F-_Funnel-Evo-Psd_5-kepentingan-database--7

5 Kepentingan Database Untuk Bisnes Anda!

Dalam bisnes, Database pelanggan merupakan ‘aset’ anda yang paling penting! Database ini adalah maklumat pelanggan anda seperti nama, email, nombor telefon, messenger dan lain-lain. Anda sangat memerlukan Database ini kerana ia dapat memastikan bisnes anda kekal stabil untuk jangka masa yang panjang.

 

Database pelanggan anda merupakan hak mutlak anda sepenuhnya kerana anda boleh berhubung dengan mereka secara langsung tanpa dikawal oleh pihak lain. Lebih banyak database pelanggan yang anda dapat, lagi hebat bisnes anda. Jadi, dekat bawah ni, saya nak kongsikan kepada anda kepentingan Database pelanggan untuk bisnes anda. Lepas ni, anda bolehlah menguruskan Database pelanggan anda dengan lebih baik.

 

1. Tentukan Target Jualan

 

 

Semasa anda memulakan bisnes, Database pelanggan yang anda kumpul dapat digunakan untuk menentukan target jualan yang anda inginkan. Sebab produk yang akan dipasarkan tepat kepada pembelinya. Dalam masa yang sama, setiap produk atau servis anda akan lebih dikenali ramai.

 

Dari situ, jika anda buat pengiklanan produk atau servis di media sosial, target anda akan lebih tepat kerana anda mempunyai Database yang terperinci untuk anda fokuskan.

 

>> KLIK SINI UNTUK BELAJAR BUAT DUIT DENGAN DATABASE <<

 

2. Jimat Kos dan Masa Dengan DATABASE Sedia Ada

 

 

Kalau anda perasan, jualan produk kepada pelanggan sedia ada akan lebih mudah kerana anda pernah ber “engage” atau berurusan dengan mereka. Ini kerana anda telahpun dikenali oleh pelanggan anda dengan produk yang sudah mereka percayai. Jadi tidak perlu bersusah payah mencari prospek baru jika anda ingin membuat sesuatu promosi kerana anda sudah mempunyai Database pelanggan yang banyak dan berpotensi tinggi untuk membeli produk anda.

 

Selain itu, anda juga tidak akan membuang masa menjual produk kepada orang yang salah. Bermula dari pengumpulan Database pelanggan, anda akan dapati beberapa pelanggan yang bermasalah untuk membeli produk anda seperti “fake customer” ataupun masalah dari segi pembayaran. Jadi, anda perlulah mengasingkan mereka awal-awal lagi supaya tidak mengganggu pelanggan yang berpotensi tinggi untuk membeli produk jualan anda.

 

Cuba anda bayangkan jika jumlah Database anda ada 15,000, bila anda buat sesuatu “campaign” sempena “Promosi Hari Raya”, anda hanya perlu sebarkan atau blast mesej kempen promosi tersebut kepada Database pelanggan sedia ada sahaja.

 

Dari situ, jika “conversion” 10%, anda dah dapat 1500 orang yang membeli produk anda. Lebih menyeronokkan lagi, selalunya conversion yang anda akan dapat lebih tinggi kerana anda dah dikenali oleh mereka.

 

Apabila anda buat pengiklanan di media sosial, kos pengiklanan yang anda tanggung lebih efektif, menguntungkan dan yang paling penting tak rugi. Di sini pun anda dah boleh dapatkan target jualan yang tinggi untuk sehari.

 

>> KLIK SINI UNTUK BELAJAR BUAT DUIT DENGAN DATABASE <<

 

3. Hubungan Jangka Panjang Dengan DATABASE Anda

 

 

Untuk pengetahuan anda, kuasa membeli paling tinggi datangnya daripada mereka yang sudah mengenali kita. Apa yang anda perlu buat ialah, bina hubungan yang baik dengan mereka supaya mereka lebih mengenali anda. Bila mereka dah yakin dan percaya dengan anda, mereka lebih suka membeli produk anda daripada membeli dengan orang yang belum mereka kenali.

 

Cara lain nak engage dengan Database anda ialah dengan berkongsi value atau tips berguna kepada mereka. Value yang anda kongsikan boleh meningkatkan kesedaran dan keyakinan terhadap produk/servis anda. Ini kerana anda telah memberi perkongsian yang sangat berguna kepada mereka. Dari situ tanpa anda sedari anda telahpun menambahkan ‘TRUST’ kepada Database anda.

 

Nanti bila nak menjual, tak lah STRUGGLE sangat, hanya perlu engage sahaja untuk kongsikan value atau tips bermanfaat kepada mereka. Anda boleh menggunakan banyak platform seperti Facebook, Instagram, Whatsapp ataupun Email. Jadi, hubungan anda dengan Database anda akan lebih kukuh dan ini menjadi kunci utama kenapa mereka membeli produk anda.

 

>> KLIK SINI UNTUK BELAJAR BUAT DUIT DENGAN DATABASE <<

 

4. Follow Up Customer Menjadi Senang

 

 

Dah menjadi kebiasaaan bila buat sahaja iklan di media sosial untuk bisnes anda, akan ada pelanggan yang “krik-krik” selepas PM dan tidak membeli produk anda. Tidak menjadi masalah, anda hanya simpan Database mereka dan asingkan pelanggan tersebut. Itu tidak bermakna mereka tidak akan membeli produk anda. Anda boleh jadikan mereka ini sebagai target audience bagi pengiklanan anda, lama kelamaan mereka akan yakin untuk membeli produk anda kerana dalam marketing, prospek akan ingat brand anda selepas 7-14 kali mereka melihatnya.

 

Apabila anda mempunyai Database pelanggan, anda mungkin dapat berhubung dengan mereka sekali ataupun 2 kali seminggu untuk bertanyakan samada mereka berminat ataupun tidak dengan produk anda.

 

Apabila nak follow up dengan pelangan anda, pastikan ayat yang diberikan itu bersesuaian dengan semua peringkat umur. Nanti takde la susah payah nak susun ayat lebih-lebih kan.

 

>> KLIK SINI UNTUK BELAJAR BUAT DUIT DENGAN DATABASE <<

 

5. Back Up DATABASE Untuk Bisnes Anda

 

 

Katakanlah akaun Facebook anda ditutup atau dibanned, sudah pasti bisnes anda akan merudum.. setuju? Tapi anda tak perlu risau sekiranya anda mempunyai Database pelanggan yang merupakan nyawa kepada bisnes anda. Bisnes anda still akan bernyawa walaupun ada masalah yang berlaku.

 

Database pelanggan yang anda kumpul sudah menjadi hak milik anda sepenuhnya. Apa yang anda perlu lakukan adalah, buat marketing secara berterusan kepada mereka kerana ia akan membantu dalam meningkatkan jualan berkali ganda kepada bisnes anda.

 

Akhir sekali, jangan terlalu bergantung sepenuhnya pada satu platform seperti Facebook. Ini adalah satu risiko yang besar kerana jika ada masalah, ia akan memberikan impak yang buruk terhadap Database anda.

 

Perasan atau tidak, jenama terkemuka dunia pun akan kekal berhubung dengan pelanggan mereka. Kalau anda nak bisnes anda terus stabil, PERSONAL TOUCH dalam berkomunikasi akan membuatkan pelanggan anda lebih dihargai dan dapat menjadikan mereka lebih setia dengan produk anda.

 

Ok, saya rasa sampai disini sahaja untuk perkongsian 5 Kepentingan Database untuk Bisnes Online Anda.

 

Saya ucapkan TAHNIAH sebab anda dah membaca artikel ini sehingga habis. Semoga perkongsian kali ini dapat memberi kesedaran bahawa pentingnya Database pelanggan untuk bisnes anda.

 

P/s : Jika anda serius untuk belajar dengan lebih banyak & jelas berkenaan cara untuk KUMPUL, URUS & PERAH DUIT dengan database anda, SILA KLIK DISINI sekarang!

SHARE KEPADA RAKAN:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Download E-Book Case Study RM100k!

Masukkan Nama & Email Untuk Dapatkan Tips Online Marketing Terbaru