5 Sikap Orang Berjaya Dalam Bisnes

LS 5 Sikap Orang Berjaya

Macam mana orang boleh kaya & berjaya dengan bisnes? Ada kunci rahsia ke nak capai semua tu dengan mudah?

Sebelum pergi lebih jauh, saya sharekan dulu “5 Sikap Orang Berjaya Dalam Bisnes” yang patut anda ikut (No.5 paling penting)..

Jika anda ada sikap ni, in sha Allah anda pun boleh berjaya!

1) Yakin Dengan Diri Sendiri

Macam cliche kan ayat ni? Ada usahawan yang kami jumpa, rendah diri yang melampau. Nak tunjuk muka dekat orang pun malu. Bila bercakap tunduk je muka tu. Jangan buat macam ni ya sahabat-sahabat sekalian kalau nak berjaya. Yakin diri kita boleh buat. Paksa diri untuk ke depan.. Baru boleh maju!

2) Pura-Pura Dah Berjaya

AWAS! Bukan maksud kami nak anda berlagak & ‘sembang kosong‘, tapi berpura-pura dari segi mindset & sikap anda.. Rasakan diri anda ni dah berjaya. Sebab perasaan, emosi dan tahap keyakinan anda akan turut terikut dengan tindakan anda. Bak kata mat saleh, “Motion creates Emotion“. Jadi, lama-kelamaan in sha Allah keyakinan anda semakin bertambah dan tak mustahil untuk anda jadi seorang yang betul-betul berjaya.

3) Jadi Orang Yang Malas

Tahu tak kenapa Bill Gates suka bekerja dengan orang yang malas? Sebab orang yang malas ni akan cari solution yang ‘PALING KREATIF‘ untuk selesaikan masalah yang susah. Maksudnya, buat kerja secara smart. Kerja kuat tu bagus, tapi dengan cara smart lebih bagus!

4) Pilih Circle Yang Baik.

5 orang rakan anda sekarang akan menentukan siapa anda akan datang. Jadi, pilih betul-betul rakan anda sebab mereka yang akan mempengaruhi kejayaan anda 5 tahun akan datang. Kebanyakan orang berjaya, circle mereka juga adalah orang yang berjaya dan sukakan cabaran. Jangan terlalu selesa sekarang, tapi fikir masa depan anda juga.

5) Istiqamah.

Erti kata lain adalah sabar. Nak buat sesuatu perkara secara berterusan memang susah. Tapi yang menjadikan kita orang-orang yang berjaya adalah mereka yang ada kesabaran yang tinggi. Jangan hanya ‘hangat-hangat tahi ayam;.. Harini semangat promote barang sana sini, bila takde orang beli, terus diam seribu bahasa. Jejak pun tak jumpa dah.

Haa.. itulah 5 sikap yang anda boleh terapkan dalam diri anda untuk menjadi orang yang berjaya.. Boleh?

Untuk dapatkan lebih banyak tips bisnes, motivasi dan inspirasi, boleh join Channel Telegram FunnelEvo disini.

Share on facebook
Facebook
Share on telegram
Telegram
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Download E-Book Case Study RM100k!

Masukkan Nama & Email Untuk Dapatkan Tips Online Marketing Terbaru

Download E-Book Case Study RM100k!

Masukkan Nama & Email Untuk Dapatkan Tips Online Marketing Terbaru

Scroll to Top