Ramadan dan Aidilfitri bukan sekadar bulan ibadah, tetapi juga musim emas untuk bisnes F&B melonjakkan jualan. Jika anda mahukan bisnes meledak, setiap langkah mesti dirancang dengan teliti. Berikut adalah 7 checklist ‘wajib buat’ untuk pastikan jualan anda bukan hanya tinggi, tetapi juga konsisten sepanjang musim ini.
1. Bukan Semua Menu Laku! Pilih Produk ‘Money Maker’ Sahaja.
Menu yang banyak tak semestinya membawa lebih banyak keuntungan. Kenal pasti menu paling laris dan margin tinggi supaya anda boleh jual dalam volume besar tanpa menjejaskan kualiti dan servis.
- Fokus pada menu signature yang memang orang cari setiap Ramadan.
- Sediakan menu ekspres untuk pelanggan last-minute berbuka.
- Pastikan menu boleh disiapkan dengan pantas tetapi tetap berkualiti.
2. Kawal Stok Seperti Seorang ‘Pro’.
Jangan biarkan kehabisan stok menjadi punca pelanggan kecewa dan bisnes terjejas. Persediaan awal boleh mengelakkan masalah besar sepanjang tempoh puncak.
- Lock supplier lebih awal dan pastikan ada backup supplier.
- Jangan overstock bahan mudah rosak, pantau permintaan setiap minggu.
- Sediakan ruang penyimpanan yang sistematik supaya mudah akses bahan mentah.
- Gunakan sistem tracking stok untuk elakkan pembaziran dan kehabisan bahan utama.
3. Jangan buat pelanggan tunggu terlalu lama…Ni paling geram.
Sistem tempahan yang kelam-kabut boleh buat pelanggan lari ke pesaing. Jangan biarkan perkara ini berlaku hanya kerana tiada sistem yang tersusun.
- Gunakan sistem online untuk tempahan dan pengurusan pesanan
- Pastikan ada pilihan pre-order untuk elakkan kesesakan waktu berbuka
- Sediakan ‘express lane’ untuk pickup supaya pelanggan tak perlu tunggu lama
- Guna rider sendiri atau partner dengan platform penghantaran untuk tingkatkan kapasiti delivery
4. Buat Iklan Biasa? Susah Nak Viral! Gunakan Strategi Marketing ‘Bakar Line’.
Tanpa strategi pemasaran yang betul, pelanggan mungkin tak tahu kewujudan bisnes anda. Jangan hanya post gambar menu, tetapi buat pemasaran yang betul-betul tarik perhatian pelanggan.
- Jalankan kempen ‘countdown to Ramadan’ dengan teaser menarik
- Gunakan food reviewer dan influencer untuk tingkatkan kredibiliti dan reach
- Tampilkan testimoni pelanggan dengan konsep storytelling yang kuat
- Gunakan TikTok Ads, Instagram Reels & Facebook Ads untuk tarik lebih ramai pelanggan
5. Jual Satu Barang? Rugi! Gunakan Teknik ‘Jualan Berganda’.
Jangan lepaskan peluang untuk menaikkan nilai setiap pesanan. Jika pelanggan dah buat tempahan, pastikan mereka beli lebih daripada satu item.
- Gunakan upsell: “Tambah air special dengan hanya RM2!”
- Tawarkan combo deals: “Beli 2 set, percuma pencuci mulut eksklusif”
- Tawarkan menu khas ‘group order’ untuk pejabat dan keluarga besar
- Gunakan teknik ‘urgency’ – “Promo sah untuk 3 hari sahaja!”
6. Pekerja Lembik, Servis Lemau! Pastikan Tenaga Kerja Siap Siaga
Bulan puasa adalah tempoh yang mencabar untuk pekerja. Jika tenaga kerja tidak diurus dengan baik, kualiti servis boleh jatuh dan pelanggan akan lari.
- Latih pekerja untuk kerja lebih efisien dan pantas ketika waktu puncak.
- Sediakan jadual kerja yang adil supaya semua dapat rehat mencukupi.
- Berikan insentif atau bonus kepada pekerja yang perform.
- Pastikan ada extra staff untuk backup jika ada kecemasan atau cuti sakit.
7. Raya Dah Habis, Jualan Tak Boleh Mati! Rancang Strategi ‘After Raya’
Ramai peniaga anggap habis Ramadan, habislah jualan. Hakikatnya, peluang masih ada selepas raya jika strategi betul.
- Buat follow-up dengan pelanggan setia untuk promosikan menu selepas raya
- Gunakan data jualan Ramadan untuk buat perancangan tahun depan
- Sediakan promosi post-raya seperti “Menu Raya Tahan Lama” untuk mereka yang masih craving hidangan raya
- Gunakan testimoni & gambar jualan tertinggi untuk bina kepercayaan pelanggan baru
Nak jualan F&B meletup sepanjang Ramadan dan Raya bukan sekadar nasib, tetapi bergantung kepada strategi dan sistem yang betul. Jika anda ikut checklist ini, bukan sahaja jualan meningkat, tetapi bisnes anda juga akan lebih stabil untuk jangka panjang.
Ni salah seorang usahawan bimbingan FunnelEvo KTM Pizza dengan menu Lamb Perap. Sebelum ramadan dah ada plan dan release menu Pizza Wagyu & Lamb Perap! You all wajib singgah tau dan tengok sendiri macam mana beliau run bisnes sampai tak perlu dah terlibat dalam operasi. Paling penting order cepat & makanan sedap!
Serius nak FunnelEvo bantu anda grow bisnes? Kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Berminat?
Daftar sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!
Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!