Dalam dunia bisnes moden, teknologi semakin canggih dan AI chatbot jadi pilihan ramai untuk uruskan jualan. Tapi, macam mana nak pastikan interaksi dengan pelanggan tetap ada sentuhan manusia yang mesra? Jom kita kupas!
1. AI Chatbot Sebagai Pembantu Awal.
Gunakan AI chatbot untuk peringkat awal, seperti menjawab soalan asas tentang produk atau servis. Chatbot boleh bantu kumpul maklumat pelanggan, jadi tim sales lebih bersedia bila berinteraksi dengan pelanggan yang serius.
2. Serahkan Pada Tim Sales Bila Serius.
Apabila pelanggan menunjukkan minat yang lebih mendalam, masa untuk serahkan kepada tim sales manusia. Ini penting supaya pelanggan rasa dihargai dan dapat berkomunikasi dengan seseorang yang boleh memahami keperluan mereka dengan lebih mendalam.
3. Guna Bahasa yang Mesra dan Personal.
Pastikan ayat-ayat yang digunakan oleh AI chatbot berbunyi mesra, bukan macam robot! Contohnya, “Hai! Saya di sini untuk bantu. Nak tahu lebih lanjut tentang produk kami?”. Ayat yang lebih personal akan membuatkan pelanggan rasa lebih selesa.
4. Follow-Up Automatik yang Bijak.
Jangan biarkan pelanggan yang senyap terus hilang begitu saja. AI chatbot boleh diprogramkan untuk menghantar mesej follow-up secara automatik. Contohnya, “Hai, kami perasan anda berminat dengan produk kami! Ada apa-apa soalan yang boleh kami bantu?”
5. Tetapkan Objektif Jelas untuk Chatbot.
Jangan biarkan AI bekerja tanpa arah tuju. Tentukan peranan chatbot dengan jelas. Sama ada ia untuk mengumpul data, menempah sesi konsultasi, atau hanya memberi maklumat awal tentang produk. Bila objektif jelas, lebih mudah nak ukur keberkesanan AI tersebut.
AI chatbot memang power untuk automasi, tapi sentuhan manusia tetap penting. Gabungkan kedua-duanya untuk hasil jualan yang lebih efektif. AI bantu permulaan, tim sales sempurnakan dengan human touch. Win-win
Sesi ini di petik khas dari sesi Amazing Breakfast FunnelEvo bersama Tuan Ameerul Sales Closing Specialist.
Nak dapatkan lebih banyak ilmu dan tips bisnes? Pastikan anda daftar ke daftar di amazingfounder.com sekarang! Jangan bertangguh lagi usahawan.
Jumpa di Amazing Founder!