7 Perkara Yang Pendiri Bisnes Boleh Belajar Dari Dato’ Sri Aliff Syukri  – Dalam Dunia “Attention Economy” Hari Ini

Ramai suka gelak.
Ramai suka kecam.
Tapi bila Dato’ Sri Aliff Syukri  buat RM1.5 juta dalam 2 minit 32 saat, anda menonton sebagai juri atau apa yang aku boleh belajar?

Ini bukan soal suka atau tidak. Ini soal realiti.

Hari ini kita hidup dalam era digital
Era di mana perhatian (attention) adalah mata wang paling mahal.
Orang bukan cari kedai. Orang cari cerita.

Dan Dato’ Sri Aliff Syukri?
Dia tak jual produk. Dia jual perhatian. Dia tahu satu benda penting:

Kalau orang tak nampak anda, orang takkan beli dari anda.

1. Dalam Dunia Hari Ini, Yang Berani Menonjol Akan Menang!

Brand yang cuba ‘selamat’, akhirnya hilang dalam bunyi bising internet.
Dato’ Sri Aliff Syukri pilih untuk jadi pelik sebab pelik itu diingati.

    Dalam dunia digital, branding bukan tentang siapa paling kemas, tapi siapa paling jelas.

    2. Kedai Fizikal Bukan Lagi Wajib, Tapi Attention Itu Wajib.

    Live dia dari rumah. Produk dihantar terus ke pintu pelanggan.
    Semua berlaku tanpa kedai fizikal. Tapi jualan juta-juta.

      Dalam dunia sekarang, kedai bukan bangunan tapi skrin telefon orang ramai.

      3. Konsisten Itu Bukan Pilihan, Tapi Senjata!

      Live hari-hari bukan kerana bosan. Tapi kerana beliau faham.

        Perhatian itu tidak kekal. Ia perlu dijaga, dibina, dan dimenangi setiap hari.
        Pendiri bisnes yang hanya muncul waktu ada promosi, akan dilupakan tanpa belas.

        4. Emosi Memandu Jualan, Bukan Hanya Fakta.

        Bila dia masuk hospital walaupun benar-benar sakit, bila anak-anak dia muncul , itu semua bukan kebetulan.
        Itu naratif. Itu skrip. Itu senjata.

          Produk tak berubah. Tapi sentimen berubah, dan jualan pun ikut naik.

          5. Persepsi Adalah Aset Terbesar Dalam Bisnes Digital.

          Dalam dunia fizikal, kita jaga kedai.
          Dalam dunia digital, kita jaga persepsi.
          Dato’ Sri Aliff Syukri tahu, siapa kawal persepsi, dia dapat traffic.

          6. Jualan Meletup Mula Dengan Target Yang Gila.

          Bila dia umum nak buat RM1 juta dalam masa 2 minit, dia buat orang tertunggu. Siapa yang yang mengharapkan beliau gagal.

            Kadang pelanggan beli bukan sebab nak produk pun, tapi sebab nak jadi sebahagian daripada sejarah.
            Itu psikologi kempen digital yang ramai founder belum kuasai.

            7. Dalam Attention Economy, Sistem Menang, Bukan Nasib.

            Viral bukan sebab nasib. Tapi sebab sistem yang dirancang:

              • Mula dengan ‘isu’.
              • Panaskan dengan ‘emosi’.
              • Konsisten dengan live.
              • Letupkan dengan ‘pelancaran’.

              Kalau anda masih tunggu viral datang sendiri, anda sedang kalah sebelum bertarung.

              Hari ini, bisnes bukan siapa yang ada banyak cawangan.
              Tapi siapa yang pandai tarik perhatian, jaga momentum, dan cipta cerita.

              Dan Aliff Syukri?

              Dia faham satu benda yang ramai founder masih malu nak hadap:

              Perhatian = Duit.
              Cerita = Nilai.
              Brand = Persepsi.

              Jadi, sebagai pendiri bisnes…
              Adakah anda masih sibuk nak buka kedai fizikal, atau sudah mula bina ‘kedai digital’ dalam kepala pelanggan anda?

              Adakah anda masih kejar followers, atau sudah mula bina naratif yang buat orang ikut setiap hari?

              Kerana dalam dunia digital ini
              Bukan siapa paling bagus yang menang, tapi siapa paling dikenang.

              Tonton perkongsian penuh 2 jam, 42 minit kisah perjalanan dan strategi Dato’ Sri Aliff Syukri dalam di Channel Youtube Podcast #BuatSaja !

              Jangan lupa share artikel ini

              Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

              Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

              Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

              Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

              DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

              Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

              Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !