Memang kalau bisnes ni down, nak bangkit balik tu Allah jelah yang tahu perit dia macam mana. Sebab tu kalau terjadi something dalam bisnes, jangan cepat melatah! Cepat-cepat buat preparation untuk bantu pulihkan bisnes. Benda dah ada, tinggal nak buat je..
In sha Allah, kepada anda yang membaca ‘real case study’ ini sampai habis. Saya jamin kejayaan anda juga sama atau lebih seperti kisah ini.
Nama diberi Nurlihi Masrah. Panggil Lihi ja. Perniagaan Lihi adalah menyediakan servis custome packaging kosmetik dan skincare direct daripada China.
Bila cakap pasal China ni, mereka selalunya akan raya pada bulan 1. Jadi bulan 12 tu last dah kena close order. So bulan 1 memang tak ada sales langsung.
Lepas habis bulan 1 tu ingt bulan 2 tu dah boleh order balik la kan, tapi disebabkan Covid-19 ni. Drag sampai ke bulan 3. Total 3 bulan memang tak ada sales langsung. Dah mati kutu dah fikir nak buat macam mana lagi.
Apa yang menyebabkan Lihi bangkit balik pada bulan Mac ni?
Sebenarnya kalau cakap tak down ni tipu la kan? Kena pula time tu sakit, memang double down la jawabnya. Sebab Lihi ni kalau sakit memang tak boleh nak fokus, nak kena sihat baru boleh jalan. So, alhamdulilllah lepas sihat tu, tak buang masa banyak, join juga kelas macam mana sekali pun.
Lihi suka join kelas ni sebab “bila kita jumpa circle kita, memang kita pun jadi semangat. Time tu juga senang idea masuk. Macam Magik pun ada. Selama ni duduk sorang-sorang tak boleh nak buat apa. Bila ada circle ni memang boleh bantu kita untuk lebih bersemanagat.”
Lepas beberapa hari, ada meeting dengan tuan fahdi. Cumanya, first meeting tu, Tuan Fahdi minta Lihi untuk ubah bisnes model memandangkan semua barang daripada China tak boleh masuk Malaysia. Tapi, Lihi bagitahu nak stay juga dengan botol daripada China. Tapi kena fikir macam mana nak buat.
Lepas tu, memang Lihi figure up, listkan apa keperluan yang orang perlukan sekarang ni. Sebab fokus Lihi kepada founder. So, daripada situ Lihi dapat tahu yang hand sanitizer dengan face mask memang tengah hot demand sekarang.
Daripada situ, memang Lihi follow up Database sedia ada. Lihi call beritahu yang Lihi sekarang ada buat projek untuk hand sanitizer dengan face mask ni. Sebab kalau nak tahu, founder-founder dekat luar ni pun sama macam kita juga. Ada yang terjejas, produk tak ramai yang beli sebab Covid-19. So, bila Lihi tawar produk ni, Alhamdulillah feedback yang Lihi dapat pun agak baik.
Start daripada 16 Mac sampai 31 Mac, dalam tempoh tu je Lihi dapat collect sebanyak RM500 Ribu dalam masa 2 minggu je.
Dalam keadaaan kita jatuh terduduk, waktu tu la kita memang perlukan mentor dan circle yang hebat untuk bantu kita grow.
Apa yang best sangat dapat coaching dengan Tuan Fahdi ni?
Tapi apa yang best coaching dengan tuan fahdi ni, kita sentiasa diingatkan untuk dekat dengan Allah. Benda tu memang Lihi ikut. Sebab Lihi dah taknak jadi macam sebelum ni buat pandai sendiri sampai boleh rugi ratus ribu sekelip mata je.
Bila kita bisnes ni, Lihi tak kata yang idea kita tu tak bagus. Cuma lihi kena ada confirmation bila nak buat benda tu. Bagi guideline untuk buat. Sebab cikgu ni macam mak kita juga, setiap yang dia cakap tu kita kena ikut. Kalau tak ikut berdosa.. hehe
Satu lagi, Lihi ada ketakutan Lihi sebab sebelum masuk funnelevo Lihi dah lost banyak RM800 Ribu dan memang dah diishtihar bankrap.
Cuma nak pesan kepada semua, Alhamdulillah bila dengan mentor, semua kerja kita smooth dan jangan tinggalakan amalan harian kita. Jangan mudah lupa bila sales dah banyak. Lihi selalu cakap dekat diri kalau lihi tengah down. “Baik hang buat, satgi Allah tarik nikmat yang hang ada saja ja”.
Minta doa banyak-banyak dekat Allah, nak apa minta je sebab Allah memang suka bila kita minta banyak-banyak dengn Dia
Kalau kita tengok apa yang Cikpuan Lihi buat, memang beliau just fokus kepada Database sahaja. Sebab waktu macam ni, bila ekonomi tengah gawat orang akan membeli dengan orang yang mereka kenal. Kalau tak kenal, orang memang akan susah nak membeli dan percaya. Silap haribulan, produk tak dapat, duit terbang entah kemana.
Dan paling penting, kumpul Database dan jaga mereka. Database ni, tak semesti kita dapat harini esok terus beli. Mungkin akan ambil masa untuk mereka kenal dengan anda. Dah kenal nanti, petik jari pun orang akan membeli.
Belajar sesuatu daripada kisah Cikpuan Lihi? Saya berharap anda juga boleh jadi seperti Cikpuan Lihi. Yang penting, usaha, doa dan tawakkal jangan lupa. Dah berusaha tu usaha lagi sampai dapat okay..
LAWAN TETAP LAWAN!