Aidilfitri datang lagi, begitu jugalah kesesakan jalan termasuk lebuh raya utama seluruh Malaysia.
Sempena musim perayaan ini, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan mengaktifkan 18 lokasi ‘Smart Lane’ di sepanjang lebuh rayanya untuk menampung peningkatan jumlah trafik.
Bagi musim perayaan Aidilfitri ini, dijangka angka pengguna trafik mencapai sekitar 2.1 juta pada waktu puncak iaitu peningkatan 15 peratus berbanding 1.8 juta pada hari-hari biasa.
Sempena dengan sambutan hari raya aidilfitri yang bakal tiba, pihak pengurusan dan Team FunnelEvo ingin mengucapkan selamat pulang ke kampung halaman buat semua muslimin dan muslimat yang pulang berhari raya di kampung.
Berhati hatilah dalam perjalanan, sabar dan tenang walaupun sudah pasti akan menempuh kesesakan jalan raya.Buatlah persiapan mental dan fizikal semoga semuanya selamat pulang berhari raya di kampung dan selamat juga kembali ke sini nanti.
Selamat hari raya aidilfitri-Maaf Zahir dan Batin