7 Cara Melatih Keyleader Syarikat Supaya Founder Bebas Kerja Operasi!

Ramai usahawan cakap penatlah buat bisnes semua perkara buat sendiri! Dah lama berniaga, dah ada team tapi masih lagi buat semua kerja sendiri. Tugas operasi harian mesti diturunkan kepada team, supaya kita dapat fokus buat kerja-kerja hakiki kita sebagai Pendiri Bisnes.

Sebelum saya kongsi lebih lanjut, saya nak jelaskan dahulu apa itu kerja operasi. Kerja operasi syarikat adalah kerja-kerja yang simple tetapi mengambil masa untuk menyelesaikannya seperti kerja pembungkusan, kerja penghantaran mahupun kerja-kerja admin.

Anda tidak mungkin dapat kembangkan bisnes apabila pekerja anda tidak ‘pandai’. Pekerja yang pintar dan berbakat adalah modal utama kejayaan bisnes anda. Bukan duit!

Mereka tidak mahu bekerja lama dalam syarikat anda apabila anda tidak gunakan otak dan ilmu yang mereka ada. Walaupun kita bayar gaji mereka setimpal dengan kelulusannya, mereka tetap akan berhenti apabila mendapat tawaran kerja di mana otak dan bakat mereka diperlukan.

Kenapa mereka merasakan kebijaksanaan mereka tidak digunakan? Jawapannya adalah apabila anda tidak libatkan mereka dalam aktiviti membangunkan bisnes, mereka berasa diri mereka dilayan macam pekerja tidak bijak.

Di bawah ini adalah langkah-langkah melibatkan pekerja pintar dan berbakat dalam proses mengembangkan bisnes serta menaikan pangkat mereka.

1. Ambil pekerja yang lebih pintar daripada kita sendiri.

Majikan tidak perlu tahu semua perkara, mereka hanya perlu ambil ‘who’ yang tahu buat. Jika anda ambil pekerja yang tahu bagaimana nak buat anda tidak lagi perlu fikir bagaimana nak buat sesuatu perkara.

Kesilapan ramai usahawan adalah takut nak ambil pekerja yang bijak sebab takut mereka ‘pijak’ kepala boss. Jika anda takut ambil pekerja yang bijak jadi anda perlu bersedia untuk menjaga pekerja yang tidak bijak.

Mana satu pilihan anda?

2. Sediakan roadmap kemajuan bisnes.

Serahkan roadmap itu kepada team, biar mereka berfikir bagaimana roadmap itu dapat dilaksanakan. Pastikan roadmap itu lengkap dengan target yang jelas.

3. Jadi majikan yang bersikap terbuka.

Memberi peluang kepada team anda untuk memberi pendapat atau komen apabila bercakap-cakap dengan mereka. Apabila tidak setuju, kita diam sahaja, jangan terus ditolak. Kita ambil masa memikirkan idea dan pendapat mereka.

4. berikan tugas-tugas dan tanggungjawab.

Berikan tugas-tugas dan tanggunjawab yang memaksa mereka menggunakan otak dan ilmu mereka dengan syarat bukan tanggunjawab yang boleh merisikokan syarikat.

Mungkin anda boleh mulakan dengan memberi mereka buat keputusan-keputusan kecil dahulu.

5. Brainstorm idea dan pendapat.

Libatkan team anda untuk sama-sama ikut sama-sama berfikir dalam mencari idea-idea baru dan menyelesaikan masalah urusan dan perjalanan bisnes anda.

6. Memberi sokong daya usaha yang mereka ambil bagi menaikkan produktiviti.

Jangan jadi Majikan yang kejam, minta gambar yang berkualiti tetapi shoot menggunakan phone. Minta video yang berkualiti tetapi menggunakan apps cetak rompak.

Bagi mereka peluang untuk tambah baik equipment mereka untuk menjalankan tugas-tugas mereka untuk meningkatkan produktiviti kerja bagi mengembangkan bisnes anda.

7. Beri mereka kepercayaan dan kebebasan menyelesaikan masalah.

Ramai usahawan yang takut nak lepaskan tugas mereka kepada team, takut jika salah, takut tidak sempurna seperti dia buat sendiri.

Jika anda serius nak grow bisnes anda, bagi team anda kepercayaan dan kebebasan untuk menyelesaikan masalah sendiri.

Bagi membangunkan syarikat dan bisnes , modal utamanya bukan duit, melainkan pekerja yang pintar dan berbakat. Akhirnya, mereka itulah yang menjalankan tugas-tugas dan tanggungjawab mengembangkan duit modal anda.

Nak belajar cara untuk menjadi Amazing Founder? Daftar dan sertai kami sekarang di Amazing Founder- Grow Bisnes Lebih Laju sekarang!

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !