Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/fegroup2/apps/fegroup2/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/fegroup2/apps/fegroup2/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/fegroup2/apps/fegroup2/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/fegroup2/apps/fegroup2/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

5 Kolam Untuk ‘Pancing’ Sales


Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/fegroup2/apps/fegroup2/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Sebagai seorang usahawan, peniaga atau founder, pernahkah anda terfikir, sekuat manakah produk atau servis yang anda tawarkan itu ‘wujud’ dalam pasaran?

Lebih-lebih lagi dalam zaman ‘dunia online’ sekarang ini..

Adakah anda sudah menggunakan kesemua platform yang ada untuk ‘menampakkan’ produk atau servis yang anda tawarkan itu kepada bakal pelanggan anda?

Jadi dalam artikel ini, kami akan kongsikan kepada anda antara platform yang anda perlu manfaatkan supaya lebih ramai orang tahu tentang bisnes anda.

#1 : FACEBOOK

 

Tak dapat dinafikan lagi, Facebook memang antara platform yang paling popular dan sangat ramai peniaga yang menggunakan platform ini untuk memasarkan produk atau servis mereka.

Jom kita lihat apa yang ada di Facebook untuk anda gunakan sebagai platform pemasaran anda ;

  1. Facebook Pageshttps://www.facebook.com/business/products/pages
  2. Facebook Grouphttps://www.facebook.com/groups/
  3. Live Videohttps://live.fb.com/
  4. Instant Articles : https://instantarticles.fb.com/
  5. Market Placehttps://www.facebook.com/marketplace/

 

#2 : INSTAGRAM

 

Di Instagram juga ada terdapat beberapa fungsi yang anda boleh jugakan, sebagai contoh ;

  1. Instagram Story – Setiap gambar atau video yang anda postkan di story, akan mendapat reach yang lebih tinggi berbanding posting biasa. Cumanya, gambar atau video di story cuma boleh kekal untuk 24 jam sahaja.
  2. Paid Review – Alternatif yang makin popular dengan cara membayar InstaFamous untuk review bisnes anda
  3. Swap Review – Membolehkan anda untuk saling mempromosikan bisnes tanpa sebarang bayaran
  4. Hashtag – Memperluaskan carian & capaian bisnes anda di pada bahagian “Search Tags” di Instagram.

 

#3 : GOOGLE

 

Salah satu gergasi besar dalam dunia online adalah Google, dan Google ini sangatlah berkait rapat apabila anda mempunyai Website untuk perniagaan anda.

Jadi jom kita lihat apa yang anda boleh manfaatkan dengan penggunaan Google ini ;

  1. Google AdWords – Iklan berbayar tentang bisnes anda akan muncul sebagai carian yang pertama di Google. ( https://adwords.google.com/ )
  2. Google SEO – Salah satu teknik yang membolehkan anda mendapat trafik secara percuma dari Google dengan cara menyediakan ‘content’ tepat untuk carian audience.
  3. Youtube – Satu platform yang mempunyai capaian yang tinggi & majoriti penggunanya adalah Gen XYZ yang pintar & mempunyai kuasa beli yang kuat. ( https://www.youtube.com )

 

#4 : WHATSAPP

 

Memang tidak dinafikan, Whatsapp masih lagi menjadi pilihan utama kepada seller. Lebih-lebih untuk tujuan closing sales.

Namun ada beberapa lagi fungsi lain yang anda boleh gunakan untuk tingkatkan sales bisnes anda melalui Whatsapp iaitu ;

  1. Broadcast – Anda boleh memilih database prospek atau pelanggan sedia ada yang dikehendaki dalam Whatsapp anda untuk menghantar mesej secara serentak.
  2. Story – Anda juga boleh selalu update story Whatsapp anda dengan promosi, teaser atau diskaun terkini untuk menarik lebih perhatian prospek/pelanggan anda. Fungsi ini sebenarnya hampir sama dengan fungsi IG Story
  3. Whatsapp Group – Anda boleh kumpulkan prospek/pelanggan anda dalam 1 group Whatsapp khas untuk mereka selalu dapat atau tak terlepas update promosi atau produk/servis terbaru dari anda.

 

#5 : TELEGRAM

 

Berbeza dengan Whatsapp, Telegram ini lebih menyenangkan untuk anda berkongsi info atau update terbaru tentang  bisnes anda tanpa limit, lebih-lebih lagi apabila melibatkan file gambar atau video.

  1. Private Group – Anda boleh mengumpulkan komuniti prospek yang betul² targeted
  2. Public Channel – Boleh digunakan untuk orang luar join channel bisnes anda melalui link. Channel ini anda boleh manfaatkan untuk berkongsi content atau tips percuma untuk meningkatkan ‘trust’ prospek kepada bisnes anda.
  3. Private Channel – Hanya orang yang dipilih dan beri link sahaja boleh join channel ini. Mungkin anda boleh kumpulkan “pelanggan setia” anda di dalam private channel ini.

 

KESIMPULAN

 

Selain dari platform-platform yang dikongsikan diatas, masih banyak lagi platform di luar sana yang anda boleh manfaatkan penggunaannya untuk anda tingkatkan jualan bisnes secara online terutamanya.

Dan inilah sebenarnya kekuatan jika anda mengaplikasikan teknik “Integrated Online Marketing” dalam bisnes anda.

Nak tahu macam mana cara yang betul & berkesan untuk apply Integrated Online Marketing menggunakan Facebook, Messenger, Website, Google, Email dan paling penting Database ke dalam bisnes anda secara PERCUMA?

>> KLIK SINI UNTUK BELAJAR & INFO

Jangan lupa share artikel ini

Related Articles

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!