Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/funnelevo/apps/funnelevo/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Siapa Yang Layak Menerima Daging Korban?

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/funnelevo/apps/funnelevo/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

لَنْ يَّنَالَ اللّٰهَ لُحُوْمُهَا وَلَا دِمَاۤؤُهَا وَلٰكِنْ يَّنَالُهُ التَّقْوٰى مِنْكُمْۗ كَذٰلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمْ لِتُكَبِّرُوا اللّٰهَ عَلٰى مَا هَدٰىكُمْ وَبَشِّرِ الْمُحْسِنِيْنَ

“Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas berdasarkan taqwa dari kamu.”

Kalau kita tak ikhlas cantik macam mana lembu kambing, tak akan sampai kepada Allah. Korban yang terbaik ialah haiwan yang paling baik, yang paling mahal, yang paling disayangi dan yang paling sedap dagingnya.

Ingat perniagaan memerlukan sebuah pengorbanan, dari segi masa, tenaga, kewangan dan sebagainya… Bukan untuk kaya semata-mata, tapi membuka ruang untuk kita memberi ruang dan berkongsi rezeki pada mereka yang memerlukan. Insya Allah.

Cinta, Pengorbanan & Keikhlasan. Jika ditanya pada diri, Sudah berapa kali kita memberi?

Terkadang Allah hadirkan rezeki, agar kita dapat dikongsi kepada mereka yang perlu.

“Tidaklah sedekah itu mengurangkan harta seseorang dan Allah akan menambahkan kemuliaan bagi orang yang memberi kemaafan. Begitu juga Allah akan mengangkat kedudukan seorang yang bersifat tawaduk.” (HR Muslim)

Begitulah jika kita berkongsi daging korban. Sebagai tanda hadiah dan kasih sayang sesama insan daging korban bagi kita mungkin kurang bermakna. Sebab kita mampu beli bila-bila masa. Tetapi, ramai sangat sebenarnya keluarga yang merasa makan daging lembu tempatan segar setahun sekali je ketika Raya Korban.

Ingat, daging korban ini agihkan dah utamakan kepada golongan asnaf fakir miskin.

Kenapa perlu berjaya dalam perniagaan? Ini antara sebab kenapa orang islam perlu kaya.

1. Bayar zakat lebih.

2. Dapat bersedekah lebih.

3. Dapat bantu diri & keluarga.

Jadi kaya bukan semata-mata ingin hidup senang; beli kereta besar, beli rumah besar. Jadi kaya supaya kita dapat membantu umat Islam seramai yang mungkin sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat.

Jangan buat dua perkara ini ketika melapah daging korban:

1. Ambil dulu bahagian yang disukai tanpa izin.

Dosa yang sering berlaku semasa melapah daging korban ialah mencuri daging atau bahagian yang disukai.

Jika nak ambil daging korban atau bahagian istimewa daripada haiwan korban perlu meminta izin dari empunya dulu.

2. Ambil daging korban atas dasar upah kerja.

Ini kerap dilakukan tukang sembelih, pelapah atau mereka yang terlibat dengan proses penyembelihan.

Kadang-kala mereka merasa mereka berhak kerana menolong atau kerana AJK masjid. Sedangkan daging korban tidak boleh dijadikan upah.

Biasanya, mereka akan letakkan bahagian yang mereka sukai itu berasingan untuk mereka ambil apabila selesai urusan pelapahan haiwan korban.

Sebenarnya tiada masalah kalau dah meminta izin dari individu yang melakukan ibadah korban tersebut.

Firman Allah:

ياأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ

(maksudnya) “Wahai mereka yang beriman, jangan kamu makan harta kamu antara kamu dengan cara yang batil (salah)” (Surah al-Nisa: 29).

Jika seorang itu mendapat sumbangan daging korban yang banyak maka jika dia bukan dari kalangan faqir miskin nescaya tidak harus dia jual daging tersebut tetapi harus dia hadiahkannya atau sedekahkannya kepada orang yang lain pula.

Jangan lupa share artikel ini

Related Articles

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!