5 Strategi Marketing Restoran Bajet Minima Terbukti Menjadi!

Kalau anda ada restoran dan nak tarik lebih ramai pelanggan, tapi bajet pula ketat, jangan risau! Dengan beberapa strategi pemasaran yang kreatif, anda masih boleh kembangkan bisnes tanpa perlu keluarkan modal yang besar. Mari saya kongsi beberapa tips mudah dan berkesan yang boleh anda cuba.

1. Tawaran Menarik: Diskaun & Promosi yang menarik.

Salah satu cara termudah untuk tarik pelanggan adalah dengan tawaran diskaun yang sukar ditolak. Contohnya, tawarkan diskaun 50% untuk menu baru atau hidangan terlaris anda. Promosi macam ni bukan saja menarik perhatian, tapi juga memberi peluang kepada pelanggan baru untuk mencuba makanan anda dengan harga yang lebih rendah.

Selain itu, anda juga boleh buat promosi waktu terhad seperti “Happy Hour” dari pukul 3 hingga 5 petang di mana semua minuman dijual pada separuh harga. Idea-idea ni boleh buat pelanggan rasa mereka dapat lebih nilai dengan setiap ringgit yang dibelanjakan!

2. Video Pendek yang Menyelerakan.

Media sosial sekarang lebih kepada visual, jadi video pendek yang menunjukkan suasana restoran dan hidangan lazat anda adalah satu strategi yang berkesan. Tak perlu kamera mahal telefon pintar pun dah cukup! Ambil klip makanan yang sedang disediakan, zoom in pada hidangan siap, dan tunjukkan suasana selesa di restoran anda.

Video yang simple tapi menarik perhatian ni boleh anda post di Instagram, Facebook, atau TikTok. Jangan lupa tambah muzik yang catchy dan pastikan video anda pendek dan padat, dalam 15-30 saat saja. Lagi senang untuk dikongsi!

3. Panggilan Tindakan (Call-to-Action).

Bila dah post video atau gambar yang menarik, jangan lupa untuk letakkan call-to-action. Maksudnya, beritahu penonton apa yang mereka patut buat lepas tengok iklan anda. Contohnya, galakkan mereka hantar mesej WhatsApp untuk tuntut diskaun atau tempah meja.

Bila pelanggan mesej anda, jangan lepaskan peluang untuk simpan nombor dan maklumat mereka! Ini sangat penting supaya anda boleh buat promosi dan follow-up dengan mereka di masa depan. Mungkin untuk promosi menu baru atau acara istimewa restoran anda.

4. Bajet Iklan yang Rendah Tapi Berkesan.

Kalau nak buat iklan berbayar, Facebook dan Instagram adalah platform yang sangat sesuai dengan bajet kecil. Anda boleh mulakan dengan serendah RM10 sehari dan pilih target audience yang tepat mungkin orang sekitar kawasan restoran, golongan muda, atau pencinta makanan. Dengan bajet rendah, iklan anda masih boleh sampai kepada orang yang berminat, asalkan anda set target audience dengan baik.

Bila buat iklan, pastikan gambar atau video yang digunakan menarik perhatian, dan jangan lupa buat copywriting yang menggiurkan. Contohnya, “Mencari tempat makan best? Jom singgah di Restoran Kami dan nikmati diskaun RM10 untuk setiap pesanan pertama!”

5. Kreatif dengan Kerjasama & Kolaborasi.

Kalau bajet anda betul-betul ketat, cuba kerjasama dengan food blogger, influencer, atau Instagrammer yang popular di kawasan anda. Tawarkan mereka makan percuma sebagai pertukaran untuk review atau shoutout di media sosial mereka. Pelanggan baru akan lebih yakin untuk datang mencuba restoran anda apabila mendapat rekomendasi dari influencer yang mereka percayai.

Selain tu, cuba buat kolaborasi dengan bisnes lain. Contohnya, kalau ada kedai kek atau kopi berdekatan, anda boleh buat tawaran kombo yang menarik seperti “Beli hidangan dari restoran kami, dapatkan 10% diskaun untuk minuman di kedai kopi sebelah!”

Tak kira berapa bajet yang anda ada, pemasaran yang kreatif dan fokus pada apa yang pelanggan nak akan sentiasa memberi impak. Cuba dulu strategi-strategi ni, dan lihat bagaimana respons pelanggan. Kalau berhasil, anda boleh mula tingkatkan bajet dan buat lebih banyak promosi!

Yang penting, jangan takut untuk bereksperimen. Bisnes restoran ni penuh dengan peluang kalau anda rajin berfikir luar kotak. Selamat mencuba dan semoga restoran anda makin laris! 

Nak belajar ilmu bisnes? Pastikan anda hadir ke Amazing Founder : Grow Bisnes Lebih Laju pada 2&3 Oktober 2024. Persediaan untuk dirikan bisnes luar biasa 2025 dengan pengenalan modul yang baru!

Dapatkan slot sekarang di AmazingFounder.com

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !