5 Strategi Nak Meletupkan Jualan di TikTok Shop dengan GMV Max!

TikTok bukan lagi sekadar tempat hiburan ia sudah menjadi medan perniagaan yang sangat aktif. Jika anda menjual di TikTok Shop, anda kini boleh gandakan jualan dengan satu fungsi hebat yang dipanggil GMV Max.

Fungsi ini dibangunkan khas untuk bantu anda memaksimumkan Gross Merchandise Volume (GMV) iaitu jumlah nilai jualan keseluruhan menggunakan kuasa TikTok Ads Manager.

Apa Itu GMV Max?

GMV Max ialah ciri dalam TikTok Ads Manager yang membolehkan peniaga mempromosikan produk TikTok Shop secara terus kepada pengguna yang cenderung membeli. Ia menggunakan sistem pintar TikTok untuk menyasarkan pembeli yang betul pada masa yang tepat, dengan kandungan yang betul.

Negara yang Menyokong GMV Max

Buat masa ini, GMV Max hanya tersedia di beberapa negara:

  • 🇲🇾 Malaysia
  • 🇮🇩 Indonesia
  • 🇹🇭 Thailand
  • 🇵🇭 Filipina
  • 🇻🇳 Vietnam
  • 🇸🇬 Singapura
  • 🇺🇸 Amerika Syarikat

Kalau kedai anda beroperasi di mana-mana negara ini, anda boleh terus guna GMV Max!

Langkah-langkah Guna GMV Max di TikTok Shop

Berikut cara untuk anda mula setup GMV Max:

1. Log masuk ke TikTok Ads Manager

Masuk Ads Manager dan log masuk akaun anda.

2. Klik Tab “GMV Max”

Di bahagian atas dashboard, anda akan nampak tab GMV Max. Klik untuk mula setup kempen.

3. Pilih TikTok Shop Anda

Pilih kedai TikTok Shop yang anda ingin promosikan. Kalau belum link dengan TikTok Business Center, sambungkan dahulu.

4. Pilih Produk untuk Dipromosikan

Anda boleh pilih satu atau beberapa produk, atau seluruh kedai anda.
Nota penting: Jika pilih untuk promosikan semua produk, anda perlu hentikan iklan Video Shopping Ads yang sedang aktif untuk elak pertindihan.

5. Pastikan Akses & Kebenaran

  • Jika anda pemilik kedai, anda perlu ada akses sebagai Admin atau Pengurus Iklan.
  • Jika anda dari agensi, pastikan anda mendapat kebenaran untuk mengiklan produk dari pemilik kedai.

Tip & Strategi Meningkatkan Prestasi GMV Max

Untuk hasil terbaik, bukan setakat setup iklan anda perlu strategi konten dan masa yang betul.

1. Pilih Produk yang Betul

Fokus pada produk yang:

  • Sedang aktif dijual/promosi
  • Mempunyai komisen tinggi (contoh: lebih 10%)
  • Punya banyak review positif
  • Dijual oleh penjual yang aktif & responsif

2. Post Pada Waktu Ema

Jangan sembarangan post video. Ini waktu terbaik untuk post:

  • 12.00 tgh hari – 2.00 ptg (waktu lunch)
  • 6.00 ptg – 8.00 mlm (lepas waktu kerja)
  • 9.00 mlm – 11.00 mlm (waktu kemuncak membeli)

3. Gunakan Strategi Soft-sell dalam Video

Gabungkan tiga elemen penting dalam konten anda:

  • Awareness (Kesedaran): Bina perhatian dengan cerita atau situasi relatable.
  • Consideration (Pertimbangan): Tunjukkan manfaat produk secara jujur.
  • Conversion (Tindakan): Tutup dengan CTA yang jelas “Klik link kat bawah untuk beli sekarang!”

4. Buat Video & Iklan Secara Konsisten

  • Fokus satu produk dalam satu kempen
  • Tetapkan ROI (return on investment) yang anda mahukan
  • Buat 3 hingga 5 video sehari untuk capai data yang cukup
  • Gunakan video hardsell dengan:
    • Hook (buka dengan masalah/soalan menarik)
    • Penyelesaian (produk anda)
    • CTA (tindakan jelas: beli, klik, tonton)

5. Guna Iklan Tambahan Untuk Sokong GMV Max

Selain GMV Max, gunakan juga iklan lain untuk sokong kempen utama:

  • Iklan video soft-sell untuk tarik awareness
  • Iklan engagement untuk naikkan view dan follower
  • Iklan retargeting untuk capai pelanggan yang pernah tengok

Kenapa Perlu Gunakan GMV Max?

  • Disasarkan terus kepada pembeli yang cenderung membeli.
  • Gunakan data TikTok untuk hasil lebih tepat.
  • Sesuai untuk produk hot-selling dan ready stock.
  • Naikkan potensi jualan secara konsisten.

Perbezaan antara GMV Max Ads dan TikTok Ads Manager

Berikut ialah jadual perbezaan antara GMV Max Ads dan TikTok Ads Manager (konvensional) supaya anda lebih jelas bila dan bagaimana nak guna setiap satu:

PerkaraGMV Max AdsTikTok Ads Manager (Konvensional)
Tujuan UtamaFokus untuk maksimumkan jualan TikTok Shop (GMV) secara terusLebih umum – untuk tingkatkan awareness, traffic, video views, conversion
Platform IklanHanya promosikan produk dari TikTok ShopBoleh promosikan laman web, app, produk luar TikTok Shop, profil, dll
Jenis KempenKempen jualan langsung ke produk TikTok ShopPilihan pelbagai objektif: awareness, consideration, conversion, dan lain-lain
Produk Yang DisokongProduk yang disenaraikan di TikTok Shop sahajaTidak semestinya dari TikTok Shop
Data & SasaranGuna data penjual + prestasi produk TikTok Shop untuk sasaran lebih tepatSasaran berdasarkan audience yang ditetapkan secara manual atau auto
Rekaan Iklan (Creative)Fokus pada video produk yang boleh terus dibeliLebih fleksibel – boleh buat iklan dengan pelbagai jenis video & mesej
Komisen/ROI FokusFokus kepada jualan produk berkomisen tinggi (10% ke atas)Tidak semestinya bergantung pada komisen
Integrasi dengan TikTok ShopAutomatik terhubung dengan produk, stok & harga di TikTok ShopTidak ada integrasi langsung (jika promosi luar TikTok Shop)
Siapa Patut Guna?Penjual TikTok Shop yang serius nak boost jualan dengan cara berbayarPemasar, agensi atau pemilik brand yang mahu hasilkan awareness atau trafik besar
Kemudahan SetupSetup lebih mudah & terus link ke produkPerlu tetapan objektif, targeting, pixel (jika website), dll
Sesuai UntukPeniaga TikTok Shop, dropshipper, affiliate sellerJenama besar, website e-commerce, app developer, content creator
  • GMV Max Ads Sesuai untuk penjual TikTok Shop yang nak jual produk terus & dapat komisen.
  • TikTok Ads Manager biasa Sesuai untuk brand awareness, trafik luar, promosi app, dan konten umum.

Kalau anda nak fokus 100% jual produk di TikTok Shop GMV Max ialah pilihan paling tepat.
Kalau anda nak bawa trafik ke luar TikTok (seperti laman web, app), gunakan TikTok Ads Manager konvensiona

GMV Max Adalah “Senjata Rahsia” Anda di TikTok

Jualan di TikTok bukan lagi main-main. Dengan GMV Max, anda bukan saja boleh naikkan jualan tapi anda boleh bersaing dengan brand besar secara lebih bijak.

Kalau anda serius nak jadikan TikTok Shop sebagai mesin duit, GMV Max adalah alat yang wajib anda kuasai.

Serius nak FunnelEvo bantu anda grow bisnes? Kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Berminat?

Daftar sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!

Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !