“Adakah penting marketing audit untuk bisnes saya?”
Ya sangat penting untuk anda elak daripada tersilap langkah.
Tak semua orang nak mulakan kempen marketing dengan strategi yang betul. Semua orang nak run kempen marketing ikut apa dia rasa sesuai untuk bisnes atau produk mereka.
Anda pun begitu?
Sememangnya tak salah anda buat macam tu. Mana lagi bagus, anda dapat tahu strategi yang sesuai dengan bisnes anda bersama DATA yang proven atau anda LANGGAR je apa-apa strategi marketing sampai anda jumpa yang sesuai dengan bisnes anda?
Terpulang pada anda. Kalau langgar je, nak tunggu berapa lama baru dapat strategi yang sesuai dan pastinya banyak kos yang akan dikeluarkan.
Tapi jika anda ada data yang proven untuk strategi marketing anda, pastinya ia akan membantu meningkatkan jenama anda dan seterusnya melonjakkan jualan anda.
Kali ini kami akan share 5 sebab kenapa marketing audit penting untuk bisnes anda.
1. Kempen Marketing Untuk Capai Matlamat
Ramai dikalangan anda sebagai pemilik bisnes begitu fokus kepada matlamat yang nak dicapai. Semua benda nak dibuat untuk capai matlamat sehingga terlupa kenapa kempen marketing itu dilaksanakan.
Ini pentingnya marketing audit. Anda sebagai pemilik bisnes boleh susun semula setiap kempen marketing dan hanya fokuskan kempen marketing yang sesuai sahaja untuk mendapatkan hasil yang menguntungkan.
Kadang-kadang terlalu banyak kempen marketing yang dibuat menyebabkan pelanggan keliru tentang bisnes anda. Jadi, mana-mana kempen marketing yang tak mendatangkan hasil anda perlu tutup iklan tersebut supaya pelanggan anda tak keliru.
2. Kempen Marketing Yang Tak Menjadi
Ramai pemilik bisnes terlalu obses dengan iklan berbayar. Adakah anda begitu? Bagi mereka iklan berbayar adalah jalan yang tepat untuk capai hasil yang cepat. Sedangkan ada je yang free dan boleh mendatangkan hasil yang naikkan jualan anda.
Marketing audit adalah satu solusi yang tepat untuk anda tahu strategi marketing yang sesuai untuk produk dan bisnes anda. Bila anda jelas objektif matlamat yang anda nak capai, pastinya anda akan jelas kempen marketing apa yang sesuai untuk anda.
Marketing audit membantu anda spesifikkan kempen pemasaran anda di mana ia dapat diukur dan hasil atau matlamat dapat dicapai.
3. Hasilkan Idea Baru Dan Variasi Pemasaran
Melalui marketing audit, anda akan dapati bahawa anda akan peroleh idea baru dan variasi pemasaran untuk bisnes anda.
Ini kerana marketing audit membuatkan anda lakukan kajian terhadap kempen-kempen marketing pesaing anda dan menjadikan mereka sebagai benchmark. Benchmark dalam kempen marketing ini penting untuk anda lebih jelas dan faham tentang bisnes anda.
“Tiru bulat-bulat ke?”
Tiruvasi marketing. Tiru bersama dengan inovasi daripada idea dan strategi anda. Maka, ada variasi dalam kempen marketing anda.
4. Kenal Siapa Pesaing Anda
Dalam bisnes yang anda jalankan, anda perlu tahu bukan anda seorang sahaja yang menjalankan bisnes tersebut. Banyak bisnes yang sama seperti anda. Bezanya adalah USP dan bagaimana jenama itu dibawa.
Melalui marketing audit, anda akan jelas siapa pelanggan anda, di mana mereka berada dan paling penting anda kenal siapa pesaing anda.
Dari sini anda akan tahu kekuatan dan kelemahan pesaing anda. Marketing pesaing bisnes anda boleh dijadikan sebagai rujukan. Anda mampu untuk merangka kempen pemasaran dan strategi baru yang lebih baik daripada mereka sehingga jenama anda lebih dikenali daripada mereka.
5. Jimat Kos dan Masa
Jika sesuatu kempen marketing gagal dan anda tak melihat secara keseluruhan dengan spesifik, anda akan menghabiskan masa dan wang untuk kempen marketing yang tidak mendatangkan hasil.
Melalui marketing audit, anda akan jimatkan masa untuk fokus kempen marketing yang mendatangkan hasil dan meminimumkan kos pemasaran anda.
Ini sebabnya kenapa ramai orang terutama pemilik bisnes tidak sedar tentang kepentingan marketing audit. Sebenarnya ia dapat membantu anda melakukan perkara yang betul dan seterusnya membantu anda mencapai jualan yang anda inginkan.
Kesimpulan
Marketing audit membantu untuk anda melihat semula strategi dan kempen pemasaran anda dengan jelas mengenai tujuan, matlamat, sasaran jualan dan bisnes anda secara keseluruhan.
Tanpa membuat marketing audit secara berkala, ia akan pasti menjejaskan bisnes anda.
Nak kami bantu anda?
Jika anda nak servis marketing dari FunnelEvo untuk bisnes anda, boleh KLIK DISINI UNTUK FUNNELEVO BANTU ANDA. FunnelEvo adalah marketing agency yang menjalankan digital marketing services untuk bisnes anda.
Komitmen anda kunci kejayaan bisnes anda.