7 Perkara Yang Kita Perlu Tahu Apabila Cukai SST Naik 2 % Berkuat Kuasa 1 MARCH!

Berikut ini adalah soalan lazim berkenaan peluasan skop perkhidmatan bercukai dan perubahan kadar cukai perkhidmatan yang akan berkuat kuasa pada 1 Mac 2024.

1. Apakah itu cukai perkhidmatan?

Cukai perkhidmatan (CP) adalah cukai yang dikenakan ke atas perkhidmatan bercukai tertentu (prescribed services). Cukai perkhidmatan juga dikenakan ke atas perkhidmatan bercukai yang diimport (B2B) dan perkhidmatan digital (B2C).

2. Apakah perkhidmatan yang dikenakan cukai perkhidmatan?

Kumpulan A: Hotel, pangsapuri servis dan rumah inapan6%
Kumpulan B: Restoran, bar atau kedai kopi6%
Kumpulan C: Kelab malam, dewan tari menari, kabaret, pusat kesejahteraan, rumah urut6%
Kumpulan D: Kelab persendirian termasuk rumah kelab berdasarkan keahlian, profesion atau kelas6%
Kumpulan E: Padang golf atau lapang sasar golf6%
Kumpulan F: Pertaruhan, ambil tagan, loteri, mesin perjudian, atau permainan mengadu nasib6%
Kumpulan G: Profesional
PerundanganPerakaunanPenilaian/ PenaksiranKejuruteraan, Seni binaPerundingan, latihan & tunjuk ajarTeknologi maklumat (IT)/ DigitalPerkhidmatan pengurusan (penyenggaraan, penggudangan, kutipan & hutang, tempat letak kereta, kemudahan sukan dan kesetiausahaan)Perkhidmatan pekerjaanPerkhidmatan pengawal/ perlindungan (sekuriti)
6%
Kumpulan H: Perkhidmatan kad kredit, atau kad cajRM25/setahun
Kumpulan I: Penyedia Perkhidmatan Lain
Insurans & takafulTelekomunikasiAgen KastamPenyedia ruang letak kenderaanServis kenderaan bermotorPerkhidmatan kurierPerkhidmatan kereta sewa dan pandu, kereta sewa, dan bas persiaranPengiklananBekalan elektrik domestik >600kWhPengangkutan penumpang udara tempatan kecuali Rural Air Services (RAS)Pembrokeran & penajajaminan (berhubung kewangan)Pembersihan
6%
Sumber : Sistem Guru Online

3. Senarai Perkhidmatan yang Dikecualikan Kenaikan 8%


Untuk makluman, kenaikan adalah untuk semua perkhidmatan bercukai dikenakan dengan kadar cukai baharu iaitu 8% kecuali bagi perkhidmatan berikut:

  1. Perkhidmatan penyediaan makanan atau minuman di bawah Kumpulan B;
  2. Perkhidmatan telekomunikasi di bawah Kumpulan I;
  3. Perkhidmatan penyediaan ruang parkir kenderaan di bawah Kumpulan I; dan
  4. Perkhidmatan logistik di bawah Kumpulan J.

Kadar Cukai Perkhidmatan ke atas perkhidmatan di bawah Kumpulan B iaitu makanan dan minuman, perkhidmatan telekomunikasi, penyediaan ruang parkir kenderaan serta perkhidmatan logistik kekal dikenakan dengan kadar cukai 6% sahaja.

Kadar cukai untuk kad kredit dan kad caj kekal dikenakan pada RM25/setahun.

4. Apakah perkhidmatan baharu yang akan dikenakan cukai perkhidmatan?

Perkhidmatan baharu adalah seperti berikut:

a. Perkhidmatan pusat karaoke di bawah Kumpulan C;

b. Perkhidmatan pembrokeran dan penajajaminan untuk perkhidmatan selain kewangan seperti broker kapal/kapal terbang, komoditi dan harta tanah di bawah Kumpulan I

c. Perkhidmatan logistik di bawah Kumpulan J.

d. Perkhidmatan penyenggaraan atau pembaikan di bawah Kumpulan G

5. Bilakah tarikh kuat kuasa pelaksanaan peluasan skop dan kenaan kadar cukai baharu?

i. Tarikh kuat kuasa pelaksanaan peluasan skop: 26 Februari 2024

ii. Tarikh kuat kuasa kadar cukai baharu : 1 Mac 2024

6. Apakah peluasan skop perkhidmatan bercukai dan kenaikan kadar cukai perkhidmatan menyebabkan kenaikan harga barang? Apakah langkah proaktif untuk mengekang peningkatan kos barang?

i. Cukai kepenggunaan di Malaysia yang merupakan cukai seperingkat ditadbir oleh dua perundangan berbeza iaitu Akta Cukai Jualan 2018 dan Akta Cukai Perkhidmatan 2018. Cukai jualan dikenakan dan dilevi ke atas:

a. barang bercukai yang dikilangkan di Malaysia; dan

b. barang bercukai yang diimport.

Manakala, CP dikenakan ke atas perkhidmatan bercukai tertentu (prescribed services), perkhidmatan bercukai yang diimport dan perkhidmatan digital (SToDS).

ii. Di bawah perundangan cukai perkhidmatan semasa, terdapat kemudahan pelepasan kumpulan (group relief) dan pengecualian B2B (B2B exemption) yang bertujuan untuk mengurangkan impak cukai

berganda (tax on tax) ke atas perkhidmatan bercukai tertentu.

iii. Cadangan peluasan skop dan perubahan kadar CP bukan merupakan faktor utama peningkatan kos barang kerana terdapat faktor-faktor lain yang lebih cenderung mempengaruhi harga barang antaranya faktor

permintaan dan penawaran, tukaran wang asing termasuk sikap peniaga yang ingin mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan secara berlebihan.

iv. Sebagai langkah proaktif, pengguna perlu bijak mengambil tindakan antaranya seperti berikut:

a. Membuat laporan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Malaysia.

b. Memboikot penyedia perkhidmatan yang menawarkan harga tidak berpatutan.

c. Mendapatkan sesuatu perkhidmatan atau membeli barang apabila benar-benar perlu.

d. Membuat perbandingan harga/ kajian pasaran terlebih dahulu bagi mendapatkan nilai untuk wang (value for money).

e. Viral (tular).

7. Apakah justifikasi/ rasional peluasan skop dan perubahan kadar cukai perkhidmatan?

i. Selaras dengan Kerangka Ekonomi MADANI di bawah Tatakelola Terbaik Demi Ketangkasan Perkhidmatan, langkah reformasi percukaian perlu dilaksanakan bagi meluaskan asas hasil negara yang akan dapat meningkatkan mutu perkhidmatan dan bantuan kepada rakyat. Langkah ini termasuk peluasan skop dan perubahan kadar CP.

ii. Peluasan skop perkhidmatan ke atas kumpulan perkhidmatan sedia secara amnya untuk menyelaraskan dan memberikan layanan sama rata dalam industri yang sama. Sebagai contoh:

• Perkhidmatan baharu pusat karaoke yang berunsur hiburan sama seperti dengan kelab malam, dewan tari menari & kabaret di bawah Kumpulan C.

• Perkhidmatan pembrokeran dan penajajaminan yang pada masa ini hanya dikenakan ke atas perkhidmatan kewangan diperluas untuk meliputi industri pembrokeran lain seperti broker kapal/kapal terbang, komoditi dan harta tanah.

iii. Perubahan kadar CP daripada enam peratus kepada lapan peratus tidak melibatkan perkhidmatan yang menjadi keperluan asas serta menjadi sebahagian daripada gaya hidup rakyat di negara ini. Sebagai contoh perkhidmatan yang banyak digunakan oleh rakyat seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan parkir kenderaan kekal dikenakan cukai perkhidmatan pada kadar enam peratus. Ini termasuk perkhidmatan baharu iaitu logistik yang akan dikenakan cukai perkhidmatan pada kadar enam peratus.

Sumber : Berita Harian Online

Jangan lupa share artikel ini

Related Articles

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!