Mulakan tahun baru dengan betulkan niat, mungkin sebelum ini kita was-was dengan pendapatan kita cuba untuk dengan cara Rasul berniaga. Mulakan dengan berbisnes bersama-sama dengan Yang Maha Kaya dan Pemilik segala isi alam ini.
Jangan kita pisahkan diri kita, operasi bisnes kita, tatacara pengurusan kita dengan Allah S.W.T.
1. Dia adalah ‘Majikan’ kita.
Dia tidak mengharapkan apa-apa dari kita, malah Dia yang Maha segalanya. Kita adalah hamba yang Dia kasihi. Tinggalkan perkara yang dilarang, buat perkara yang Dia sukai. Ini tanggungjawab utama kita, beribadat. Jadikan urusan berbisnes kita sebahagian dari ibadat yang difardhukan kepada kita. Nak buat sesuatu, ‘minta’ approval’ pun dari Dia.
2. Dia adalah ‘Pengurusan Tertinggi’ kita.
Maka bila kita buat kerja, urus kerja, semua kita kena ikut peraturan/ SOP yang Dia dah tetapkan untuk kita, S.O.P dah diberi dalam bentul Al-Quran, Hadis dan Sunnah maka tak ada kaedah lain melainkan kena ikut jangan tersasar.
Jangan nak memandai-mandai ubah itu dan ini kononnya macam kita lebih tahu. Mana mungkin kita lebih baik dari Dia Yang Maha Mengetahui dan sebaik-baik Perancang.
3. Dia adalah ‘Jaminan’ kita.
Jangan sesekali putus harapan dan hilang penggantungan diri kita kepada Dia. Tak cukup, minta dari-Nya. Tak lengkap, mohon dari-Nya. Jangan sesekali ragu-ragu samada kita akan dibantu atau tidak, Dia Maha Pemberi. Berdoalah senantiasa kepada-Nya, nescaya akan dimakbulkan.
4. Dia adalah ‘Pembimbing’ kita.
Tak tahu mana nak hala, berbalik lah kepada Dia. Rasa hilang punca dan nak minta pedoman, mohon lah dari Dia petunjuk untuk kita terus berada di landasan yang Dia redhai. Sentiasa berbalik kepada Dia. Dia tempat kita mengadu damba.
5. Dia adalah ‘Rakan Kongsi’ kita.
Utamakan pembahagian pendapatan dan keuntungan bisnes kita ke jalan yang Dia sarankan. Sedekah adalah salah satu darinya. Utamakan sedekah. Bukan kita yang memberi sedangkan Dia Maha Kaya.
Setiap hari atau setiap bulan, ambil beberapa peratus dari perolehan pendapatan kita untuk disedekahkan. Utamakan yang ini terlebih dahulu. Kita yakin sedekah adalah apa yang ‘partner’ kita telah firmankan. Buat jer. Taat.
Buat lah apa pun asalkan berpaksi kepada syariah compliance.
Kita di sini di pentas ujian. Tahap yakin dan iman seseorang itu akan diuji di sini dalam pelbagai bentuk. Kaya pun ujian, miskin pun ujian. Susah pun ujian, senang pun satu ujian.
Jangan melihat sekadar dari mata kasar tapi melihat juga dari mata hati. Kehadiran kewujudan Dia pasti kita dapat rasa. Insya-Allah