6 Perkara Usahawan Boleh Belajar Daripada Menunggang Kuda!

Ada gaya penunggang Kuda Equestrian Olimpik kan? ????

Dalam medan perang, kemahiran berkuda memberikan kelebihan yang besar. Pasukan berkuda (cavalry) sering kali menjadi faktor penentu kemenangan dalam peperangan. Pasukan berkuda Islam yang tangkas dan disiplin mampu melakukan serangan kilat, mengelirukan musuh, dan menguasai medan pertempuran. Kehebatan tentera berkuda Islam telah menyumbang kepada kejayaan dalam banyak penaklukan dan penyebaran Islam di kebanyakkan wilayah.

Saya nak kongsi apa yang usahawan boleh belajar dari menunggang kuda…

1. Sabar Bukan Alasan, Tapi Keperluan:

Sama macam kita, tak boleh harap kuda terus patuh dari pertama kali kita naik, bisnes pun takkan terus berjaya dalam semalaman. Sabar tu kena, usaha dan terus usaha.

2. Percaya & Cakap Jujur:

Kalau tak dapat buat kuda percaya kat kita, jangan harap dia nak ikut arahan. Dalam bisnes pun sama, kalau tak ada trust antara kita dengan team, partner, atau pelanggan, jangan mimpi nak tarik lebih ramai pelanggan dan bisnes terus sustain.

3. Lawan Takut, Baru Boleh Menang:

First time naik kuda mesti nervous kan? Tapi kalau biar rasa takut tu kawal diri kita, sampai bila-bila takkan pandai! Dalam bisnes, wajib beranikan diri untuk ambil risiko. Kalau takut, sampai bila pun tak grow.

4. Fokus Macam Laser:

Menunggang kuda ni, kalau hilang fokus sikit, boleh jadi kecelakaan. Dalam bisnes, kalau kita tak fokus pada matlamat, boleh sesat jalan. Jadi, mata kena sentiasa pandang ke depan.

5. Jangan Emosi, Nanti Huru-Hara:

Kuda boleh rasa emosi kita. Kalau kita stress, dia pun boleh jadi stress. Dalam bisnes, jangan biar emosi control kau. Fikiran kena cool, baru boleh buat keputusan yang tepat.

6. Risiko Tu Real, Tapi Bijak Main Dengan Risiko:

Berkuda memang ada risiko, tapi kalau kita dah ada skill, risiko tu boleh dikurangkan. Dalam bisnes, jangan main hentam saja ambil risiko. Fikir dulu, kaji dulu, baru bertindak.

So, ingatlah! Menunggang kuda bukan sekadar hobi, tapi boleh jadi kelas life lesson paling power untuk kau jadi usahawan yang lebih hebat. Keep riding, keep hustling!

Sahut seruan Amazing Founder : Grow Bisnes Lebih Laju pada 2&3 Oktober 2024. Persediaan untuk dirikan bisnes luar biasa 2025 dengan pengenalan modul yang baru!
Dapatkan slot sekarang di AmazingFounder.com

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !