Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/funnelevo/apps/funnelevo/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/funnelevo/apps/funnelevo/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/funnelevo/apps/funnelevo/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/funnelevo/apps/funnelevo/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

9 Sebab Anda Perlu Menggunakan Capcut Untuk Editing!


Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/funnelevo/apps/funnelevo/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Mungkin ada di antara anda yang sudah tidak asing lagi dengan aplikasi edit video CapCut. Aplikasi ini memiliki filter edit video yang cukup lengkap, seperti cut frame, menambahkan filter, memasukkan audio, dan sebagainya.

Dengan filter yang disediakan , tak hairan apabila sebagian pengguna memanfaatkan CapCut untuk mengedit video yang bakal di publish di media sosial seperti TikTok, kerana terdapat beberapa filter edit video yang tidak available di TikTok, namun available di CapCut.

Perkongsian ini adalah yang paling ramai orang takut.

Saya faham ketakutan ini, tapi skills editing mudah ini boleh dilatih dan saya sangat sarankan anda mula gunakan apps CapCut kerana apps ini memang mesra platform TikTok itu sendiri. Dan paling penting, dua-tiga hari cuba confirm dah boleh jadi mahir edit video!

“Aku manalah pandai nak edit-edit video ni. Kena tunggu ada video editor, baru boleh buat. Nak cari pekerja mahal pula tu!”

Kenapa saya sarankan anda gunakan CapCut?

1. Mudah Digunakan.

CapCut adalah aplikasi pengeditan video yang mesra pengguna terutama untuk platform TikTok. Untuk mereka yang baru atau kurang mahir edit video, ini adalah antara yang paling mudah dan cepat.

Sekiranya mahir, video boleh siap dalam masa hanya 30 minit atau kurang daripada itu berbanding cara lama sebelum ini yang makan masa berhari-hari atau pun berminggu.

2. Auto Caption.

Mungkin ada antara anda yang ada masalah ini atau teringin nak tiru video-video luar negara. Yang mana ada subtitle (sari-kata) dalam video. Dengan gunakan CapCut, anda boleh terus auto-caption dan dapat video ini dalam masa 2 minit sahaja dah siap!

Suka saya ingatkan ia juga bergantung kepada bahasa yang anda gunakan, mungkin sebutan anda kurang jelas menyebabkan ianya tidak dapat detect bahasa anda. Namun anda boleh memperbetulkan secara manual. Penggunaan CapCut masih lagi memudahkan dengan adanya auto caption ini tau!

3. Percuma.

Haa siapa je yang tak suka dengar perkataan percuma kan?

CapCut adalah aplikasi percuma yang tidak memerlukan yuran langganan atau kos tambahan untuk menggunakan ciri-cirinya melainkan anda mahu menggunakan bahagian edit yang lebih teknikal dan akses yang lebih premium.

Anda ada pilihan untuk UPGRADE ke CapCut pro dengan langganan RM44.90 sebulan atau RM349.90 setahun.

Bagi saya untuk level beginner penggunaan secara percuma pun sudah memadai dan sangat berbaloi!

4. Ada Pelbagai Ciri Pengeditan.

CapCut mempunyai pelbagai ciri pengeditan video mudah seperti potong video, transisi mudah, memasukkan audio dari apps itu sendiri atau dapat dari platform luar, dan pilihan mengedit video dalam pelbagai format termasuk MP4, AVI, MOV, dan banyak lagi.

Selepas video yang diedit selesai, CapCut menyediakan pilihan untuk berkongsi video terus ke platform media sosial seperti Instagram, Facebook, atau TikTok! Segalanya

di hujung jari anda. Bukan itu sahaja, kualiti video yang diedit dari TikTok juga berkualiti tanpa perlu apa-apa bayaran berbanding apps lain!

Ruginya jika anda mempunyai video yang bagus, topik yang confirm FYP tetapi anda tidak tahu bagaimana cara untuk mengedit. Jadi semoga menggunakan CapCut ini anda boleh mula menghasilkan content yang berkualiti.

5. Tiada Watermark.

Apa itu Watermark? Watermark dalam aplikasi edit video adalah elemen visual seperti teks atau logo yang ditempatkan di atas video untuk memberikan tanda pengenal atau branding terhadap aplikasi tersebut.

Watermark ini biasanya berfungsi untuk melindungi hak cipta atau merek dagang, serta untuk mencegah penggunaan yang tidak sah atau pencurian konten.

Watermark biasanya ada di kebanyakan aplikasi percuma, namun berita baik di CapCut tiada Watermark. Jadi anda dapat hasilkan video yang berkualiti dengan menggunakan CapCut.

6. Boleh digunakan secara online mahupun offline. 

Terdapat sesetengah aplikasi yang tidak dapat digunakan jika tiada akses internet, ini akan memberi kesan kepada pengguna untuk menggunkana aplikasi secara offline. Jadi dengan CapCut anda tidak perlu risau jika anda tiada akses internet sebab ia boleh digunakan secara offline.

Haa best kan!

7. Sesuai untuk Beginner & Pro.

Tidak kisah anda editor yang pro mahupun beginner anda boleh menggunakan CapCut tanpa was-was tau! Untuk pengetahuan pembaca ada banyak video Tuan Shariffudin Sahedan, CEO FunnelEvo yang viral dengan hanya edit menggunakan Capcut sahaja.

Antara video viral yang edit menggunakan CapCut adalah Tempat Makan Rahsia Midvalley dan Akta Pekerja yang di Kongsikan di TikTok beliau Shariffudin Sahedan.

8. Hasil yang berkualiti tinggi.

Ada orang anggap percuma mesti boleh edit biasa-biasa sahaja. Jangan judge dulu sebelum anda menggunakan aplikasi ini.

Saya pasti bukan kami sahaja di FunnelEvo yang menggunakan CapCut ini. Saya tunjukan video yang kami di team FunnelEvo hasilkan video Life & Business Growth Mentor Tuan Fahdi Ghazali yang berjaya FYP di TikTok dan dapat tontonan yang tinggi dengan menggunakan CapCut.

Antaranya adalah Company Great , Mencari USP Berniaga dan banyak lagi anda boleh tonton di TikTok @FahdiGhazali99 .

9. Music friendly.

Untuk kejayaan video di TikTok atau Instagram Reels, muzik memainkan peranan asas. Memilih lagu terkini atau lagu yang paling sesuai dengan anda adalah penting.

Yang paling best CapCut ini anda boleh absort lagu daripada TikTok secara direct apabila anda save video yang anda suka. Memang mudah!

Macam mana sekarang? Pembaca semua dah buat pilihan nak menggunakan apa untuk edit video perniagaan anda? produk anda? Jangan terlalu lama fikir, download sekarang aplikasi CapCup dan mula meneroka untuk asah skill editing anda.

Jika perkongsian ini bermanfaat , sebarkan kepada rakan-rakan anda untuk sama-sama mendapat manfaat. Terima Kasih pembaca!

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !