7 Cara Urus Cashflow Syarikat Dalam Krisis Supaya Bisnes Tak ‘Gulung Tikar’

Ramai bila dengar krisis, terus fikir: “Macam mana nak naikkan sales?

Itu penting. Tapi realitinya…

Banyak bisnes jatuh bukan sebab tak ada sales.
Tapi sebab cashflow tak cukup nak bertahan.

Krisis bukan datang bunuh sales dulu.
Dia tekan aliran duit sampai bisnes tak boleh bernafas.

1. Faham Cashflow Sebenar (Bukan Sekadar Tengok Sales)

Ramai founder tengok

  • Sales harian
  • Report bulanan

Tapi tak betul-betul nampak

  • Duit masuk bila
  • Duit keluar bila

Cashflow bukan jumlah duit.
Cashflow adalah timing duit bergerak.

Kalau salah timing, duit boleh habis walaupun sales nampak ok.

2. Buat Unjuran Cashflow Minimum 90 Hari

Jangan operate ikut rasa.

Ambil masa dan kira

  • Duit masuk (jangkaan sales)
  • Duit keluar (gaji, sewa, supplier, komitmen lain)

Bila nampak corak aliran duit, kau boleh detect awal kalau ada masalah.

Dan boleh bertindak sebelum terlambat.

3. Percepatkan Duit Masuk (Collection Strategy)

Dalam krisis, kelajuan duit masuk sangat penting.

Bukan sekadar jual, tapi:

  • Minta deposit
  • Pendekkan tempoh bayaran
  • Follow up lebih konsisten

Ubah cara fikir “Jual bukan sekadar closing, tapi memastikan duit masuk cepat.”

4. Kawal Duit Keluar Dengan Ketat

Semua kos perlu dinilai semula.

Tanya satu soalan “Adakah kos ini membantu hasilkan duit?”

Kalau tidak, pertimbangkan untuk:

  • Kurangkan
  • Tangguhkan
  • Hentikan

Dalam krisis, kawalan kos adalah asas survival.

5. Elakkan Duit ‘Beku’ Dalam Stock

Stock yang tak bergerak akan ganggu cashflow.

Fokus kepada

  • Produk fast moving
  • Kurangkan produk slow moving
  • Elakkan overstock

Barang banyak tidak bermaksud kuat.
Yang penting adalah pergerakan barang.

6. Jaga Margin Supaya Ada Buffer

Margin yang terlalu kecil buat bisnes mudah tertekan.

Dalam krisis

  • Semak semula harga
  • Gunakan strategi bundle
  • Kurangkan diskaun yang tidak perlu

Margin adalah ruang untuk bisnes bertahan bila kos meningkat atau sales menurun.

7. Simpan Cash Buffer (Jika Ada Peluang)

Sasaran minimum 3 bulan kos operasi

Jika ada lebihan sekarang

  • Elakkan tambah komitmen baru
  • Tangguhkan expansion yang tidak kritikal

Cash adalah pelindung utama ketika tekanan datang.

Dalam tempoh krisis, ramai akan fokus kepada sales. Itu tidak salah.

Tetapi tanpa kawalan cashflow yang baik, duit yang masuk boleh keluar dengan lebih cepat.

Akhirnya, bukan sebab tak pandai jual. Tetapi sebab tak pandai urus aliran duit.

Itulah yang membezakan bisnes yang bertahan… dan bisnes yang terpaksa gulung tikar.

Kami sasarkan 1,000 bisnes capai RM1 juta pada 2026. Soalan dia satu saja adakah bisnes anda salah satunya?

Jika YA, kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Tempah sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!

Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !