“Saya tak jumpa lagi manusia kata saya tak suka duit.” – Datuk Haji Muhammad Asri
Pernah dengar ayat brutal macam ni? Semua orang fikir benda sama, tapi tak ramai yang berani cakap terang-terangan. Tapi itulah sebab Datuk Haji Asri ni special. Beliau real, mudah didekati, dan perjalanan hidup beliau memang goal untuk sesiapa yang rasa hidup dah stuck.
Beliau dah 30 tahun dalam dunia pelaburan saham, pemegang lesen pasaran modal selama 25 tahun (macam permit untuk jadi pakar saham), international certifications (sijil peringkat antarabangsa), founder Akademi Latihan Kewangan.
Semua ni datang dari seorang yang hampir gagal Prinsip Akaun masa SPM. Kalau ini bukan plot twist paling gila dalam kisah kejayaan orang Malaysia, saya pun tak tahu apa lagi.
Jom kita breakdown perjalanan beliau kepada lessons yang korang boleh guna dalam hidup korang starting from today.

Lesson 1: Persekitaran Bentuk Kita, Tapi Tak Tentukan Kita
“Sebab itulah Islam kata, kena pilih kawan kan?”
Masa Form 1, Datuk Asri masuk Sekolah Menengah Victoria Institution (VI), sekolah elit gila di Kuala Lumpur. Bayangkan, seorang budak kampung dari Gombak yang hidup sederhana bersama rakan-rakan orang asli. Namun, beliau tiba-tiba berada dalam persekitaran yang sangat berbeza. Dikelilingi anak orang kaya.
Culture shock level? Maximum.
“Datang kita mewah. Memang anak orang kaya,” beliau cerita pasal kawan classmates dia.
Lepas kelas? Dorang boleh pergi shopping mall. Beliau? Kena balik asrama. Dorang ada duit belanja sesuka hati. Beliau? Kena pinjam duit kawan untuk tambah lauk.
Tapi ini yang menarik. Bukannya jadi bitter atau rasa rendah diri, tapi beliau tukar cara fikir nak jadikan situasi tu fuel for his success.
Islam dah ajar kita pilih kawan dengan bijak.
“Kalau kita berkawan dengan orang yang wangi, kita akan wangi. Kalau berkawan dengan orang besi, kita akan bau besi lah.”
Datuk Asri tengok parents kawan-kawan dia yang berjaya, dan bukannya cemburu, beliau tanya soalan paling powerful. ‘Kalau mereka boleh, kenapa aku tidak?’
Apa Yang Korang Boleh Buat?
Tengok persekitaran korang sekarang dengan objektif. Dikelilingi orang yang berjaya? Bagus.
Jangan cemburu, jadikan inspiration. Dikelilingi orang negative yang selalu complain? Masa untuk upgrade circle korang.
Kalau dia boleh, kenapa kita tidak? Bukan untuk compare sampai down, tapi untuk nyalakan semangat dalam diri.
Lesson 2: Minat Boleh Dibina (Tak Perlu Suka Dari Awal)
Ni dia lesson paling encouraging dari kisah Datuk Haji Asri. Korang tak perlu gifted atau pandai semula jadi untuk berjaya dalam sesuatu bidang.
Fakta sebenar
- Form 4, Form 5: Matematik dan Prinsip Akaun consistently F9
- Report card: Semua subjek biru (lulus) kecuali dua subjek tu, merah memanjang
- SPM: Hampir gagal Prinsip Akaun
- Hasil akhir: Jadi pelajar terbaik Diploma Analisa Pelaburan (kursus pasal melabur duit), pakar saham, 30 tahun dalam industri
Macam mana boleh jadi macam tu?
“Minat tak minat tu nombor dua. Sebab nak capai cita-cita tu, nak berjaya, nak jadi kaya, tak apa, redah je lah.”
Beliau bina minat sebab ada goal yang jelas. Nak kaya, nak berjaya. Bila ‘kenapa’ kita cukup kuat, ‘macam mana’ akan jumpa jalan sendiri.
“Benda ni semua orang boleh belajar,” kata Datuk Asri dengan yakin.
Bakat tu overrated. Tekad tu yang lebih penting.
Masa masuk ITM (sekarang UiTM) untuk Diploma Analisa Pelaburan, beliau bukak syllabus, 70% matematik. Bayangkan perasaan budak yang hampir gagal Prinsip Akaun bila sedar 70% tiga tahun depan adalah matematik.
“Allah, gebar. Aku baru keluar daripada seksa Form 4 Form 5 ni, masuk balik masuk seksa balik ke ni?”
Tapi beliau buat satu benda simple tapi powerful. Duduk kat meja dan letak niat dengan jelas.
“Aku boleh jadi seorang pelajar terbaik.”
That’s it. Pengakuan positif yang simple. ‘Aku bukanlah seorang yang tak pandai. Aku boleh belajar.’
Berhenti kata ‘Aku tak pandai’ atau ‘Aku tak minat.’ Mula kata ‘Aku sedang dalam proses belajar’ dan ‘Aku akan improve setiap hari’.
Pilih satu benda yang korang perlu master (maybe Excel untuk kerja, maybe English untuk peluang kerja lebih baik, maybe melabur untuk kebebasan kewangan).
Tak perlu suka terus. Cuma perlu commit 100% untuk belajar.
Lesson 3: Dua Minggu Pertama Tentukan Segalanya
“Apa-apa pun, tahan dua minggu.”
Ini nasihat emas yang Datuk Asri kongsikan berdasarkan pengalaman sendiri. Masa mula-mula masuk ITM, beliau memang rasa nak escape balik.
Dah lah jauh dari rumah (Gombak ke Shah Alam masa 90s memang jauh gila), subjek nampak menakutkan, rasa overwhelmed tahap maximum.
“Walaupun dua minggu pertama rasa nak lari balik, dah lah jauh, lepas dua minggu saya dah tahu dah trend dia.”
Sekarang bila nasihat anak-anak yang baru masuk university, beliau akan kata…
“You all tahan dua minggu. Lepas tu you all akan enjoy sesi kat universiti ni sebenarnya.”
Ya, orang kata 40 hari untuk bina tabiat, tapi realitinya, kalau boleh bertahan dan commit penuh dua minggu pertama, korang dah menang.
Apa Yang Datuk Asri Buat Dalam Dua Minggu Kritikal Tu?
- Fully commit untuk belajar – Rutin beliau hanyalah belajar. That’s it.
- Faham tak faham, buat je – Buat exercises, tackle soalan latihan
- Jadi ulat buku – Beliau tak adaa dunia luar. Yang ada hanyalah dunia belajar, belajar, belajar.
- Pergi kelas setiap hari – Setiap hari, tak ada drama ‘tolong sign attendance’
- Jaga disiplin – Setiap hari pergi masjid, balance rohani dengan akademik
Hasil? Semester pertama dapat Dean’s List 3.9 pointer (markah tertinggi dalam kelas).
Eh boleh pun! Beliau terkejut sendiri.
Semester kedua? Semua subjek yang beliau dulu tak suka (Prinsip Akaun, Kewangan) dapat 4 flat (markah sempurna).
Lesson 4: Niat Bentuk Hasil
“Itu first thing yang saya buat bila saya duduk kat meja dan saya terfikir. Boleh ke aku buat?”
Sebelum mula belajar pun, Datuk Haji Asri buat satu benda simple tapi sangat powerful. Letak niat yang sangat jelas.
“Saya letak niat yang mana aku boleh jadi seorang pelajar terbaik.”
Bukan ‘Harap-harap aku pass.’
Bukan ‘Aku cuba yang terbaik.’’
Tapi ‘Aku boleh jadi pelajar terbaik.’
Spesifik. Jelas. Berani.
“Tapi saya just letak positive mindset kata, aku boleh buat.”
Islam ajar kita perkataan pertama Al-Quran adalah ‘Iqra’ iaitu BACA. Datuk Haji Asri dapat insight powerful dari Ustaz Don. Belajar tak ada jalan lain melainkan dipaksa.
Maksudnya bukan paksa diri dengan menyeksa tapi ‘mujahadah.’ Effort, disiplinkan diri dengan konsisten.
Bila letak niat yang kukuh, tindakan harian akan automatik align dengan niat tu. Datuk Haji Asri letak niat nak jadi pelajar terbaik, naturally beliau jadi ulat buku, pergi setiap kelas, buat semua exercises.
Sebelum mula apa-apa, ambik 5 minit untuk letak niat dengan jelas.
Tulis
- ‘Aku nak jadi top performer dalam team menjelang Q2.’
- ‘Aku nak capai simpanan RM10,000 menjelang Disember.’
- ‘Aku nak level up English dari intermediate ke advanced dalam 6 bulan.’
Jadi spesifik. Berani. Kemudian biar niat tu pandu setiap keputusan harian korang.
Lesson 5: Tukar Cara Pandang Tentang Duit & Nombor
“Semua orang suka nombor sebenarnya. Sebab semua orang suka duit.”
Ini mungkin perbincangan paling real tentang duit yang korang akan dengar. Datuk Haji Asri hancurkan stigma tentang ‘cinta dunia’ dan berminat dengan duit.
“Saya tak jumpa lagi manusia kata saya tak suka duit. Saya tak jumpa lagi. Tak ada.”
“Yang cakap duit ni jahat, duit ni syaitan, duit ni benda-benda jahat ni kan? Orang kaya salah, orang kaya sombong. Sebab tu duit tak suka kat dia.”
Savage tapi betul.
Nombor Adalah Sebahagian Dari Hidup
Datuk Haji Asri pecahkan prejudis kita tentang nombor dan matematik.
“Hidup kita ni, kita tak akan boleh lari daripada nombor. Bohong kalau kita kata kita lari daripada nombor.”
“Nak bukti? Kita solat pun ada angka kan? Kenapa Allah kata 2, 4, 4, 3, 4? Nombor juga.”
Orang kata solat susah. Tapi bila dah jadi kebiasaan, automatic je. Konsep sama dengan nombor dalam kewangan, dalam kerjaya, dalam kehidupan harian.
Kalau consistent practice, commit dalam belajar, ia akan jadi mudah.
Jurang Literasi Kewangan
Sekarang Datuk Haji Asri tengah buat PhD, dan fokus kajian beliau? Literasi kewangan (pemahaman tentang duit) khusus untuk masyarakat Bumiputera.
“Dalam kalangan masyarakat Bumiputera, kita masih jauh tentang nombor angka ataupun dalam bidang kewangan ni. Sebab kita takut dengan nombor. Kita rasa seram nak faham, complicated.”
Tapi sebenarnya? Tak perlu menakutkan. Beliau adalah bukti hidup bahawa seseorang yang hampir gagal accounting boleh kuasai sepenuhnya literasi kewangan dan ajar beribu orang.
Berhenti jahatkan duit. Nak jadi kaya bukan dosa. Ia sifat natural kita. Islam tak larang kita jadi kaya. Islam larang kita jadi tamak, zalim, dan lupa tanggungjawab rohani.
Mula perjalanan pendidikan kewangan
- Macam mana nak buat budget (rancangan perbelanjaan) dengan betul
- Macam mana nak melabur dengan bijak (terutama cara yang syariah-compliant)
- Macam mana nak buat pendapatan passive (duit masuk tanpa kerja aktif)
- Macam mana nak urus hutang dengan strategic
Berhenti guna alasan ‘aku tak pandai matematik jadi aku tak boleh belajar pasal duit.’ Datuk Haji Asri hampir gagal accounting. Sekarang dah 30 tahun kuasai industri pelaburan. Kalau beliau boleh, korang pun boleh juga.
Kejayaan Adalah Perjalanan, Bukan Destinasi
Datuk Haji Asri sekarang 49 tahun, hampir 50. Dah 30 tahun dalam dunia pelaburan saham. 25 tahun pegang lesen pasaran modal.
Kelayakannya sangat mengagumkan.
- MSTA (Member of Society of Technical Analysis UK)
- CFTE (Certified Financial Technician USA)
- Pelbagai anugerah termasuk Bursa Marketplace Social Influencer
- The Brand Laureate Best Brand Award 2020
Yang menariknya, beliau masih belajar. Sekarang buat PhD. Itulah mindset orang yang betul-betul berjaya. Mereka tak pernah berhenti berkembang.
“Bila satu level yang kita percaya kita dah berjaya tapi kita tak rasa kita dah berjaya tapi masih teruskan belajar, itulah orang yang berjaya. Itulah orang yang berjaya sebab dia tak pernah berhenti belajar.”
Kenapa Beliau Mula?
Semuanya bermula sebab beliau nampak ayah beliau dan kawan-kawan ayah buat duit serious dari saham masa 1993 Super Bull Run. Zaman kegemilangan mutlak stock market Malaysia.
Masa tu ayah beliau (kakitangan kerajaan) suruh isi form untuk mohon IPO (Initial Public Offering – bila syarikat mula jual saham untuk kali pertama), buat banker’s cheque (cek bank). Young Asri tak faham langsung. Tapi satu benda beliau nampak jelas. Orang buat duit.
Itu bila ayah beliau tanya soalan yang tukar hidup.
“Pergi belajar Diploma Analisa Pelaburan.”
“Eh nak kaya tak?”
“Eh mestilah nak. Siapa tak nak?”
“Pergi belajar ilmu ni.”
Perbualan simple. Impak yang tukar hidup.
Permulaan Dalam Trading (Jual Beli Saham)
Masa belajar lagi, beliau dah mula invest. Tapi ingat, era 90s tak ada online trading. Tak ada apps, tak ada instant access.
“Nak beli saham ni semua tak boleh online. Nak telefon siapa nak layan kita, kita tak ada banyak modal.”
Jadi apa beliau buat? Setiap cuti semester, bukannya balik kampung lepak, beliau pergi rumah senior, kemudian pergi broker house (pejabat broker saham), duduk depan wakil perniagaan (remiser – orang yang bantu jual beli saham).
Bayangkan dedikasi tu. Pelajar dengan duit sangat terhad, duduk kat broker house hari demi hari, perhatikan dan serap ilmu macam span. Itulah cara beliau bina foundation yang kukuh.
“Kita akan pergi bank dan duduk dengan mereka. Itulah rutin setiap kali cuti semester.”
Masa pelajar lain habiskan cuti semester bersantai, lepak mamak, beliau maksimumkan masa tu untuk masuk sepenuhnya dalam dunia yang dia nak kuasai.

Kenapa Pelaburan Patuh Syariah?
Hari ini Datuk Haji Asri fokus pada pelaburan saham patuh syariah. Pelaburan Islam. Kenapa? Sebab korang boleh bina kekayaan DAN kekal dalam prinsip Islam. Tak perlu korban akhirat untuk dunia.
Melalui Akademi Latihan Kewangan, beliau ada misi untuk didik rakyat Malaysia terutamanya Bumiputera.
- Cara navigasi pasaran saham dengan yakin
- Strategi pelaburan Islam yang menguntungkan
- Literasi kewangan asas
- Cara bina kekayaan halal
Beliau nak orang lain naik sama-sama. Itulah kejayaan sebenar. Bila kita dah sampai atas, kita hulur tangan dan tarik orang lain naik bersama kita.
Datuk Haji Muhammad Asri bin Haji Ahmad adalah bukti jelas bahawa starting line korang tak tentukan finish line korang.
Dari
- Anak kampung Gombak
- Pinjam duit kawan untuk makan
- Hampir gagal Prinsip Akaun SPM
- Tiada background perniagaan keluarga
Kepada
- 30 tahun kuasai pelaburan saham
- Certifications antarabangsa yang diiktiraf globally
- Pendidik kewangan pemenang anugerah
- Rujukan utama untuk pelaburan patuh syariah di Malaysia
Jambatan antara dua realiti tu? Kerja keras tanpa henti, niat yang jelas, konsisten yang tidak berbelah bahagi, dan tegas menolak untuk biar keadaan batasi korang.
Tanya diri soalan ini.
- Apa goal wajib aku? (Beliau nak kekayaan dan kejayaan)
- Apa niat kukuh aku? (Beliau isytihar ‘aku akan jadi pelajar terbaik’)
- Boleh aku bagi semua untuk dua minggu? (Beliau bertahan dua minggu brutal pertama, momentum ambil alih)
- Aku bersedia untuk mujahadah? (Beliau jadi ulat buku, korban sementara kehidupan sosial)
- Aku betul-betul percaya aku boleh lakukan? (Beliau akui ‘Aku bukanlah tak pandai. Aku boleh belajar.’)
Kalau korang jawab YES untuk semua lima, tahniah! Korang dah berada di highway menuju kejayaan.
Kalau beliau boleh transformasi dari hampir gagal accounting kepada jadi tokoh utama syariah stock market Malaysia, kenapa bukan korang?
Mula hari ini. Letak niat tu. commit untuk dua minggu. Dan saksikan hidup korang transformasi sepenuhnya.
Sebab pada akhirnya, semua orang suka duit. Semua orang memang berhak belajar macam mana nak urus dan kembangkan duit. Dengan cara halal.
Nombor bukan musuh korang. Matematik bukan mustahil. Dan background korang? Ia cuma starting point korang, bukan destinasi korang.
Datuk Haji Asri dah buktikan. Korang pun boleh.
Nak tahu rahsia & tips Datuk Haji Asri? Tonton sekarang di YouTube BuatSaja Podcast!
Kenal founder atau influencer hebat? Calonkan mereka jadi guest podcast dengan mudah melalui form pencalonan kami!
