Sebelum PKP dan selepas PKP kita sering mendengar ada kedai makan yang tutup. Ada yang bulan lepas buat opening tetapi bulan ni dah tutup.
Mungkin pada awalnya, dengan pelbagai kaedah pemasaran yang dibuat, premis anda dikunjungi ramai. Anda pun lega dan berpuas hati.
Tapi, tiba-tiba saja, dalam tempoh masa tertentu, anda mendapati premis anda tidak lagi menjadi pilihan pelanggan. Tiada lagi yang memberikan komen positif di media sosial.
Akhirnya restoran anda hanya dipenuhi meja dan kerusi kosong, pekerja pula hanya duduk bosan kerana tiada kerja, dan angka dalam buku kira-kira anda juga hanya membuatkan rambut anda gugur dan dahi berkerut-kerut.
Apa sebenarnya punca kedai makan ini cepat sangat buka dan cepat juga tutup. Jom kami kongsikan 7 kesalahan kedai makan yang boleh boleh anda cepat ‘gulung tikar’.
1. Harga Mahal, Makanan tak ada KUALITI.
Kita tahu ini adalah soal yang subjektif, memandangkan kuasa membeli dan berbelanja rakyat Malaysia dan pelanggan anda adalah berbeza-beza.
Kedai makan tetapi makanan tak sedap, tak ada kualiti! Betul rasa makanan ini berbeza setiap orang, berbeza setiap tekak yang merasa. Namun jika 10 orang masuk kedai tetapi hanya 1 orang sahaja cakap ‘okeylah’ there must be something wrong some where yang anda perlu betulkan.
Sebagai contoh Chicken Chop berharga RM26.00 tetapi portion kecil, tidak lengkap dengan mashpotato rasa pula teruk dan di masak pula oleh chef yang biasa-biasa.
Ada juga yang mungkin menjual hidangan Chicken Chop yang lebih mahal contohnya satu set RM30.00 tetapi portion besar, hidangannya lengkap dengan mashpotato, brocoli stim dan 2 perisa sauce serta di masak oleh chef yang terkenal dan menang mana-mana pertandingan. Jika situasi ini, kami pasti pelanggan tidak akan mengeluh.
Tolong jangan abaikan feedback pelanggan anda jika anda nak perniagaan anda kekal lama.
2. Kedai Makan Dah Macam Rumah Hantu!
Suasana kedai makan yang suram juga dapat menjejaskan sales dan kunjungan pelanggan.
Zaman sekarang decoration kedai makan menjadi peranan no 1 untuk menentukan jumlah pelanggan yang akan datang. Zaman dahulu mungkin anda boleh abaikan part decoration ini.
Memandangkan zaman sekarang adalah zaman content viral di TikTok dan sosial media, anda tidak boleh terlepas pandang part ini.
Zaman sekarang, ramai orang berkongsi pengalaman mereka di media sosial. Kedai makan dengan suasana menarik memiliki peluang yang lebih besar untuk diabadikan dalam gambar dan video seterusnya dikongsi di sosial media. Jika suasana kurang menarik, pelanggan mungkin merasa kurang berminat untuk datang dan kongsi pengalaman mereka.
3. Pekerja yang kurang mesra!
Pekerja kedai kedai makan yang susah sangat nak senyum! Muka ketat! Ini juga antara faktor pelanggan tak datang kedai anda terutamanya anda yang buat bisnes seperti servis kedai makan.
Macam mana pelanggan nak datang kalau pelayan pun acuh tidak acuh melayan?
Apabila pelanggan minta “dik nk air suam, dik nk sambal belacan, kak nk budu extra, kak nk oder lg”. Sepatutnya pekerja kene lah senyum biarpun tak ikhlas sebab pelanggan datang mereka bayar untuk dapat servis daripada kita.
Cuba tengok cara Starbucks layan pelanggan, siap panggil nama kita bila order siap. Dengan cara itu Starbucks buat pelanggan mereka rasa dihargai.
4. Tandas Tidak Bersih!
Berselerakah anda untuk terus makan jika mendapati tandas restoran tidak bersih?
Walaupun kedai anda menyediakan servis terbaik! Makanan paling sedap tetapi jika tandas anda kotor percayalah pelanggan yang hadir dia tidak akan kembali!
Kepada peniaga kedai makan sila ambil berat isu tandas kedai makan anda.
5. Saudara Mara Terlalu Kerap Datang!
Tak percaya dengan fakta ini?
Jom kami dedahkan kenapa apabila kedai kita terlalu kerap saudara mara datang menjadi punca kedai makan kita kurang pelanggan.
Terlalu kerap sedara mara datang sampai separuh kedai penuh, port meja yang best pun customer tak boleh duduk sebab ada sedara mara, jiran tetangga, girfriend anak cop tempat semua.
Kadang-kadang pelanggan nak panggil oder pun serba salah takut menyampuk perbualan sekeluarga.
Pastinya apabila saudara mara yang datang anda cuba sembunyikan kekurangan kedai makan anda, jadi anda akan memberikan mereka layanan terbaik, servis terbaik dan mungkin anda akan dahulukan order mereka berbanding pelanggan anda. Yelah sebab takut, takut “Nanti apa mereka cakap”.
Hal ini akan membunuh perniagaan anda secara perlahan-lahan.
6. Nama Kedai Yang Tidak Meyakinkan.
Baru-baru ini saya ternamapk satu posting di TikTok dengan lagu sedih dan penceritaan yang mengatakan “3 bulan buka kedai tetapi pelanggan tak ramai, kadang-kadang 1 hari tiada pelanggan masuk kedai pun”.
Apa yang mengejutkan adalah rata-rata netizen meninggalkan komen “Tak tahu pun kedai tu owner Melayu”, “Kedai halal rupanya, ingatkan kedai tak halal”.
Jadi dari situ saya nampak pemilihan nama kedai memberi peranan dan persepsi kepada pelanggan.
Nama kedai yang tidak meyakinkan dapat memiliki impak negatif pada bisnes Anda. Nama kedai adalah sebahagian penting dari branding dan dapat memengaruhi persepsi pelanggan keseluruhan.
Untuk mengelakkan kesan-kesan negatif ini, pertimbangkanlah untuk memilih nama kedai yang sesuai. Nama yang mudah di ingat, relevan dengan jenis makanan atau servis yang anda tawarkan, dan menarik bagi target pasaran anda.
Jangan lupa juga untuk pastikan adakah nama tersebut telah digunakan oleh orang lain dan untuk memastikan bahwa tidak ada maksud negatif dalam bahasa atau budaya tertentu.
Jika perlu, anda perlu mendapatkan bantuan dari ahli branding atau konsultan untuk membantu anda memilih nama yang tepat.
7. Satu Order Ambil Masa Lebih 30 Minit! Lama Sangat!
Oder tak banyak tapi masa menunggu lama sangat, sampai anak pun dah tertidur!
Kalau pelanggan ramai mungkin ada yang memahami tetapi jika meja sebelah pun banyak kosong apa alasan untuk makanan lambat sampai?
Servis hantar makanan lambat satu hal, dah hantar tapi asyik salah hantar oder. Lain yang di oder lain pula yang dihantar. Cth oder Nasi Goreng Pattaya dengan Air Suam. Air Suam pun lambat sampai. Dahh setengah jam pun tak sampai lagi.
Nasi Goreng Pattaya dah sejam pun belum muncul-muncul lagi. Kemudian dia datang pula tanya kita “Order tak sampai lagi ke?” Boleh pulak cakap “Owoh bey, kito baru ingat bey, kito lupo bey, meta meta”
Kesimpulannya.
Bayangkan, dengan kewujudan banyak pesaing di mana-mana lokasi lain, mengapa pelanggan perlu datang kembali ke tempat anda?
Rahsianya adalah hidangan makanan yang berkualiti tinggi. Apa yang anda tidak ‘selera’ untuk makan di kedai makan lain, janganlah itu yang anda hidang kepada pelanggan anda.
Apabila hidangan makanan anda pada tahap biasa-biasa, pelanggan tiada hati nak ‘repeat‘. Banyak lagi lokasi lain boleh dicuba.
Dengar, pantau, peduli, dan bertindak!
Selain itu, pelbagaikan menu sekali-sekala. Perkenalkan menu baharu supaya ia membawa kelainan di tunas rasa pelanggan anda.
Kalau asyik hidang menu yang sama selepas dua tahun, sudahlah kualiti ala kadar saja, lebih baik pelanggan ke berbondong-bondong ke tempat lain saja!
Belajar sesuatu dengan perkongsian kali ini? Jangan lupa kongsikan dengan kenalan anda.
Nak belajar bisnes dengan cara yang betul? Daftar Amazing Founder : Grow Bisnes Lebih Laju sekarang!