5 Punca Berniaga Tetapi Tidak Untung!

“Perniaga sekarang ni dah tak fikir tentang untung mereka cuma cuba sedaya upaya cuba bertahan dan survive je”..

Ni keluhan yang sering kita dengar dari peniaga di media sosial.

Kalau dulu perniaga memang sibuk fikir macam mana nak untung sebanyak mungkin tetapi sekarang, semua orang terpaksa tukar fokus. Fokus utama dah jadi macam mana nak terus hidup, macam mana nak elak daripada ‘gulung tikar’, dan macam mana nak jaga kebajikan pekerja.

Memang kita akui memang susah nak cakap melainkan usahawan yang lalui sahaja yang akan faham. Kalau anda dah boleh bertahan dalam zaman yang mencabar ni, bermakna anda ada kekuatan yang luar biasa. Setiap langkah yang anda ambil tu, walaupun kecil tetapi membawa makna yang besar.

Ingat, waktu ini memang mencabar, tapi cabaran tak bermaksud tak ada jalan. Jangan malu untuk minta tolong atau cari jalan penyelesaian. Banyak sumber bantuan dan sokongan yang boleh digunakan.

Yang paling penting, jangan hilang semangat kerana pada akhirnya, bila kita fikir balik, pengalaman mengharungi susah payah ni yang buat kita jadi lebih kuat dan bijak dalam menghadapi cabaran yang lebih besar lagi. Setuju ke setuju?

Letih, penat-penat berniaga tetapi akhirnya tiada untung!

Buat apa berniaga kalau sekadar masuk market sekadar nak buang harga. Letih berniaga ni kalau tak nampak untung. Realiti founder yang suka main harga ni, mereka susah nak berkembang. Akan stuck tahap sama bertahun-tahun.

Jadi saya kongsikan 5 punca kenapa bisnes tak ada untung.

1. Tidak memahami pasaran & pelanggan.

Usahawan mungkin gagal memahami pasaran sasaran mereka atau keperluan pelanggan dengan baik. Ini boleh menyebabkan mereka menawarkan produk atau perkhidmatan yang tidak relevan atau tidak berkualiti, yang akhirnya tidak menarik pelanggan.

2. Kos operasi yang tinggi.

Kos operasi yang tinggi seperti sewa premis, upah pekerja, dan inventori yang besar boleh menyebabkan keuntungan susut. Usahawan perlu menguruskan kos dengan cermat untuk memastikan keuntungan yang seimbang.

3. Tidak mempunyai perancangan perniagaan yang kukuh.

Tanpa perancangan perniagaan yang kukuh, usahawan mungkin tidak mempunyai strategi yang jelas untuk pertumbuhan dan keuntungan. Perancangan perniagaan yang baik adalah penting untuk mengukur prestasi dan mengenal pasti arah tujuan.

4. Masalah pengurusan.

Masalah dalam pengurusan perniagaan seperti kekurangan pengurusan kewangan, pengurusan persediaan yang tidak berkesan, atau masalah pengurusan sumber manusia boleh merosakkan prestasi perniagaan.

5. Keperluan modal yang tinggi.

Sesetengah perniagaan memerlukan modal yang tinggi untuk memulakan atau menguruskan operasi. Jika usahawan tidak mempunyai akses kepada sumber modal yang mencukupi, mereka mungkin menghadapi kesulitan dalam mencapai keuntungan.

Jangan lupa share artikel ini

Related Articles

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!