Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/fegroup2/apps/fegroup2/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

5 Sebab Kenapa Jenama Anda Perlu Di Daftarkan Menjadi Harta Intelek

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/fegroup2/apps/fegroup2/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Harta intelek merupakan hasil dari idea seseorang atau sekumpulan seperti ciptaan, hasil karya seni, simbol-simbol, nama, imej dan rekaan dalam perniagaan yang hak eksklusifnya diakui di bawah undang-undang tertentu. Harta intelek juga merupakan hasil yang akan membawa kepada kemajuan dan kesenangan kepada masyarakat umum.

Ramai usahawan tempatan masih lagi tidak tahu tentang kepentingan mendaftar harta intelek mereka di negara ini. Malah menurut kata Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Datuk Mohd Roslan Mahayudin tahun lalu semasa ditemuramah oleh Berita Harian, kesedaran usahawan tempatan untuk melindungi harta intelek mereka masih lagi rendah kerana wujud persepsi seperti kos proses yang mahal dan ia tidak penting (Alias, 2019). Walhal, mereka tidak tahu bahawa melindungi harta intelek mereka lebih penting berbanding kos pemohonan. Mari kami kongsikan 5 sebab kenapa jenama anda perlu didaftarkan.

1. Elak Jenama Ditiru & Dicuri

Pendaftaran harta intelek amatlah penting kerana jikalau ada pihak lain yang meniru produk kita ia mungkin akan menjejaskan kepercayaan pelanggan sekaligus akan membawa kesan kepada perniagaan kita. Harta intelek merupakan harta persendirian juga. Kalau rasa ianya penting dan tak nak haknya diambil orang, kita mestilah mendaftarnya secara sah mengikut undang-undang (Hurriya, n.d).

2. Perlindungan Undang-undang

Perniagaan kita akan berisiko jika kita tidak mendaftarkan jenama kita. Bayangkan yang jenama kita yang sudah bertahun-tahun kita bangunkan tetapi ada pihak lain yang mendaftarkan menggunakan jenama kita. Jadi, dengan mendaftarkan jenama secara sah, kita akan dapat perlindungan undang-undang dimana ia akan menjadi hak milik eksklusif kita selamanya (Hurriya, n.d).

3. Elak Jenama Daripada Risiko Undang-undang

Peniaga atau syarikat boleh dikenakan tindakan undang-undang jika menggunakan jenama yang sudah didaftarkan terlebih dahulu oleh pihak lain. Kita boleh dikenakan saman jika kita gunakan jenama yang pihak lain sudah daftarkan dahulu walaupun kita yang gunakannya lebih awal dari mereka. Perkara ini kita boleh ambil tindakan mahkamah keatasnya tetapi ianya akan memakan masa dan juga melibatkan kos yang tinggi! Jadi, sebelum kita perlu turun naik mahkamah, lebih baik kita mendaftarkan jenama kita terlebih dahulu (Hurriya, n.d).

4. Jenama Mempunyai Bukti Yang Sah

Jika kita dah mendaftarkan jenama kita secara sah, maka kita mempunyai bukti yang kukuh untuk mengambil tindakan terhadap pihak lain yang sudah menggunakan jenama kita secara haram. Sijil pendaftaran cap dagangan merupakan bukti kukuh yang menunjukkan bahawa seseorang itu adalah pemilik sah sesuatu cap dagangan (Intelek?, 2010).

5. Meningkatkan pengiktirafan

Jenama merupakan “wajah” atau nama kepada sesebuah syarikat. Ia akan menunjukkan penampilan professional yang dapat membina kredibiliti dan kepercayaan kepada pembeli. Jika jenama kita sudah disahkan dan dikenali ramai, pembeli akan lebih cenderung untuk membeli produk kita (SMECorp.Malaysia, 2018).

Ianya amat penting bagi mengelakkan hasil usaha kita diciplak oleh orang yang tidak bertanggugjawab. Maka, bagi mengelakkan perkara itu berlaku, tertubuhlah sebuah organisasi yang dipanggil MyIPO. Intellectual Property Corporation of Malaysia (MyIPO) merupakan organisasi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang menyediakan perkhidmatan untuk mendaftar harta intelek anda seperti jenama, paten, hak milik dan trademark.

Mendaftar dengan MyIPO amatlah mudah dan anda dapat memperolehi perlindungan di beberapa negara pada kos yang terendah dengan senang yang hanya dengan mengisi satu borang melalui MyIPO sahaja. Selain itu, dengan MyIPO juga, syarikat atau organisasi akan dapat hak ekslusif dan bukti yang sah bagi pendaftaran trademark. Semua orang boleh mendaftar dengan MyIPO sama ada dengan secara individu, berkumpulan atau mewakili syarikat. Oleh itu, pendaftaran harta intelek syarikat amatlah penting bagi melindungi aset-aset digital yang sesebuah organisasi hasilkan. MyIPO amat menggalakkan lebih banyak permohonan dari syarikat dan organisasi bagi melindungi hak harta intelek anda.

Jangan lupa share artikel ini

Related Articles

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!