Ramai sebenarnya kurang tepat apabila merancang kempen pemasaran online. Dan kebanyakan beranggapan medium pemasaran Facebook adalah yang terbaik. Pada pandangan saya ia salah sama sekali.
Anda perlu faham, Facebook Ads adalah ‘salah satu medium pemasaran’ sahaja. Ada banyak lagi medium lagi seperti Google dan Instagram.
la ibarat sungai-sungai kecil yang akhirnya mengalir masuk ke dalam laut. Itulah ibarat Facebook. Namun tidak dinafikan, Facebook adalah antara sungai yang besar dan deras diantara yang lain.
DIMANA LAUT ANDA?
Integration marketing saya ibaratkan laut yang kita cipta sendiri dan kita gunakan Facebook, Google dan Instagram sebagai sungai kecil.
Laut tersebut adalah tempat dimana kita menuai hasil. Dilaut kita sendiri, tidak ada orang yang boleh banned, flagged, sepak terajang kita. Kita yang 100% control.
Kita boleh bina empangan, kita boleh bina platform, kita nak korek sedalam mana laut kita, tak jadi masalah.
LAUT ANDA ADALAH BLOG/WEBSITE ANDA
Ya, step pertama untuk integration marketing adalah anda WAJIB memiliki BLOG perniagaan anda sendiri. Kalau anda ada jenama kecantikan, kesihatan, pakaian, bina satu blog untuk anda share tips dan pendapat anda disitu.
Blog yang anda perlu ada perlulah blog yang berbayar, Bukan menggunakan domain seperti blogspot atau wordpress. Sebagaimana anda perlu membayar Facebook untuk iklan, anda perlu keluarkan sedikit duit untuk membeli hosting dan domain.
AMBIL PAKEJ YANG MURAH DAHULU UNTUK ANDA BIASAKAN DIRI. APABILA ANDA SUDAH SIAPKAN BLOG, ANDA BOLEH MULA BUAT BEBERAPA POSTING YANG BERMANAFAAT UNTUK DIKONGSIKAN KEPADA LIKERS FANPAGE ANDA.
Ini supaya, untuk membaca, mereka boleh ke blog anda. Secara tidak langsung, LIKERS fanpage anda akan ‘memandang tinggi‘ brand yang ada website/blog sendiri.
Dan ini akan wujudkan trust yang tidak berbelah bahagi. Saya ambil contoh mudah. Kebanyakan nama besar seperti “Roti Kaya’, ‘The Vocket”, “Semuanya Bola”, “Beautiful Nara”, mereka semua memiliki LAUT mereka sendiri, dan laut ini adalah blog atau website mereka. Orang akan jadi pengikut setia bila mereka rasa, mereka boleh percaya anda.
Suapkan mereka dengan artikel yang menarik. Power. Untuk idea artikel, anda boleh ke buzzsumo.com. Disana anda hanya perlu masukkan kata kunci blog atau artikel yang anda mahu tulis, ia akan keluarkan 1001 artikel yang sudah ‘famous‘ di dunia. Hanya perlu buat kembali artikel yang sama.
Ingat, jangan copy bulat-bulat! Google tidak suka website yang copy paste. Buatlah artikel yang genuine dari anda sendiri. Buzzsumo hanya sebagai medium untuk anda cari idea penulisan.
Setakat ini sahaja perkongsian ini. Jika anda nak dapatkan lebih banyak tips bisnes, motivasi dan inspirasi usahawan? Jom join Channel Telegram FunnelEvo sekarang!