7 Tahun Sekolah Saya Sunyi Tanpa Marketing… Tahun Ini Sales Setahun 2024 Berjaya Capai Dalam 7 Bulan!
Tujuh tahun saya urus Sekolah Rendah Islam Integrasi Az-Zahra… tanpa marketing, tanpa strategi promosi.
Media sosial? Update bila sempat.
Iklan? Tak pernah buat.
Tapi Alhamdulillah, tahun ini sesuatu yang luar biasa berlaku. Target sales setahun 2024, saya capai dalam masa 7 bulan sahaja.
Walaupun permintaan ibu bapa tinggi, sampai ada yang terpaksa saya tolak kerana tempat penuh, saya tahu… banyak potensi sekolah ini belum diterokai sepenuhnya.
Pernah saya terfikir nak buka sekolah menengah di Nilai. Tapi hati selalu berbelah bahagi. Ada rasa takut-takut tersilap langkah, takut tak mampu uruskan.
Segalanya berubah bila saya nekad sertai bimbingan FunnelEvo selama 3 bulan.
Bukan sekadar belajar bisnes, saya disuntik keberanian dan diberi hala tuju yang jelas. Ilmu logik & magic yang saya pelajari membuka mata saya: membangunkan sekolah hari ini memerlukan strategi seperti membangunkan organisasi bisnes profesional.

Transformasi yang berlaku dalam masa singkat:
- Carta organisasi disusun semula.
- Team marketing ditubuhkan dan mula bergerak aktif.
- Iklan berbayar pertama untuk promosi pendaftaran 2025 dilaksanakan.
- Proses kelulusan banner & bunting dengan PBT sedang berjalan marketing offline mula diaktifkan.
- Penubuhan AZS Media Team – Where Students Shine untuk beri ruang pelajar belajar dan mengurus media digital.
- Perancangan pembukaan Az-Zahra Secondary School untuk tahun 2026 disusun secara fokus dan jelas.
Dan Alhamdulillah, hasil bimbingan ini bukan saja mengubah cara saya urus sekolah… tapi memberi kesan besar pada kewangan. Sales setahun 2024 yang saya sasarkan, berjaya saya capai hanya dalam masa 7 bulan sahaja tahun ini asbab berguru dan dibimbing rapat di FunnelEvo.

Sebagai seorang yang cintakan agama, saya tak sangka ilmu yang saya dapat di FunnelEvo sangat praktikal dan mudah diaplikasi. Yang paling mahal, saya mula buat Strategic Planning tahunan, dan bentangkan kepada team. Sesuatu yang dulu langsung tak pernah saya lakukan.
Hari ini, Az-Zahra bukan sekadar sekolah.
Ia adalah institusi yang membina masa depan, dengan strategi, keberanian, dan hala tuju yang jelas. Dan semuanya bermula dengan satu keputusan kecil yang membawa impak besar, saya melangkah masuk ke bimbingan FunnelEvo.
Kalau saya boleh ubah arah, bina semula sistem, tambah kelas, capai target sales lebih awal, dan rancang sekolah menengah… Anda juga boleh.
Serius nak FunnelEvo bantu anda grow bisnes? Kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Berminat?
Tempah sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!
Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!