7 Sebab Kenapa Perlu Rekod & Monitor Transaksi Jualan Bisnes!

“Kalau nak buat sesuatu, buat sungguh-sungguh. Kalau tak nak buat, tak payah buat!” Itulah kata-kata keramat Tuan Fahdi Ghazali Life & Business Growth Mentor sering lontarkan kepada anak didik beliau.

Kalau nak berbisnes, buat sungguh-sungguh, belajar ilmu bisnes, belajar ilmu percukaian. Kita bukan nak berniaga hanya untuk diri sendiri, kalau boleh nak bantu ekonomi setempat, nak wariskan bisnes kepada anak cucu.

Ini antara sebab-sebab anda perlu rekod dan monitor transaksi jualan bisnes anda supaya bisnes anda boleh berkembang lebih jauh.

1. Monitor Transaksi Bisnes Setiap Bulan.

Transaksi yang direkod boleh digunakan untuk kita monitor prestasi bisnes setiap bulan. Kita boleh monitor jualan, supaya kita tahu produk yang mana pelanggan suka, produk mana yang pelanggan kurang suka dari segi % Jualan atau sama ada jumlah produk keluar laju, suam-suam kuku mahupun produk yang mempunyai pembelian berulang (repeat) dan sebagainya.

2. Tahu Keadaan Sebenar Kewangan Bisnes.

Daripada laporan kewangan, kita sedar titik situasi bisnes kita sendiri. Berapa lagi target jualan yang perlu kita capai bulan ini dan adakah jumlah jualan tersebut boleh menanggung semua kos overhead syarikat.

Melalui tracking yang anda buat, anda boleh buat comparison secara sambil lalu dan anda dan team juga sentiasa dalam keadaan ‘alert’ dengan keadaan sebenar kewangan.

3. Persedian Pembayaran Cukai.

Jangan main-main dengan ‘lembaga’, anda tak kan terlepas! Kenapa nak takut kalau berbisnes secara patuh dan telus?

Cukai? Jangan buat-buat tak tahu. Jangan sampai LHDN muncul baru terpinga-pinga. Nak berbisnes, belajar ilmu percukaian. Kita wajib declare walaupun sales banyak atau sikit, walaupun untung mahupun rugi. Walaupun enterprise atau sendirian berhad. Hatta berniaga menggunakan akaun personal pun wajib declare.

Jangan sampai LHDN kejar, habis diungkit semua kisah lama. Ketika itu kita akan rebah tersadai. Sudahlah cukai perlu dibayar, dikenakan sekali denda! Maka berganda duit kita akan lebur.

Amaun cukai yang perlu di bayar, hanya boleh kita kira atau congak-congak awal apabila kita mempunyai laporan akaun yang lengkap. Jadi rekod lah transaksi keluar masuk duit anda untuk mengelakan masalah di kemudian hari.

4. Membaca Trend Lebih Awal.

Perniagaan ini membeza dengan kerja ‘makan gaji’. Jika kita diberi upah bekerja kemungkinan setiap bulan kita akan menerima amaun yang sama. Namun jika kita berbisnes, setiap bulan trend berubah-ubah.

Jadi jika kita merekod transaksi dan monitor bisnes lebih awal kita akan dapat ‘signal’ awal bisnes pada awal minggu, pertengahan bulan ataupun hujung bulan.

Apabila kita merekod setiap hari dan menghasilkan laporan kewangan setiap bulan atau tahun, kita boleh kenalpasti signal awal atau pattern jualan.

Kelebihannya apabila kita dapat detect awal sekiranya bisnes kita di dalam masalah kewangan atau masalah pengurusan yang lainnya dan kita dapat swing strategi sebelum habis bulan untuk pastikan kita mampu capai target.

5. Tanggani Masalah Cash Flow lebih awal!

Tiada lagi masalah cash flow. Bukanlah saya katakan tiada masalah 100% tetapi jika anda dah buat step-step di atas, pastinya anda dah berjaga-jaga dengan keadaan bisnes anda. jadi tiada lagi masalah terlebih bajet.

Cash Flow adalah masalah yang selalu terjadi kepada pemilik bisnes. Apabila cash flow mereka tidak terurus, bisnes akan lebih mudah ‘lingkup’.

6. Diwajibkan Oleh Undang-Undang Malaysia.

Merekod transaksi adalah salah satu proses untuk persediaan borang cukai. Oleh itu, mengisytihar pendapatan di LHDN tanpa ada rekod akaun adalah salah dari segi undang-undang.

7. Mengawal Budget Pembelanjaan dengan lebih sistematik.

Boleh kawal budget rekod akaun setiap bulan dan dapat memastikan bisnes anda menggunakan perbelanjaan mengikut bajet yang telah ditetapkan.

Lagi terkawal, lagi banyak simpanan bisnes kita dan kita sentiasa boleh merancang ke depan. Jadi tiada lagi masalah atau isu duit tak nampak!

Belajar sesuatu daripada perkongsian ini? Jika YA kongsikan kepada rakan-rakan dan kenalan anda di platform anda.

Nak Grow Bisnes Lebih Laju? Daftar sekarang di AmazingFounder.Com!

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !