5 Tindakan Majikan Boleh Ambil Jika Pekerja Tidak Perfom Dalam Tempoh Percubaan!

Apa Perlu Buat Jika Pekerja dalam Tempoh Percubaan Tidak Perform?

Pekerja baru masuk kerja, tapi selepas beberapa minggu – hasil kerja tidak memuaskan. Nak terus tamatkan? Nak bagi peluang lagi? Ini cara profesional untuk urus staf yang tidak perform semasa tempoh percubaan.

1. Kenal Pasti Masalah Seawal Mungkin.

Dalam minggu pertama atau kedua, jika majikan sudah mula nampak tanda-tanda prestasi lemah seperti:

  • Tugasan tidak siap ikut masa
  • Banyak buat kesilapan asas
  • Tidak faham arahan walaupun sudah dijelaskan beberapa kali

…itu isyarat awal bahawa staf ini perlukan perhatian lebih.

2. Laksanakan Penilaian Mingguan.

Daripada tunggu sampai hujung bulan baru nilai, sebaiknya terus buat penilaian berkala, contohnya:

  • Minggu 1–2:
    Buat sesi coaching mingguan. Terangkan kelemahan, beri tugasan fokus, dan tetapkan target jangka pendek.
  • Minggu 3–4:
    Pantau sama ada ada peningkatan. Jika masih gagal capai KPI yang ditetapkan, itu menunjukkan isu prestasi yang lebih serius.

3. Gunakan Rekod dan Dokumentasi.

Setiap maklum balas, coaching, dan penilaian harus direkodkan:

  • Ini memudahkan anda buat keputusan berdasarkan fakta
  • Ia juga penting sebagai bukti jika berlaku pertikaian
  • Pekerja sendiri dapat lihat perkembangan dan maklum balas yang telah diberi

4. Buat Keputusan Selepas 1 Bulan.

Jika selepas 4 minggu masih tiada peningkatan ketara, walaupun sudah dibimbing dan diberi peluang, majikan boleh pertimbangkan untuk tidak menyambung tempoh percubaan.

5. Beritahu Keputusan Lebih Awal – Jangan Buat Mengejut.

Sangat penting untuk:

  • Berikan notis lebih awal (contohnya seminggu sebelum tamat bulan pertama)
  • Sampaikan keputusan secara profesional dan berhemah
  • Jelaskan sebab keputusan dibuat berdasarkan prestasi yang dinilai

Ini bukan sahaja menghormati pekerja sebagai individu, malah mengelakkan kekeliruan dan rasa tidak adil.

Tujuannya bukan untuk menghukum, tapi memastikan hanya staf yang benar-benar sesuai diserap ke dalam pasukan tetap.

Bukan semua pekerja sesuai untuk kekal selepas probation, dan itu normal. Yang penting, majikan perlu ada sistem penilaian yang jelas, komunikasi yang terbuka, dan tindakan yang adil.

Ingat: Tujuan probation adalah untuk menilai kesesuaian, bukan kesempurnaan. Jika proses dijalankan dengan telus, semua pihak akan lebih mudah menerima keputusan – walaupun keputusan itu adalah penamatan.

Berapa Lama Notis Berhenti Kerja dalam Tempoh Percubaan? Ini Jawapannya.

Pekerja probation nak berhenti? Atau majikan nak tamatkan kontrak? Jangan main ikut suka – tempoh notis tetap perlu dipatuhi. Ia bukan soal undang-undang semata, tapi soal profesionalisme dan kelancaran operasi.

1. Tempoh Notis Berbeza Ikut Offer Letter

Sama ada pekerja ingin berhenti atau majikan ingin tamatkan kontrak, tempoh notis yang perlu diberikan biasanya telah dinyatakan dengan jelas dalam surat tawaran kerja (offer letter).

Tempoh standard yang biasa diamalkan:

  • 2 minggu notis – untuk kebanyakan jawatan junior atau posisi jualan (sales).
  • 1 bulan notis – untuk jawatan eksekutif atau lebih tinggi, walaupun dalam probation.

Contoh:
Jika offer letter nyatakan “Notis 2 minggu semasa tempoh percubaan”, maka kedua-dua pihak wajib patuhi tempoh ini walaupun belum disahkan jawatan.

2. Kenapa Notis Ini Penting?

Ramai anggap probation = boleh keluar masuk sesuka hati. Sebenarnya, tempoh notis tetap perlu dijaga kerana:

  • Elak gangguan operasi syarikat – staf lama perlu beri handover kepada staf baru.
  • Beri masa cari pengganti – bukan semua kerja boleh diambil alih serta-merta.
  • Tunjuk etika kerja – walaupun dalam probation, pekerja yang keluar dengan cara baik akan lebih dihormati dan dikenang.

3. Situasi untuk Pekerja & Majikan

Jika Pekerja Mahu Berhenti:

  • Rujuk offer letter untuk tahu tempoh notis.
  • Hantar surat notis bertulis.
  • Selesaikan tugas dan beri laporan lengkap sebelum hari terakhir.

Jika Majikan Mahu Tamatkan Kontrak:

  • Juga perlu beri notis mengikut syarat offer letter.
  • Sebaiknya beri notis lebih awal, bukan saat akhir.
  • Beri penjelasan yang jelas kepada staf, serta ruang untuk soal jawab jika perlu.

4. Boleh Dilepaskan Serta-Merta?

Ada situasi tertentu di mana pekerja boleh dilepaskan segera, contohnya:

  • Pelanggaran disiplin berat
  • Penipuan atau salah laku serius

Namun, jika tiada isu besar, adalah lebih profesional untuk patuhi tempoh notis seperti yang dipersetujui.

Notis berhenti kerja dalam tempoh percubaan tetap penting walaupun staf belum disahkan jawatan. Ia mencerminkan integriti dan profesionalisme kedua-dua pihak.

Ingat: Walaupun tempoh percubaan hanya sementara, cara keluar masuk kerja tetap akan beri kesan pada reputasi dan hubungan kerja masa depan.

Perkongsian ini dipetik dari sesi Khas Amazing Breakfast Tuan Fadhil Rasul, Team Development Specialist bersama anak didik FunnelEvo President Prime, President dan Mastermind.

Serius nak FunnelEvo bantu anda grow bisnes? Kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Berminat?

Daftar sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!

Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !