Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/funnelevo/apps/funnelevo/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/funnelevo/apps/funnelevo/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/funnelevo/apps/funnelevo/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/funnelevo/apps/funnelevo/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

7 Step Untuk Usahawan Hadapi Krisis Dengan Berkesan


Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/funnelevo/apps/funnelevo/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Semua orang dah sedia maklum berkenaan krisis wabak Covid19 yang melanda negara dan seluruh dunia waktu ini. Sedikit sebanyak, boleh dikatakan hampir kesemua peringkat ekonomi terjejas akibat perkara ini, baik ekonomi negara, syarikat-syarikat besar, apatah lagi usahawan atau peniaga-peniaga kecil.

Ramai yang mengeluh..;

“Habislah kalau berterusan macam ni… Silap langkah, boleh melingkup bisnes aku..”

Bagi saya, waktu inilah sepatutnya anda jadikan sebagai ‘turning point’ untuk melihat krisis ini bukan sebagai masalah, tapi FOKUS kepada “Apa langkah yang sepatutnya aku buat?”

Jadi, dibawah ni saya nak kongsikan kepada anda “7 Step Untuk Usahawan Hadapi Krisis Dengan Berkesan”.. Baca sampai habis okay?

1. Guna Magik Instead of Logik

Magik? Nak guna magik macam mana pula?

Sebenarnya, Magik yang saya maksudkan ni adalah kita sebagai manusia kembali kepada fungsi asal kita. Bila dah jadi wabak macam ni, nak guna kudrat kita kadang-kadang dah tak mampu. Tapi bila guna kudrat Allah, rezeki yang datang tu pun macam Magik.

Jika anda ingat tentang kisah Nabi Ibrahim dimana pada satu malam, malaikat maut datang bertanya Nabi Ibrahim ;

“Siapakah anak muda yang datang berjumpa dengan kamu?”

Jawab Nabi Ibrahim,

“Dia datang kepadaku memberitahu niatnya untuk berkahwin esok hari.”

Malaikat maut terus membalas,

“Sayang sekali.. usia anak muda ini tidak akan sampai esok hari..”

Apa yang berlaku pada keesokan hari nya, Nabi Ibrahim melihat anak muda tersebut berkahwin dengan gadis pilihannya. Walhal malaikat maut sudah pun memberitahu yang usia anak muda tu takkan sampai sehingga pagi. Maka Nabi Ibrahim bertanya kepada malaikat maut.

“Ya malaikat maut, macam mana anak muda yang kau katakan usianya takkan sampai pagi esok tiba-tiba panjang umurnya malah boleh berkahwin lagi?”

Malaikat maut memberitahu,

“Pada malam sebelum pernikahan itu, anak muda itu dah sedekahkan separuh daripada hartanya..”

Dan disebabkan itu, Allah memutuskan untuk memanjangkan hidup pemuda tersebut.

Apa yang kita oleh belajar dari kisah ini? Percayalah kepada kuasa magik dari Allah S.W.T, salah satunya adalah dengan bersedekah.

Kepada anda yang berniaga, jangan takut untuk bersedekah lebih-lebih lagi dikala waktu krisis sekarang ini. InsyaAllah anda akan dapat rezeki yang tak disangka-sangka!

2. Leadership!

Memang tak dinafikan, sifat leadership tersangat penting diwaktu krisis begini lebih-lebih lagi jika anda seorang pemilik syarikat atau bisnes. Soalannya, macam mana nak pastikan pasukan kita oleh bekerja dari rumah dengan baik dan proaktif?

Ada banyak cara.. Cuma cara yang paling mudah untuk anda lakukan adalah, anda perlu lah sentiasa ‘motivated’ mereka dengan kata-kata semangat supaya team anda sentiasa bersemangat dan ‘energetic’ dalam menyelesaikan tugasan masing-masing.

Seorang leader perlu sentiasa positif! Dalam setiap masalah yang berlaku, anda perlu lihat perkara itu sebagai “peluang”. Peluang untuk berubah jadi lebih baik! Bukannya kalut nak buang staff, tak bayar gaji, dan sebagainya… Faham?

3. Kumpulkan Team Yang Bagus!

Dalam apa situasi sekalipun, kerja anda adalah untuk kumpul mereka disatu tempat. Maksudnya, walaupun tak ada di office, anda kena sediakan satu tempat yang boleh mereka berkumpul.

Contohnya, anda boleh gunakan aplikasi seperti Zoom Meeting, Webinar, Skype, dan lain-lain untuk kumpulkan mereka. Ini penting supaya anda boleh melihat apa langkah yang boleh ditambahbaik bersama-sama.

Tapi, kalau tak ada team macam mana pula? Jangan risau.. Kalau anda berbisnes seorang diri, carilah rakan-rakan bisnes anda yang lain untuk dijadikan circle yang bagus.

4. Rangka Strategi Baru.

Bilamana anda dah ada team atau circle yg bagus, anda perlu sama-sama ‘brainstorm’ untuk keluarkan plan baru. Bincang apa perlu dan apa yang bagus untuk dibuat ketika ini?

“Change your strategy, not your target!”

Maksudnya, anda perlu fokus untuk capai target yang anda dah tetapkan. Cuma, perlu ubah cara sahaja untuk capai target tersebut.

5. Latih Team Anda!

Anda kena faham dengan keadaan ‘work from home’ diwaktu krisis macam sekarang. Keadaan bekerja di office jauh berbeza dengan bekerja di rumah. Di rumah, akan ada terlalu banyak ‘gangguan’ yang mungkin menyebabkan mereka tak focus.

Jadi waktu ini sangat penting untuk anda latih dan tanamkan dalam hati mereka supaya lebih amanah dan jelas dengan matlamat yang anda ingin capai bersama.

Oh ya, jika anda baru nak mula mencari pasukan atau staff dalam bisnes anda, pastikan mereka ada kriteria ini, iaitu seorang yang kuat bekerja & amanah.

6. Jaga Komunikasi Antara Pasukan

Tak kisah samada dari pihak anda sendiri, mahupun dari pihak team anda, jangan berlaku salah faham dalam komunikasi! Penting untuk anda berikan tugasan kepada mereka dengan jelas.

Macam mana tak nak ada ‘miscommunication’?

Tak susah pun, sekarang banyak jer platform atau aplikasi yang anda boleh gunakan seperti Zoom Meeting, Webinar, Skype, Facebook Video Call dan lain-lain lagi..

Yang penting, dengan teknologi tu semua, anda dan team boleh berkomunikasi, lakukan dan update sebarang tugasan dengan jelas dan cepat.

7. Update Tugasan

Akhir sekali, anda juga perlulah sentiasa update dengan “apa yang sedang dilakukan” dan “apa yang dah dibuat”. Dari situ anda akan nampak progress tugasan untuk setiap team anda.

Kesimpulan

Di saat krisis seperti wabak yang berlaku sekarang ini, penting untuk anda kekalkan dengan mindset & kepercayaan yang positif. Yakin dengan janji Allah bahawa di setiap kesusahan yang berlaku, pasti ada kesenangan dan hikmah yang menunggu.

Jangan hadapi masalah ini seorang diri. Jika anda ada team, waktu inilah anda perlu lebih kuat untuk kerja bersama-sama. Jika tiada, cari circle yang positif dan boleh sama-sama membantu. InsyaAllah semuanya akan lebih senang untuk anda hadapi.

Don’t give up! Buat sehabis baik, buat sampai jadi!

LAWAN TETAP LAWAN!

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !