7 Perkara Sunat Korban Anda Wajib Tahu!

Tahukah anda, orang yang buat perkara sunat korban dalam ibadah korban berdasarkan amalan sunnah Rasulullah akan dapat pahala berganda? Ibadah korban lebih sempurna apabila kita melaksanakan perkara sunat korban.

Melaksanakannya membolehkan kita lebih bertaqarrub kepada Allah dan menerima lebih banyak ganjaran insya-Allah.

Artikel ini berkongsi mengenai fadilat ibadah korban dan juga perkara-perkara sunat yang boleh dilakukan untuk pelaksana ibadah korban.

Fadilat Ibadah Korban
1. Menegakkan Ketaqwaan
2. Amalan Sunnah Rasulullah SAW
3. Menaikkan Nilai Manusiawi
4. Bantu Muslim Yang Dalam Kesusahan
5. Dekatkan Diri Kepada Allah SWT
6. Menyucikan Diri & Harta Benda

Perkara Sunat Korban (LENGKAP)

1. Pilih Haiwan Yang Sihat & Terbaik

Adalah sunat kita memilih korban yang paling baik, cantik dan sihat. Hal ini kerana korban yang terbaik adalah daripada rezeki yang terbaik.

2. Sembelihan Dijaga Dengan Baik & Disembelih Pada Waktunya

Setelah haiwan korban dipilih, hendaklah ia ditambak rapi dan diberi makan. Korban hanya boleh dilakukan pada Hari Raya Haji dan hari-hari tasyrik.

3. Tidak Potong kuku & Rambut Selama 10 Hari

Sunat untuk tidak memotong, mencabut dan mencukur rambut, bulu mahupun kuku bagi orang yang melakukan ibadah korban bermula daripada 1 Zulhijjah sehingga haiwan korbannya disembelih.

Rasulullah SAW bersabda:

إِذَا دَخَلَ الْعَشْرُ وَعِنْدَهُ أُضْحِيَّةٌ يُرِيدُ أَنْ يُضَحِّيَ فَلاَ يَأْخُذَنَّ شَعْرًا وَلاَ يَقْلِمَنَّ ظُفُرًا

Maksudnya: “Apabila masuknya sepuluh (hari Zulhijjah) dan seseorang itu mempunyai haiwan korban yang dia hendak menyembelihnya, maka janganlah dia memotong rambutnya dan jangan dia memotong kukunya.” [HR Muslim, hadis sahih]

Anjuran ini sepertimana pendapat al-Imam al-Syafie beserta ashabnya yang lain. Namun larangan ini hanya larangan makruh. Hikmah larangan adalah supaya ibadah korban ini menyamai mereka yang sedang berihram haji.

4. Menggunakan Pisau Yang Tajam.

Sebagaimana perkara sunat sembelihan, sembelihan korban juga sunat menggunakan pisau atau parang yang tajam. Ini bertujuan untuk tidak menyeksa binatang yang disembelih dan memudahkan haiwan mati kerana disembelih.

5. Membaca Bismillah, Selawat dan Takbir.

Jika terlupa membaca bismillah, sembelihan masih sah, hanya makruh ditinggalkan dengan sengaja. Setelah itu berselawat semasa menyembelih dan mengucapkan takbir tiga kali selepas selepas menyembelih.

6. Bahagikan Daging Korban Secara Adil.

Daging korban perlu dipastikan agihannya kepada orang yang telah disenaraikan terutama fakir dan miskin. Pada masa yang sama daging korban wajib juga perlu diasingkan terlebih dahulu sebelum diagihkan kepada penerima.

Baca : Siapa layak terima daging korban?

7. Bersedekah Pada Orang Memerlukan.

Daging korban perlu sampai kepada golongan fakir dan miskin yang telah dikenal pasti status mereka. Lagi-lagi mereka yang tinggal di kawasan terpencil.

5 Sebab Umat Islam Jalankan Ibadah Korban

1. Mencontohi Pengorbanan Nabi Ibrahim a.s.

Nabi Ibrahim diperintahkan oleh Allah untuk menyembelih anaknya, Nabi Ismail a.s. Sebagai bukti ketaatan, beliau sanggup melakukannya. Namun, Allah gantikan dengan seekor kibas. Peristiwa ini menunjukkan kepatuhan dan pengorbanan yang luar biasa, dan menjadi simbol penting dalam ibadah korban.

2. Tanda Syukur kepada Allah

Ibadah korban dilakukan sempena Hari Raya Aidiladha sebagai tanda kesyukuran atas nikmat rezeki yang Allah kurniakan, terutama bagi mereka yang mampu.

3. Mendekatkan Diri kepada Allah (Qurban = قربان = dekat)

Ibadah ini menjadi cara untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan menyerahkan sesuatu yang berharga (haiwan ternakan) demi keredhaan-Nya.

4. Membantu Golongan Memerlukan

Daging korban diagihkan kepada fakir miskin, jiran tetangga dan masyarakat setempat. Ini menggalakkan semangat berkongsi dan merapatkan hubungan sesama manusia.

5. Melatih Sifat Ikhlas dan Pengorbanan

Ibadah korban mengajar umat Islam erti berkorban demi agama, meninggalkan rasa tamak, dan memupuk keikhlasan dalam beribadah.

Ibadah korban bukan sekadar menyembelih haiwan, tetapi ia simbol ketaatan, kasih sayang, dan kepedulian kepada sesama. Ia mengingatkan umat Islam untuk sentiasa patuh kepada perintah Allah dan bersedia berkorban demi kebaikan yang lebih besar.

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !