Kenapa Usahawan Perlu Buat CSR?

Sebelum saya menceritakan kenapa CSR ini penting, saya terangkan dahulu apa itu Corporate Social Responsibility (CSR) dan dalam Bahasa Melayu adalah Program Tanggungjawab Sosial Korporat. Program CSR merupakan satu komitmen tanggungjawab sosial sesebuah organisasi terhadap masyarakat.

Komitmen CSR diusahakan khusus bagi meningkatkan ekonomi dan kualiti hidup semua pihak, terutamanya pekerja dan keluarga dalam sesebuah organisasi, komuniti mahupun manfaat terhadap persekitaran.

Tujuan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR). Program CSR bertujuan menggalakkan supaya semua syarikat mempraktikkan perkongsian tanggungjawab sosial dengan mengutamakan kepentingan masyarakat dalam strategi perniagaan mereka. Objektif CSR adalah seperti 

  • Membudayakan konsep kebajikan tanggungjawab bersama di kalangan sektor korporat.
  • Menggalakkan sektor korporat untuk terus melaksanakan tanggungjawab sosial kepada masyarakat dan pembangunan sosial negara.
  • Menyemarakkan semangat kesukarelaan di kalangan masyarakat.
  • Memupuk budaya “Komuniti untuk Komuniti” melalui social empowerment.

Apabila anda membaca penerangan di atas pasti ada yang cakap “Jadi apa kepentingan kepada syarikat?” 

Jom saya terangkan  CSR ini memainkan peranan penting untuk syarikat anda untuk mendapatkan kepercayaan pelanggan. Bisnes bukan hanya soal offer apa kita nak bagi pelanggan atau apa nama offers yang nak diberikan sahaja. Ia sama seperti kita menggunakan Influencer marketing, kita juga perlu buat CSR dengan cara ini kita boleh tunjukan nilai-nilai dalam syarikat kita kepada orang luar. 

Sebagai contoh syarikat ini berjaya membantu untuk menyediakan Sekolah Tahfiz, contoh. Apa sahaja bisnes yang kita jalankan we need stand on something, kita sebagai syarikat perlu tunjukkan yang kita berdiri untuk sesuatu, jika anda perasaan ada beberapa influencer Malaysia yang menjalankan CSR.

Apa CSR yang paling cepat kita boleh buat? CSR akan menunjukan yang kita care about something. Biasanya Ramadhan akan ramai orang yang bagi makanan untuk anak yatim, ziarah rumah orang-orang tua. Jadi apa CSR lain yang kita boleh buat? Contoh perkara berbeza adalah bagi makan kucing jalanan pada bulan puasa, ada juga yang bagi makan pada gelandangan.  

Bagi pendiri bisnes kita tak perlu melihat jauh apa yang kita boleh bantu. Pertama sekali kita boleh buat CSR pada ejen-ejen kita, ada tak ejen kita yang susah?

Mungkin kita boleh baiki rumah mereka yang atap dah bocor, rosak atau sebagainya. Hulurkan bantuan apa yang mereka perlukan. Kita boleh belikan baju raya untuk anak-anak mereka, belikan barangan dapur persediaan bulan Ramadhan. 

Apa yang kita dapat dari CSR kita ni? Kita akan menarik orang untuk jadi ejen kita. Kalau ejen kita jual bazar ramadhan kita sponsor alas meja untuk mereka, kan seronok ejen kita bila tahu kita sentiasa support mereka.

Jika ada lihat ada usahawan di platform TikTok yang buat CSR dengan kepakaran yang mereka ada. Contohnya jika mereka menjalankan bisnes printing, beliau akan bantu usahawan lain dengan menyediakan banner pengiklanan percuma, bunting menu dan apa-apa keperluan bagi bisnes mereka yang anda boleh bantu. Secara tak langsung, anda juga mempunyai content untuk sosial media dan juga menarik prospek anda.

Satu perkara yang anda perlu faham adalah, pastikan CSR yang anda jalankan mampu menunjukan kredibiliti anda. Anda juga boleh collaborate dengan syarikat lain untuk adakan CSR, tetapi masih membuat marketing berasingan. 

Nasihat saya jika anda nak adakan CSR dengan yayasan, pastikan yayasan tersebut saf taraf atau berdaftar secara sah untuk memudahkan pengurusan dan pembayaran cukai syarikat anda pada masa akan datang. 

Akhir sekali, betul dalam islam kita tidak boleh menunjuk-nunjuk kebaikan tetapi kita bukannya nak menunjuk-nunjuk kebaikan yang kita buat, tetapi kita nak encourage orang lain untuk buat kebaikan bersama. Insya Allah.

Ini 5 Kepentingan CSR Untuk Usahawan

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !