Sebagai usahawan, anda pasti sedar dengan isu Indonesia Ban Tik Tok Shop. Saya difahamkan penutupan TikTok Shop di Indonesia adalah untuk menambah baik ekosistem perniagaan di negara terbabit.
Ada ura-ura juga yang mengatakan Malaysia bakal mengambil tindakan yang sama tetapi masih belum keluar berita yang sahih.
Menteri Perdagangan Indonesia Zulkifli Hasan mengumumkan Indonesia mengharamkan TikTok Shop yang memberi pendapatan tinggi peniaga dalam talian berkuat kuasa serta-merta.
Ia bertujuan melindungi peniaga di luar talian dan pasaran kerana harga ditawarkan terlalu murah hingga menjejaskan peniagaan kecil dan sederhana di luar premis serta menghalang penggunaan data peribadi dalam kepentingan perniagaan, sekali gus ekosistem perdagangan elektronik yang adil, sihat lagi bermanfaat.
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mengeluarkan kenyataan itu pada 7 Oktober lalu berhubung pertimbangan kerajaan Malaysia mengenai tindakan yang dilakukan oleh Indonesia mengharamkan TikTok Shop sebelum merangka langkah yang bersesuaian di negara ini.
Bagi usahawan jika TikTok Shop ia masih diteruskan, ada yang telah pun mempunyai perancangan yang bakal dilakukan. Ada stokis bergantung dengan TikTok Shop, ada juga stokis yang bergantung kepada jualan secara offline, mereka mempunyai ‘team’ yang ramai untuk survive.
Kesimpulannya adalah, platform bukan milik kita tetapi jika kita menyimpan database inSya-Allah kita boleh menggunakannya berkali-kali.
Nak belajar bagaimana nak perah database jadi duit? Jom daftar ke Amazing Founder- Grow Bisnes Lebih Laju!