5 Strategi Elak Pelanggan ‘Ghosting’!

Apa Nak Buat Bila Klien ‘Ghosting’ Selepas Setuju dengan Sebut Harga?

Pernah tak anda alami situasi di mana bakal pelanggan nampak berminat, dah setuju dengan sebut harga, tapi tiba-tiba hilang tanpa jejak? Ini situasi yang biasa berlaku dalam dunia jualan dan perniagaan. Fenomena ‘ghosting’ ini boleh jadi sangat mengecewakan, terutamanya bila kita rasa dah hampir nak tutup jualan.

Jangan risau, kalau anda kerap berdepan dengan masalah ini, ada beberapa strategi yang boleh digunakan untuk menangani klien yang tiba-tiba senyap selepas bersetuju dengan sebut harga. Mari kita tengok langkah-langkah yang boleh anda cuba.

1. Periksa Cara ‘Follow-Up‘.

Pertama sekali, semak semula cara anda atau pasukan anda melakukan follow-up. Kalau anda hanya hantar mesej melalui WhatsApp sahaja, mungkin itulah sebabnya bakal pelanggan tidak memberi respon. Kadangkala mesej diabaikan kerana mereka sibuk atau mesej anda tenggelam dalam ratusan mesej lain.

Apa yang boleh anda buat? Tukar pendekatan kepada panggilan telefon. Panggilan lebih personal dan boleh dapat jawapan segera. Kadang-kadang bakal pelanggan tak buka WhatsApp, tapi mereka mungkin akan angkat telefon jika kita cuba hubungi terus.

2. Gunakan Nombor Telefon Berbeza.

Kalau anda dah cuba buat panggilan tapi tak dijawab juga, apa kata cuba guna nombor telefon lain? Kadang-kadang, client mungkin tak mengenali nombor anda atau mungkin tak perasan ada panggilan masuk. Dengan menggunakan nombor lain, peluang untuk mereka menjawab akan lebih tinggi.

Bukan nak suruh ganggu klien, tapi ini salah satu cara untuk pastikan mereka dapat mesej anda dan tak terlepas follow-up yang penting. Kalau mereka tetap tak jawab, mungkin mereka memang tak berminat – sekurang-kurangnya anda tahu dan boleh teruskan fokus kepada pelanggan lain.

3. Gunakan Ayat Empati dalam ‘Follow-Up‘.

Kadangkala, bakal pelanggan senyap bukan sebab mereka tak berminat, tapi mungkin ada perkara lain yang berlaku. Mungkin mereka sibuk, terlepas pandang, atau ada masalah lain yang mengganggu urusan mereka. Jadi, cuba gunakan ayat yang lebih empati dalam follow-up.

Contohnya, anda boleh cakap:

“Saya dah hantar mesej WhatsApp dan cuba hubungi melalui telefon, tapi mungkin awak sibuk. Saya cuma nak pastikan kalau ada apa-apa yang saya boleh bantu atau kalau ada sebarang masalah dengan sebut harga yang telah diberikan.”

Ayat ini menunjukkan anda memahami situasi pelanggan bersedia untuk membantu mereka, tanpa kelihatan memaksa. Ia juga memberi mereka ruang untuk respon tanpa rasa tertekan.

4. Berikan Client Tempoh Masa untuk Membuat Keputusan.

Jangan terlalu mendesak. Beri client ruang untuk membuat keputusan, tetapi pastikan anda tetapkan tempoh masa. Sebagai contoh, selepas follow-up pertama, anda boleh nyatakan bahawa anda akan hubungi mereka semula dalam beberapa hari jika tiada respon.

Contohnya:

“Jika awak perlukan masa untuk fikirkan, tiada masalah. Saya akan follow-up semula dalam masa dua hari untuk dapatkan maklum balas awak.”

Ini memberikan klien rasa selesa tanpa rasa tergesa-gesa, tetapi masih menunjukkan anda serius dan komited untuk menyelesaikan urusan dengan mereka.

5. Kenalpasti Peluang Lain

Jika selepas beberapa kali follow-up pelanggan tetap ‘ghosting’, mungkin ini tanda untuk anda teruskan kepada peluang lain. Ada kalanya, bakal pelanggan mungkin berubah fikiran atau tidak lagi berminat, dan itu adalah normal. Jangan buang masa terlalu lama pada client yang tidak responsif, kerana setiap masa yang dihabiskan boleh digunakan untuk mencari peluang baru.

Bila bakal pelanggan ‘ghosting’, ia memang boleh buat kita rasa kecewa, tapi jangan putus asa. Gunakan pendekatan yang lebih strategik dalam follow-up, seperti menggunakan panggilan telefon, nombor telefon berbeza, dan ayat empati. Dalam masa yang sama, jangan takut untuk teruskan kepada prospek lain jika mereka tetap tidak memberi maklum balas.

Ingat, komunikasi yang baik dan fleksibiliti dalam pendekatan adalah kunci untuk mendapatkan jualan yang berjaya. Semoga strategi ini membantu anda dalam menangani bakal pelanggan yang senyap selepas bersetuju dengan sebut harga!

Nak dapatkan lebih banyak ilmu dan tips bisnes? Pastikan anda daftar ke daftar di amazingfounder.com sekarang! Jangan bertangguh lagi usahawan.

Jumpa di Amazing Founder!

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !