7 Punca Bisnes Rugi Walaupun Sales Tinggi

Krisis 2026 Masalah Sebenar Bukan Sales… Tapi Kewangan Syarikat Yang Tak Terkawal

Ramai founder sekarang masih rasa “ok lagi”. Sales masih jalan. Customer masih ada. Tapi realitinya… krisis belum betul-betul sampai.

Biasanya bila krisis datang, dia tak bagi signal awal yang jelas.
Dia datang perlahan… lepas tu tiba-tiba tekan cashflow sampai sesak. Dan masa tu baru ramai sedar.

Masalah bukan tak cukup sales.
Masalah sebenar duit tak cukup nak sustain.

1. Ramai Founder Keliru Sales Tinggi Bisnes Sihat

Ini kes paling common.

Sales nampak besar.
Report nampak cantik.

Tapi bila check bank

Duit tak ada.

Kenapa jadi macam ni?

Sebab:

  • Duit terperangkap dalam stock
  • Customer bayar lambat
  • Kos operasi terlalu tinggi
  • Margin terlalu nipis

Maksudnya, bisnes nampak “hidup”…
tapi sebenarnya tengah perlahan-lahan lemas.

2. Cashflow Lebih Penting Dari Profit (Terutamanya Waktu Krisis)

Profit itu penting.
Tapi cashflow lagi kritikal.

Sebab:

  • Gaji staf dibayar guna cash
  • Supplier nak cash
  • Sewa tak tunggu profit, dia nak cash

Kalau cashflow tak dijaga,
bisnes boleh collapse walaupun atas kertas “untung”.

3. Stock Banyak Bukan Kelebihan, Itu Risiko

Ramai owner suka tengok rak penuh.

Nampak yakin. Nampak besar.

Tapi dalam krisis, stock sebenarnya:

duit yang tak bergerak.

Kalau barang tak jalan:

  • Cash tak masuk
  • Storage naik
  • Risiko rosak / expired

Akhirnya, bukan asset… tapi beban.

4. Masalah Collection Jual Banyak, Duit Tak Masuk

Ramai SME ada satu habit. Jual dulu… kutip kemudian. Bila ekonomi ok, mungkin tak nampak masalah.

Tapi bila krisis:

  • Customer bayar lambat
  • Ada yang tak bayar langsung

Dan masa tu baru terasa…

Sales banyak, tapi cash tak cukup.

5. Kos Yang “Nampak Perlu”… Tapi Sebenarnya Membunuh

Dalam keadaan normal, banyak benda kita rasa penting:

  • Office cantik
  • Tools mahal
  • Branding yang tak jelas ROI

Tapi dalam krisis, semua ini jadi beban.

Bisnes yang survive adalah bisnes yang tahu:

Bezakan mana kos yang hasilkan duit, mana yang sekadar nampak “professional”.

6. Margin Kecil, Risiko Besar

Ramai kejar sales.

Tapi lupa kira margin.

Bila margin kecil:

  • Sedikit drop sales pun terus rasa sakit
  • Tak ada buffer untuk absorb kos

Dalam krisis, bisnes margin nipis adalah paling cepat jatuh.

7. Founder Kena Mula Faham Nombor (Tak Boleh Serah Bulat-Bulat)

Ini part paling ramai elak.

Ada yang serah semua pada:

  • Account
  • Admin
  • Finance team

Tapi hakikatnya:

Kalau founder sendiri tak faham nombor,
keputusan bisnes akan jadi bahaya.

Sekurang-kurangnya kena tahu:

  • Berapa margin sebenar
  • Berapa cash boleh tahan
  • Berapa kos sebenar operasi

Dalam Krisis, Duit Menentukan Siapa Bertahan dalam keadaan sekarang, ramai masih fokus:

  • Nak naikkan sales
  • Nak buat marketing lagi banyak

Itu betul.

Tapi tanpa kawalan kewangan yang betul…

Duit masuk laju,
keluar lagi laju.

Dan itu yang buat ramai bisnes “mati mengejut”.

Akhirnya, bukan sebab tak pandai jual.
Tapi sebab tak pandai jaga duit.

Kami sasarkan 1,000 bisnes capai RM1 juta pada 2026. Soalan dia satu saja adakah bisnes anda salah satunya?

Jika YA, kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Tempah sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!

Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !