9 Kesan Peninggalan Tsunami Aceh!

”Anak-anak kecil ditinggalkan..

Mak ayah yang sakit dibiar terlantar..

Bukan kami nak..Tapi terpaksa!

Nak saya gambarkan..seolah-olah kiamat sedang berlaku!”

Ini antara perkongsian dari warga Aceh , saksi hidup yang terkesan Tsunami. Baru-baru ini saya dan Team FunnelEvo berkesempatan mendarat di bumi Aceh , Indonesia. Dan ini antara fakta yang mungkin anda tidak tahu tentang Tsunami di Aceh.

1. Kejadian Tsunami berlaku pada 26 Disember 2004 jam 7.58 pagi. Gempa sekuat skala 9.1 skala richter memberi kesan kepada hampir 16 negara termasuk Malaysia, Singapura dan Thailand. Aceh, Indonesia merupakan tempat berlakunya korban terbesar dengan anggaran 230 ribu jiwa.

2. Masjid Baitulrahman merupakan antara struktur ratusan tahun tapi masih kekal sewaktu tsunami yang berlaku dalam anggaran 40 minit. Masjid ini menjadi tempat lindungan ramai mangsa tsunami hingga ada yang memanjat bahagian bumbung masjid.

3. Lebih 56 negara membantu dengan sumbangan pakaian, kesihatan, tenaga, sumber air bersih, pembangunan serta kewangan. Lebih 400 badan bukan kerajaan turut membantu.

4. Wujud beberapa Perkuburan besar-besaran yang wujud selepas tsunami iaitu tempat penyemadian jenazah mangsa tsunami secara beramai ramai.

5. Wujud banyak muzium mengenang kejadian tsunami kebanyakan daripada kesan tsunami seperti kapal di atas rumah dan lain-lain. Ia ditinggalkan sebagai peringatan dan memberi pendidikan kepada warga Aceh untuk menghadapi tsunami sekiranya berlaku lagi gempa bumi.

6. Muzium Tsunami Aceh memastikan sejarah Tsunami Aceh terus segar. Menyelusuri lorong tsunami seolah-olah pengunjung dapat merasakan pengalaman sendiri mangsa tsunami 2004 dan bagaimana bangkit semula selepas tsunami.

7. Reka bentuk bangunannya diilhamkan daripada bentuk ombak dan di bina tahan Gempa Bumi (bakal menjadi tempat berlindung kala tsunami ( Ada laluan air di ruang bawah bangunan)

8. -Anggaran 230,000 mangsa tsunami ditemui meninggal selepas tsunami, yang tak ditemui tak pasti bilangannya.

9. Bentuk bangunan/rumah di Aceh selepas tsunami berubah mengikut bentuk negara-negara yang memberi sumbangan antaranya rumah Turkiye.

Janganlah kita leka dengan kelebihan atau rasa tak bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang. Kita hanya mampu merancang, tapi Allah yang berkuasa mutlak jika berkehendak untuk sesuatu itu berlaku.

Sedekahkan Al-Fatihah untuk mangsa-mangsa Tsunami yang terkesan.

Al-Fatihah

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !