Rumah Hampir Dilelong, Eletrik Pernah Dipotong Dan Kereta Juga Pernah Ditarik!

Dahulunya pernah bekerja sebagai engineer. Semasa tinggalkan pekerjaan, beliau dan isteri tiada simpanan. Ketika itu, mereka komited untuk jalankan perniagaan. Dipandangan mereka, orang yang berniaga adalah orang yang kaya-raya.
 
Tuan Mior dan isteri cuba macam-macam jenis perniagaan. Ini termasuk business jual baju, cetak baju, dan beli kain dari Indonesia untuk dijadikan baju. Semuanya dijalankan tanpa ilmu. Dalam pelbagai jenis perniagaan yang dicuba, ada satu bisnes yang melekat. Iaitu bisnes cream puff.
 
Cabaran demi cabaran dalam perniagaan, Tuan Mior tekad untuk cari guru untuk ubah tahap kewangan, bisnes dan hidup beliau sekeluarga. Bermula dengan sertai sesi EVOLUSI – Rahsia Jemput Rezeki & kejayaan pada tahun 2019 beliau semakin jelas apa yang beliau nak capai dalam perniagaan dan komited untuk dibimbing!
 
Pernah satu ketika beliau berada dalam keadaan terdesak. Kereta yang dimiliki hampir dijual dan rumah beliau sehari sahaja lagi akan dilelong!
 
Bayangkanlah, sehari sahaja lagi sebelum rumah beliau dilelong, beliau masih tiada hala tuju beserta isteri dan anak-anak beliau. Tapi alhamdulillah, dalam silaturahim ada rezeki. Ada kenalan muncul dan berikan jalan penyelesaian. Itulah detik permulaan Tuan Mior untuk bangkit semula dalam kehidupan dan bisnes.
 
Sembilan tahun dalam dunia bisnes bukanlah satu tempoh yang baru untuk sesetengah usahawan. Mula berniaga secara part time kerana pada awalnya tidak berminat untuk berniaga. Namun setelah melihat kesungguhan isterinya dalam bisnes, minat bisnes mula wujud dalam diri.
 
Pernah ada satu ketika beliau jalankan bisnes makanan, terpaksa menyiapkan tempahan sehingga lewat pagi dan kadang-kala tidak sempat tidur. Beliau rasa tertekan dan rasa sukar ketika itu kerana semua perkara harus dilakukannya sendiri, baik dari segi penghantaran, memasak hinggalah aspek pengurusan pemasaran, ujarnya.
 
Kereta yang satu-satunya kenderaan yang membantu pergerakan harian pernah ditarik dan disebabkan itu beliau terpaksa berjalan berkilometer jauhnya untuk membeli barangan bisnes. Ujarnya salah satu cabaran terbesar dalam bisnes apabila rumah yang didiaminya seisi keluarga hampir dilelong dan beliau harus menyediakan RM 10 Ribu untuk mendapatkan semula hak rumah tersebut.
 
Asbab rezeki yang diberikan oleh Allah SWT hasil dipertemukan dengan Tuan Fahdi, beliau berjaya aplikasikan beberapa ilmu bisnes terus ke dalam team dan juga pengurusan bisnes, antaranya ilmu dari segi leadership, cara bina tim, cara menguruskan pemasaran bisnes dan juga cara mengendalikan cash reserved.
 
Kalau dulu nak dapat RM500 seminggu pun susah tapi Alhamdulillah Allah bagi rasa dapat buat sales lebih RM2 Juta dalam bisnes, bukan itu sahaja kalau dulu beliau terpaksa menyewa lori atau van untuk keperluan bisnes kini beliau berjaya membeli sebuah lori baru untuk memudahkan urusannya dan tim dalam bisnes. Tahniah Tuan Mior di atas kejayaan!
 
Semua orang mampu untuk berjaya. Semua orang yang lahir di dunia ini layak untuk berjaya.
 
“Tidak akan ada orang lain yang akan bantu diri kita melainkan diri kita sendiri untuk berjaya.”
 
Jadi mulai hari ini buat perkara yang kita rasa boleh membawa kejayaan dalam diri kita dan juga bisnes.
Gambar bersama team Kek Malaya di Seminar Evolusi November 2022 di SACC Shah Alam.
Sesi perkongsian Tuan Mior (kiri) di Seminar EVOLUSI Founder Edisi Grow Sales Bisnes Puasa & Raya di iDCC, Shah Alam bersama Life & Business Mentor Tuan Fahdi Ghazali (kanan).

Ini adalah 3 strategi yang digunakan Tuan Mior yang telah berjaya tingkatkan sales beliau: 

  • Buat Contest

Nak naikkan averange transaction satu orang pelanggan. Sorang pelanggan membeli RM35, cuba naikkan untuk pelanggan spend RM50. Bagi hadiah RM5000 sebagai cabutan hadiah minima. Dah kira margin, kos semua baru letak nilai.

  • Kumpul database

Siapa yang membeli RM50 akan kumpul database pelanggan, untuk buat marketing selama ini. 

  • Create Urgency

Masa sangat penting ada urgency untuk pastikan pelanggan buat tindakan dengan lebih cepat dan pelanggan rasa rugi jika tidak ambil tawaran.

Nasihat Untuk Usahawan:

Kalau nak berguru perlu cari ‘life’ mentor yang betul dan yang paling penting guru itu perlu tahu yang kita anak muridnya dan dia adalah guru kita.

Jangan lupa share artikel ini

Related Articles

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!