5 PANDUAN MENCARI CONTENT CREATOR BERKUALITI UNTUK SELLER!

Semua tahu yang content creator adalah pencipta kandungan ini bermaksud Content Creator bukan sekadar mengedit video sahaja tapi ia merangkumi beberapa element seperti :

  • Content Planning (Targeted Audience)
  • Scripting (Hook CTA )
  • Video Material (shoot & record)
  • Editing Creative video (Edit video)
  • Analisis Video Performance (Buat analitik)

Ini adalah antara tugas content creator sebenar tapi ramai usahawan tersilap mencari Video editor. Boleh cari video editor, bukan tak boleh tapi perlu buat sedikit tapisan mendalam.

Jom saya terangkan lebih detail, macam mana nak cari video editor yang ada pakej content creator supaya sanda tahu kerja-kerja yang akan dibuat oleh Content Creator. Jadi tak adalah anda hadapi masalah ‘tersalah ambil pekerja’.

Ingat yang reti edit video ni tak bermakna dia auto content creator yang hebat selagi dia tak faham asas content basic yang kuat.

5 Soalan basic untuk Content Creator.


1. Berapakah Jumlah video yang awak boleh hasilkan untuk content seminggu?

soalan ini penting, sebab ia akan menjawab, plan dia untuk plan shoot &, edit jika dia boleh hasilkan content 7-10 keatas content dalam masa seminggu, ini bermakna dia ada frame work kerja dia sendiri. Jadi dari situ dia tahu bahagi masa dengan baik.

2. Berikan topik berdasarkan Produk / Servis saya?

Ini juga penting, tetapi founder perlu tahu apa objektif anda. Sama ada nak topik untuk jual barang atau branding. Terdapat 2 jenis topik yang founder perlu tahu.

  • Topik untuk sales.
  • Topik untuk brand awareness.

Cara nak menilai, kalau Content Creator dapat bagi topik dengan idea-idea luar dari kotak pemikiran founder. Ini bermaksud dia adalah scriptwriter yang baik sebab bila dia ada topik, automatik dia tahu dia nak tulis apa. Betul tak?

3. Apakah 5 video inspirasi anda ketika shoot dan edit?

Ini penting, sebab Content Creator yang baik, dia akan sentiasa mencari inspirasi dengan mencari idea-idea terbaru untuk membuat video. Jika nama yg disebut oleh Calon tu, seller boleh dapat maklumat supaya style editing yang dia akan deliver maybe akan sama dengan video yang dia akan hasilkan nanti.

4. Apakah tindakan awak jika 10video yang awak buat nanti kurang view dan engagement?

Soalan ini penting untuk memastikan Content Creator sentiasa ada back up plan dengan idea yang sentiasa mencurah dengan kreativiti. Jika jawapan Content Creator impress kan itu adalah pertanda baik.

5. Sekarang ni, cuba buat 1 skrip ringkas berkenaan dengan produk/ringkas saya ni dan terangkan kepada saya kenapa ayat-ayat itu dibuat?

Soalan ini juga menentukan, sesorang content creator itu mempunyai critical thinking bersama plan untuk content. Jika dalam masa 5minit-10minit dia dapat sediakan 1 skrip bersama-sama dengan explaination, ini bermaksud dia tahu apa dia nak buat dan yang penting dia boleh bekerja dalam pressure.

Sekarang tiba tugas anda pula untuk semak srkip tu pastikan ada :

  • Hook yang baik (hook visual,hook audio dll)
  • Storytelling tentang produk/servis
  • CTA

Ini adalah asas pertanyaan soalan interview pada Content Creator, harap-harap perkongsian ini dapat membantu abda dapat cari Content Creator yang baik dan anda semua pembaca dapat manfaat.

Nak belajar lebih banyak tentang hiring dan bisnes?

Sahut seruan Amazing Founder : Grow Bisnes Lebih Laju pada 2&3 Oktober 2024. Persediaan untuk dirikan bisnes luar biasa 2025 dengan pengenalan modul yang baru!
Dapatkan slot sekarang di AmazingFounder.com

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !