Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/funnelevo/apps/funnelevo/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/funnelevo/apps/funnelevo/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/funnelevo/apps/funnelevo/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/funnelevo/apps/funnelevo/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

5 Sebab Kenapa Peniaga Wajib Guna Messenger Marketing Untuk Bisnes!


Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/funnelevo/apps/funnelevo/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Adakah anda bersetuju dengan kenyataan bahawa, “Sebagai peniaga, anda wajib mencari & tahu dimanakah pelanggan sasaran anda berada, supaya mudah untuk anda hasilkan jualan”?

Jika pelanggan anda adalah peminat sukan yang selalu menonton saluran ESPN dan Saluran NFL, adakah anda akan mengiklankannya barangan sukan anda di saluran pada National Geographic atau saluran HBO?

Sudah tentu tidak!

Anda pastinya akan menyiarkan iklan anda di rangkaian saluran sukan di mana pelanggan sasaran anda akan melihatnya.

Dan begitu jugalah kenapa pemasaran di Messenger atau Messenger Marketing dijangka akan menjadi saluran pemasaran terbesar di dunia dalam tempoh 5-7 tahun akan datang.

Tidak dinafikan bahawa kita sentiasa bergerak dari kaedah Emel, SMS dan juga panggilan telefon. Dan makin hari, makin ramai antara kita yang menggunakan aplikasi mudah alih seperti Facebook Messenger, iMessage, dan WhatsApp untuk terus berhubung dengan rakan-rakan, keluarga, malah juga untuk perniagaan.

Mungkin ianya adalah cara yang paling cepat dan paling mudah.

Tapi mengapa kita boleh katakan Messenger Marketing akan menjadi saluran pemasaran yang paling menarik dan terbesar dalam masa yang datang?

Baiklah, cuba anda lihat data rasmi yang dikeluarkan oleh pihak Facebook berkenaan aplikasi Messenger dibawah ini ;

Ok, dah lihat data diatas? Sekarang jom kita lihat kenapa pentingnya menggunakan Messenger Marketing ini dalam bisnes anda untuk berhubung dengan pelanggan sedia ada, mahupun bakal pelanggan baru anda.

 

Apa Itu Messenger Marketing?

Messenger Marketing adalah satu cara baru dan semakin popular untuk anda berhubung dengan pelanggan anda.

Sebagai salah satu saluran pemasaran, ia pastinya bersaing hebat untuk menandingi mana-mana saluran lain di luar sana seperti ;

  • Emel
  • Whatsapp
  • Telegram
  • Media sosial
  • Dan lain-lain…

Jadi apa maksudnya? Sangat mudah, ini bermakna apabila anda menghantar mesej kepada pelanggan anda di Facebook Messenger, lebih ramai orang yang akan membuka, membaca, dan berinteraksi dengan mesej anda.

 

5 Kelebihan Yang Anda Boleh Lakukan Dengan Messenger Marketing..

 

1. Messenger Marketing akan menjadikan bisnes anda lebih mudah dan lebih berkesan.

Apabila seseorang pelanggan menghantar mesej ke Facebook Page anda, mereka akan ditambah secara automatik ke dalam senarai database Messenger (dipanggil juga sebagai subscriber) anda.

Seterusnya anda boleh berhubung atau menghantar mesej kepada mereka bila-bila masa sahaja yang anda mahu untuk menjual produk, follow up, berkongsi tips-tips atau artikel yang bermanfaat, meminta maklum balas, dan lain-lain tujuan melalui aplikasi Messenger.

Dengan menggunakan Messenger Marketing, anda boleh setkan untuk menghantar mesej atau follow up secara automatik mengikut hari dan waktu tertentu. Anda boleh tetapkan sama ada ingin menghantarnya pada weekday, weekend ataupun setiap hari.

2. Boleh menghantar mesej yang lengkap dengan butang CTA (Call To Action) yang boleh diklik.

Berkenaan butang CTA (Call To Action) ini, anda boleh sesuaikan dengan pelbagai cara yang anda inginkan seperti ;

  1. Send Message (menghantar mesej susulan)
  2. Open Website (bawa pelanggan ke website anda)
  3. Call Number (terus membuat panggilan kepada anda)
  4. Buy button (pelanggan boleh terus buat pembelian) dan lain-lain lagi..

3. Meningkatkan Reach (capaian) terhadap posting anda.

Untuk mencapai reach yang ramai dan tinggi terhadap posting di Facebook Page atau website, kebiasannya orang akan gunakan FB Ads. Setuju?

Tetapi dengan menggunakan Messenger Marketing, anda boleh hantar mesej secara PERCUMA kepada subscriber anda.

Sebagai contoh, hantarkan mesej yang mengandungi link untuk subscriber anda membaca artikel yang ditulis di blog anda.

Ataupun, anda boleh menghantar mesej untuk memberitahu mereka berkenaan sesi Live yang anda akan buat, atau sesi Live yang sedang berlangsung. Barulah mereka akan lebih alert dan tidak terlepas sesi Live tersebut, jadi jumlah penonton pun akan bertambah.

4. Mempunyai fungsi yang tidak ada pada Emel atau SMS.

Selain itu, kelebihan Messenger Marketing juga adalah, anda juga boleh melakukan banyak perkara lain yang anda tidak akan dapat dengan Emel atau SMS, seperti menghantar pelbagai galeri gambar, audio, file dan banyak lagi.

5. Mendapat Open Rate yang tinggi berbanding Emel

Tahukah anda, majoriti kadar Open Rate (peratusan buka) untuk Emel adalah di bawah 30%?

Namun agak berbeza dengan emel, mesej di Facebook Messenger adalah cepat & mudah untuk menjawab.

Hasilnya, anda akan mendapat Open Rate (peratusan buka) dan Click Rate (peratusan klik) yang tinggi sekitar 85%-90%!

 

Messenger Marketing memberikan anda semua automasi yang anda inginkan, tetapi dengan cara yang mudah. Ini pastinya akan memberi satu pengalaman yang menarik untuk anda terus membina hubungan yang baik dengan pelanggan anda.

Bayangkan, apabila pelanggan perlu menghubungi anda, mereka pastinya tidak akan pergi ke laman web anda. Sebaliknya mereka akan lebih selesa untuk menghantar mesej ke Facebook Page anda. Messenger akan menjadi satu medium di mana mereka boleh menghubungi anda bila-bila masa, sekiranya mereka mempunyai soalan, memerlukan bantuan, atau mahu membuat pembelian.

 

Messenger Marketing Bakal Mengubah Cara Berbisnes!

Boleh dikatakan, Messenger Marketing masih baru di negara kita ini jika nak dibandingkan dengan negara luar seperti US atau Eropah. Di Malaysia, masih ramai yang tidak tahu berkenaan Messenger Marketing ini.

Tetapi dari apa yang kita lihat dengan data diatas, Messenger Messenger pastinya akan menjadi lebih besar dan bakal merubah cara untuk kita berbisnes di masa hadapan.

Sudah ada orang menggunakannya dan mempercayainya!

Dan ianya memberikan banyak manfaat untuk kita sebagai peniaga yang ingin terus berhubung dengan pelanggan kita.

 

Nak Tingkatkan Bisnes Anda Menggunakan Messenger Marketing?

Messenger Marketing bakal menjadi saluran pemasaran yang hebat untuk semua orang, sama ada usahawan, public figure, selebriti, owner produk, stokis dan juga agen untuk mana-mana produk atau servis.

Setiap orang boleh mendapatkan manfaat apabila mengintegrasikan Messenger Marketing ke dalam strategi pemasaran mereka.

Jika anda mahu belajar dengan lebih jelas berkenaan Messenger Marketing ini, anda boleh hadir ke seminar anjuran FunnelEvo.

Di sana nanti anda akan dapat belajar lengkap dan step by step bagaimana cara untuk anda apply Messenger Marketing ke dalam bisnes anda. Malah anda juga bakal mendapat pendedahan sebenar tentang ‘Integrated Online Marketing’ menggabungkan Messenger, Facebook, Google, Website, Emel, dan juga Database.

Baiklah, itu sahaja perkongsian saya dalam artikel kali ini.

Semoga anda belajar sesuatu.. =)

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !