Tak dinafikan, trend penggunaan aplikasi TikTok sekarang ini semakin menjadi-jadi.. Aplikasi TikTok ini menjadi pilihan utama generasi sekarang untuk berkongsi sebarang konten berbentuk peribadi atau lifesytle, mahupun konten yang berbentuk ilmu berkaitan bisnes.
Namun, ada segelintir golongan yang mengambil kesempatan untuk menggunakan platform tersebut untuk ‘memancing’ mangsa dalam program MLM (Multi Level Marketing).
Jadi baru-baru ni,, TikTok dah mengemaskini panduan komuniti mereka dan turut menambah polisi terbaru dengan membuang sebarang konten yang ‘menjanjikan‘ keuntungan dari segi “kewangan dan peribadi” dengan sebarang program/produk/servis yang berkaitan MLM, Skim Piramid atau Ponzi.
Mungkin kita juga sedia maklum, platform lain seperti Facebook & Instagram juga dah menguatkuasakan polisi yang sama sebelum ini.
Jadi apa yang kita boleh katakan, langkah sama yang diambil oleh TikTok ini sebagai langkah untuk memastikan konten yang dipaparkan di platform ini sentiasa kekal relevan untuk pengguna-pengguna nya..
Nak dapatkan banyak lagi info-info menarik tentang bisnes, motivasi dan inspirasi?
Boleh join Telegram Channel FunnelEvo DISINI.