7 Kesilapan Usahawan Baru Bila Urus Duit Bisnes

Ramai usahawan baru gagal urus duit bisnes dengan betul ini antara sebab bisnes tak bertahan walaupun jualan tinggi. Tanpa asas ilmu kewangan, mereka mudah terperangkap dengan aliran tunai yang tidak terkawal dan keputusan kewangan yang silap.

Ini 7 kesilapan paling biasa usahawan baru buat bila urus duit bisnes:

1. Campur Duit Peribadi dan Duit Bisnes.

Ini kesilapan kewangan paling kritikal. Bila tak asingkan akaun, susah nak tahu keuntungan sebenar. Duit bisnes sering “terpakai” untuk hal peribadi tanpa disedari.

2. Tiada Simpanan Kecemasan.

Usahawan baru biasanya guna semua modal untuk stok atau iklan. Bila berlaku kecemasan (mesin rosak, lambat bayar supplier), tiada dana backup terus panik.

3. Tidak Kira Kos Sebenar.

Ramai usahawan kira untung kasar je tak masukkan kos tersembunyi seperti masa, petrol, atau tools. Akhirnya untung hanya atas kertas.

4. Guna Semua Duit Untung Untuk Belanja.

Bila nampak duit banyak, terus beli barang mahal, kereta atau upgrade gadget. Duit bisnes patutnya dilabur semula bukan habis untuk gaya hidup.

5. Tak Tahu Aliran Tunai Masuk dan Keluar.

Bila tak tahu cash flow, tak tahu bila perlu top-up stok, bayar staf atau buat marketing. Aliran tunai penting untuk buat keputusan bijak.

6. Tak Guna Sistem Akaun.

Masih ramai guna nota atau simpan resit je. Gunakan sistem akaun atau software untuk track duit keluar-masuk, supaya senang audit dan buat keputusan.

Kenapa Urus Duit Bisnes Itu Kritikal?

Urus duit bisnes bukan hanya tentang simpan duit, tapi strategi untuk berkembang.

Bisnes kecil yang bijak urus kewangan boleh lebih laju berkembang berbanding bisnes besar yang boros.

Ramai usahawan baru lingkup sebab mereka tak belajar tentang aliran tunai, untung bersih dan pengurusan akaun.

FAQ Section

  1. Kenapa penting asingkan duit peribadi dan duit bisnes?
    Supaya akaun lebih teratur, tahu keuntungan sebenar, dan elak ‘terpakai’ duit bisnes untuk hal peribadi.
  2. Berapa simpanan kecemasan yang usahawan perlu ada?
    Sekurang-kurangnya 3 bulan kos operasi bisnes sebagai backup.
  3. Boleh ke usahawan ambil duit dari akaun bisnes sesuka hati?
    Tak digalakkan. Sebaiknya ambil gaji tetap untuk elak kekeliruan dan aliran tunai terganggu.
  4. Sistem akaun apa yang sesuai untuk usahawan kecil?
    Gunakan apps seperti Wave, BukuPink, QuickBooks, atau Akaunting ada versi percuma dan mesra pengguna.

Serius nak FunnelEvo bantu anda grow bisnes? Kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Berminat?

Daftar sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!

Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !