kembangkan lagi berkongsi manfaat kepada lebih ramai orang. Insya-Allah.