5 RAHSIA NAIKKAN JUALAN UNTUK PRODUK DAN SERVIS!

Nak tarik perhatian pelanggan untuk beli serta merta & letupkan jualan bisnes anda? Pastikan anda baca sampai habis!

PM dan DM masuk banyak, tapi semua diam lepas bagitau harga. Macam-macam alasan bagi, nanti dulu la, tunggu gaji dulu, nak tanya suami dulu la.. Bila follow up pun diam krik krik krik je.

Dah bedah siasat kenapa?

1. FREE GIFT.

Salah satu tips dan cara yang masih digunakan sampai sekarang ialah FREE GIFT (Hadiah Percuma).

Sedarkah anda, jika anda letak FREE GIFT dalam offer anda, ianya sedikit sebanyak menambah minat pelanggan untuk beli dengan serta merta.

Tapi, FREE GIFT yang macam mana?

1) NILAI FREE GIFT anda
Contohnya :
Harga produk RM99 dan saya akan bagi FREE GIFT bernilai RM25

2) APAKAH sebenarnya FREE GIFT anda
Contohnya :
Produk anda adalah produk kosmetik
Saya bagi FREE GIFT berupa Lipstik

3) Gabungkan NILAI & APAKAH FREE GIFT anda
Contohnya :
Saya bagi FREE GIFT berupa Lipstik bernilai RM25

2. DISCOUNT.

70% pelanggan hanya membeli bila ada DISKAUN atau PROMOSI tertentu sahaja.

Jadi sangat rugi jika anda abaikan tips dan cara ‘lama’ ini yang amat berkesan digunakan sampai bila-bila.

Contoh DISKAUN ;

1) Nyatakan SEBAB anda bagi DISKAUN
Contohnya :
Harga sebenar produk ini adalah RM189
Tapi sempena harini hari lahir saya, saya bagi DISKAUN RM39.

2) Nyatakan harga produk anda lebih TINGGI
Contohnya :
Harga sebenar produk ini adalah RM189
Hari ni saya bagi DISKAUN RM39

3. ADD ON

Anda biasa dengar dan lihat perkataan ADD ON?

Ianya cara dan strategi yang sering diguna pakai oleh McDonald, KFC, Subway dan pelbagai syarikat makanan lain lagi.

Tahukah anda, strategi ADD ON ini sebenarnya boleh tingkatkan 10-50% keuntungan untuk setiap produk.

Contoh seperti McDonald, set lunch berharga RM9. Add on RM1 hingga RM5 setiap satu bergantung kepada jenis.
Tambah air gelas besar RM1.. Tambah fries, nugget, ice cream.. Berapa pula tu?

Contoh ADD ON,

1) Tambah 1 lagi tawaran produk
Contohnya : Beli produk A hanya RM80

Boleh tambah produk B dengan harga RM8 sahaja.

2) Jual PELENGKAP kepada produk utama
Contohnya :
Jual produk utama seperti SERUM JERAWAT
ADD ON dengan KRIM MUKA atau PENCUCI MUKA atau apa sahaja yang berkaitan.

4. FREE DELIVERY.

Tahukah anda syarikat seperti Domino’s Pizza mengaut keuntungan jutaan ringgit setiap tahun hanya dengan menggunakan FREE DELIVERY @ FREE POSTAGE sebagai offer dan tarikan.

Contoh FREE DELIVERY

1) Masukkan harga delivery ke dalam harga jualan produk
Contohnya :
Harga sebenar produk adalah RM80.
Delivery cost adalah RM7 – jadi jual pada harga RM87.
Nyatakan kepada pelanggan yg mereka dapat FREE DELIVERY.

5. BULK OFFER.

Strategi BULK OFFER adalah strategi yg sangat berkesan dalam manipulasi “buying trigger” pelanggan. Sesetengah pelanggan akan bersikap tamak semasa membeli.

BULK bermaksud BANYAK.

Daripada menawarkan 1 unit atau 1 produk, kenapa tidak tawarkan 3 produk atau satu set lengkap terus.

Jika jual 1 – untung anda RM30
Jual 1 set lengkap mungkin akan gandakan keuntungan anda ke RM50 – RM100

Kesemua tips dan cara ini mungkin berbeza dari segi hasilnya apabila anda praktikkan nanti. Try adjust ikut kesesuaian produk atau servis anda.

Dah belajar sesuatu lepas habis baca nanti, jangan lupa SHARE & TAG kawan- kawan anda.

Sahut seruan Amazing Founder : Grow Bisnes Lebih Laju pada 2&3 Oktober 2024. Persediaan untuk dirikan bisnes luar biasa 2025 dengan pengenalan modul yang baru!
Dapatkan slot sekarang di AmazingFounder.com

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !