7 Tips dan Strategi Buka Kedai Makan

Menjalankan perniagaan kedai makan menjadi salah satu pilihan yang paling popular bagi usahwan yang ingin menjinakkan diri dalam bidang keusahawanan. Tidak kiralah sama ada berniaga di tepi jalan, secara online mahupun kedai fizikal, pasaran makanan memang akan ada permintaan dari orang ramai.

Walau bagaimanapun perlu diingatkan, antara perkara paling utama yang perlu dipersiapkan oleh usahawan kedai makan adalah persediaan untuk menghadapi persaingan yang hebat. Termasuk mereka yang ingin meluaskan lagi pasaran perniagaan kedai makan sedia ada dengan menambah cawangan.

Ramai yang merasakan apabila mereka mempunyai resepi yang sedap, terus sahaja membuat keputusan untuk berniaga. Tak salah jika anda membuat keputusan begitu, tetapi banyak lagi perkara yang anda perlu rancang dan pertimbangkan. Jadi, bagi anda yang baru merancang untuk membuka kedai makan, dalam artikel ini kami akan kongsikan tips-tips dan strategi yang berguna untuk anda praktikkan. Jom saya kongsi strategi buka kedai makan.

Warung Mazenah yang dijalankan oleh salah seorang anak didik FunnelEvo di Circle President iaitu Tuan Faridzuan dan ini merupakan abang beliau iaitu Tuan Firdaus (Kiri) dan General Manager FunnelEvo Tuan Fadhil Qayyum (kanan).

1. Kita tak boleh buka restoran sebab Anda pandai masak saja.

Anda juga perlu tahu uruskan restoran, uruskan pekerja, uruskan pelanggan, uruskan bisnes. Seeloknya bermula dari bawah dulu di restoran sebelum buka sendiri. Dapatkan pandangan sebenar operasi sesebuah restoran. Uruskan pekerja restoran tak sama dengan uruskan pekerja yang buat kerja-kerja pejabat.

2. Anda tak boleh buka restoran hanya kerana semata-mata ada modal.

Anda juga perlu tahu selok-belok restoran. Ada yang kata, kita tak perlu tahu pasal restoran atau memasak jika kita nak buka restoran. Saya tak pasti statement ni boleh pakai atau tidak. Boleh pakai jika kita adalah seorang yang mempunyai ilmu kerjasama yang tinggi, yang punya pengaruh yang besar terhadap partner atau pekerja.

Namun jika kita yang mulakan bisnes kedai makan ni pada waktu tiada apa-apa, ada baiknya anda tahu berkenaan dengan pengurusan kedai makan, memasak terlebih dahulu sebelum buka premis pertama. Terima hakikat anda belum punya kuasa atau pengaruh untuk mengawal partner atau pekerja dalam dunia kedai makan jika anda mahu buka tanpa tahu apa-apa berkenaan asas pengurusan restoran.

3. Jangan buka cawangan sebelum restoran pertama kita mampu bertahan atau mampu buat untung dalam 3 tahun pertama.

Sebelum melepasi 3 tahun pertama atau lebih elok,sebelum melepasi usia 5 tahun, jangan buka cawangan lagi walaupun bisnes kita meletup dalam masa setahun atau 2 tahun pertama.

Sebab apa? Sebab kami dapati selama kami menjalankan latihan usahawan banyak kedai makan yang meletup pada 1 hingga 6 bulan pertama tapi malangnya tutup pada tahun kedua. Ia hanya gelombang ikut trend. Yang berjaya ikut trend, belum pasti lagi mampu bertahan lama. Biasanya jika kita mahu lihat satu-satu menu atau jenis makanan yang kita tawarkan tu boleh bertahan atau tidak (boleh diterima dalam jangkamasa panjang) adalah melihat kemampuan ia bertahan dan buat untung dalam masa 3 hingga 5 tahun pertama. Jika kita mampu buat untung dalam 3 hingga 5 tahun pertama, maka kita punya peluang tinggi untuk terus berkembang dengan buka cawangan baru.

4. Ambil Orang yang betul.

Rujuk semula di point No. 3 saya maklumkan mesti bertahan sehingga 5 tahun baru boleh buka cawangan. Salah satu sebabnya adalah kerana dalam tempoh tersebut ia memberikan masa untuk membina pelapis anda (key leader). Anda tidak boleh berkembang dan buka cawangan dan pada masa sama buat iklan jawatan kosong pengurus restoran.

Anda perlu bagi kepada staf anda yang bermula dengan anda sejak 3 hingga 5 tahun lepas untuk jadi key leader untuk bantu anda urus kedai makan anda. Skill dan pengalaman serta kepercayaan itu penting. Jika bagi kepada orang yang salah walaupun sebelum ini dia adalah bekas pengurus restoran lain yang berjaya, ia tetap akan bagi masalah kepada anda di kemudian hari.

5. Buka kedai makan perlu rajin mencatat.

Kena disiplinkan diri catat belian, jualan, kenaikan harga barang mentah, selalu review harga jualan sama ada relevan lagi atau tidak dengan kos operasi dan harga bahan mentah. Pendek kata kena ada akaun untung rugi setiap bulan barulah kita tahu kedudukan sebenar keadaan bisnes kita setiap masa. Bagi yang tak suka disiplin ni, kebanyakannya tak tahan lama walaupun makanan sedap.

6. Laporan jualan dan analisa jualan harian wajib dibuat setiap hari.

Tak bole tangguh-tangguh. Jangan biarkan laporan hari ini diperam sehingga besok atau lusa. Jika ada sebarang benda yang tak kena, kita akan selalunya akan dapat detect segera jika laporan harian disediakan.

7. Sediakan servis tambahan.

Untuk memastikan perniagaan anda berkembang seiring dengan kemajuan teknologi, apa salahnya untuk anda sediakan servis tambahan seperti kaedah penghantaran makanan. Cara ini telah terbukti dapat meluaskan pasaran produk anda.

Selain itu, di kedai makan anda juga boleh disediakan servis tambahan seperti minuman percuma untuk gelas kedua, wifi percuma, tandas selesa dan ruang solat. Perkhidmatan ini akan meningkatkan kualiti restoran anda. Percaya atau tidak. Anda perlu cuba terlebih dahulu.

Jangan lupa share artikel ini

Related Articles

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!