5 Kesilapan Usahawan Yang Menyertai Food Festival Yang Menyebabkan kerugian!

Ramai ingat crowd ramai maksudnya senang jual. Tapi hakikatnya food festival bukan tentang siapa masak sedap, tapi siapa paling pandai tarik perhatian.

Food festival bukan tempat ‘nak cuba nasib’. Kalau tak pandai tarik crowd, balik bawa rugi
Ramai usahawan teruja nak join food festival sebab nampak peluang besar, crowd ramai, suasana meriah. Tapi bila tiba hari kejadian… ramai yang struggle nak dapatkan sales walaupun orang lalu lalang tak berhenti.

kebelakang ni ramai yang DM dan Pm kami kongsikan nasib mereka lepas join foodfest antaranya :

“Orang lain habis stok sebelum petang, tapi saya baru nak panas kuali.”

“Awak dah all out booth lawa, makanan power tapi jualan tak gerak. Kenapa?”

“Nampak crowd macam pesta, tapi booth saya macam hari Isnin.”

“Hari pertama semangat, hari kedua stress, hari ketiga doa cepat habis event.”

Ini atara kenapa hal ini berlaku, semoga dapat memberi pencerahan untuk usahawan yang nak join food fest masa akan datang.

1. Salah anggap tentang “crowd = sales”

Ramai fikir kalau pengunjung ramai, mesti senang nak jual. Tapi hakikatnya:

  • Ramai datang untuk cuci mata, bukan beli.
  • Pengunjung datang dengan bajet terhad, dan mereka akan pilih booth yang paling menarik atau paling worth it.
  • Kalau booth tak menonjol atau tak beri first impression kuat mereka lalu saja.

2. Booth tak “stand out”

Dalam food festival, 90% booth jual makanan. Jadi kalau booth nampak biasa-biasa, orang takkan berhenti.
Contoh kesilapan biasa:

  • Warna booth sama macam booth lain.
  • Tak ada branding hook (contohnya tagline unik atau visual menarik).
  • Tak ada demo atau smell marketing (bau sedap yang tarik perhatian).

Booth makanan kena “hidup” warna cerah, tunjuk proses masak, atau gunakan lighting malam yang menarik.

3. Harga dan strategi menu tak sesuai

Ramai usahawan letak harga “kedai tetap”, bukan “event pricing”.

  • Pengunjung event suka beli makanan mudah pegang, cepat siap dan berbaloi.
  • Menu terlalu berat, mahal, atau ambil masa lama untuk disiapkan terus kalah pada pesaing yang jual snack cepat siap.

Strategi betul:

  • Buat combo murah + upsell item premium.
  • Fokus pada high margin small items (contoh: air unik, dessert mini, snacks viral).

4. Tak tahu “jual diri”

Booth kadang-kadang nampak “malu-malu”. Tiada orang sambut, senyum pun tak, duduk tengok phone.
Padahal food festival ialah tempat untuk engage dan create vibe.

  • Kalau orang rasa seronok, mereka beli sebab suasana.
  • Booth yang “energetic” selalu menang walaupun produk biasa.

5. Tak leverage kuasa TikTok & sosial media

Ramai hanya harap pengunjung lalu depan booth, bukan yang datang specifically cari.
Sedangkan kalau sebelum event dah buat content teaser, share lokasi booth, tunjuk behind the scene, pelanggan dah ada niat datang beli.

Contoh:

“Kami akan ada di Food Fest Putrajaya hujung minggu ni! Bawa keluarga datang rasa ABC viral kami yang ada ais warna biru tu booth #C15!”

Tanpa analisis faktor ini, usahawan akan ulang kesilapan sama setiap kali join event.

Food festival memang nampak macam lubuk rezeki tapi realitinya, hanya yang strategi kuat dan pandai baca crowd saja yang betul-betul buat duit.

Kalau nak menang di event macam ni, usahawan kena fikir lebih dari sekadar rasa makanan. Fikir pengalaman pelanggan, visual booth, dan cara tarik orang datang, bukan tunggu orang datang.

Sebab dalam dunia food festival, yang survive bukan yang paling sedap tapi yang paling bijak jual diri dan cipta vibe.

Serius nak FunnelEvo bantu anda grow bisnes? Kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Berminat?

Tempah sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!

Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !