6 Fasa Perkembang Yang Menggambarkan Kedudukan Syarikat Startup

Ada 6 fasa perkembang yang menggambarkan kedudukan syarikat pemula dari segi perniagaan, keberuntungan dan juga pembiayaan.

1. Kajian

Ini adalah fasa konsep bisnes nak terbentuk di dalam pasaran. Oleh kerana belum tentu menjadi, biasanya bisnes berjalan dengan dibiayai sendiri oleh usahawan tetapi ada juga yang tersilap langkah dengan membuat pinjaman di awal perniagaan. Jadi anda akan lebih banyak explore pasaran dan modal.

2. Pengesahan

Di fasa ini, perniagaan mula nampak akan menjadi walaupun belum selamat. Jadi risiko masih tinggi menyebabkan usahawan perlu untuk membiayainya sendiri. Oleh kerana dah ada perkembangan, usahawan boleh mula meyakinkan kawan dan saudara mara untuk membantu dari segu modal. Berhati-hatilah, jangan hilang kawan atau saudara pula kalau tak menjadi.

3. Pembinaan

Bisnes semakin menjadi dan berkembang. Risiko berkenaan model bisnes dan kemampuan usahawan melaksanakan strategi semakin rendah. Di kala ini, pelabur yang ada nafsu risiko yang tinggi mula sanggup melabur. Dah ada pemodal teroka yang khusus kepada peringkat ini.

4. Lonjakan

Di tahap ini bisnes mula menunjukkan potensi kewangan yang lebih kukuh dan matang. Ini akan meyakinkan lebih ramai investor untuk membekalkan modal. Bila target dan peluang semakin jelas, lebih banyak investor yang akan berani mengambil risiko kerana mereka sudah nampak jalan bagaimana nak buat duit dan mula percayakan anda. Tapi ingat investor ni bukan bagi sedekah, mereka nak untung.

5. Grow

Di tahap ini perniagaan ini sudah dikenali, mempunyai tempat di dalam pasaran, berpotensi untuk berkembang lagi dan dah berjaya menjana keuntungan. Maka, lebih ramai investor yang ingin melabur kerana mereka sudah nampak pulangan yang mereka boleh buat di dalam jangka masa yang tidak panjang.

6. Kematangan

Ini adalah tahap yang mana nilai yang dijana (created value) sudah boleh dituai melalui penyenaraian saham, jualan kepada pihak ketiga atau pun usahawan sudah boleh mencari modal sendiri untuk membayar balik investor yang ada. Bank-bank pun sudah berani untuk memberikan pembiayaan.

Bisnes yang kecil sekarang takkan kecil selamanya bila ada mindset dan kefahaman yang jelas kemana arah tuju bisnes yang sebenar.

Kami mendengar keluhan dan ‘struggle’ usahawan antaranya…

Apabila kos harga barang melonjak naik.. ????

Kos marketing di Facebook juga meningkat. Sales yang dulunya pada waktu PKP naik LAJU, sekarang turun lebih laju..????

Tak tahu bagaimana nak perbaiki tahap kewangan sekarang bila terhimpit dengan hutang dan kos yang melonjak..????

Tuan Puan… Ramai orang berniaga, bila stuck bukan kerana mereka tiada ilmu..

Ramai orang yang berniaga, bila stuck bukan kerana mereka tiada tindakan..

Ramai orang orang yang berniaga, bila stuck bukan kerana ilmu hitam!

Tapi kerana mereka tiada bimbingan untuk membuat keputusan dan circle yang betul dalam bisnes.

Banyak faktor seharian yang akan mempengaruhi kita dalam membuat keputusan dalam bisnes dan paling bahaya bila buat keputusan dalam keadaan EMOSI yang tidak stabil.

Kami jumpa ramai usahawan yang pernah jualan bisnes cecah hingga jutaan ringgit sebulan tapi sayangnya tersungkur..

Ramai juga yang habis ribuan hingga ratusan ribu ringgit kerana salah membuat keputusan dalam bisnes!

Ramai yang bersemangat nak berniaga tapi ditanam perasaan skeptikal oleh orang-orang sekeliling!

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !