Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/fegroup2/apps/fegroup2/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

5 Kaedah Anda Boleh Jadi Usahawan Online Yang Berjaya

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/fegroup2/apps/fegroup2/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Usahawan sekarang dah jadi macam satu tamadun baru bila terlalu ramai yang dah mula beralih daripada offline kepada perniagaan online. Bukan tu je, pertumbuhan usahawan online harini pun makin meningkat.

Ini merupakan pencapaian yang bagus untuk permulaan tahun baru bila makin ramai yang berniaga dan berdaya saing, makin banyak transaksi yang berlaku dan pertumbuhan ekonomi juga akan menjadi semakin rancak.

Tapi, perlu diingatkan juga. Sebelum nak memulakan sesuatu keputusan terutama kepada mereka yang baru nak memulakan perniagaan online, ini 5 Kaedah Anda Boleh Jadi Usahawan Online Yang Berjaya.

1) Tentukan Jenis Produk/Servis Yang Nak Dijual

Produk atau servis ni ada banyak, ada fizikal dan juga digital. Terpulang jenis yang macam mana anda nak jual. Cara nak tentukan produk atau servis ni tak susah pun, tengok apa masalah yang masyarakat hadapi sekarang dan ‘supply demand‘ tersebut dekat mereka. Jangan main jual ikut apa yang kita rasa kita boleh jual, tapi tengok apa yang orang nak. Baru bisnes boleh kekal lama.

2) Tak Perlu Ada Produk Sendiri

Mesti ada dalam kalangan perniaga baru ni sibuk sangat nak buat produk sendiri kan? Tak salah ada produk sendiri, tapi seeloknya jual dulul produk yang dah sedia ada di market untuk anda belajar menjual secara online terlebih dahulu. Sebab orang cenderung untuk membeli produk yang mereka dah kenal berbanding produk baru. Lagi pun buat produk sendiri ni perlukan masa dan duit yang banyak untuk naikkan branding produk tu sendiri. Untuk permulaan, jual je produk yang orang dah kenal. nanti senang juga untuk anda jual.

3) Pelbagaikan Cara Pembayaran

Sekarang ni orang dah mula beralih kepada online. Jadi kalau boleh semua nak senang kan? Tak kira la dari kesenangan pembeli sekalipun, peniaga juga nak senang. Dari segi pembayaran, pelbagaikan pilihan bayaran seperti bayaran online banking atau e-pembayaran yang lain. Ni kalau ada website sendiri kan senang macam yang saleskip buat.

4) Servis Penghantaran

Sebagai peniaga, servis penghantaran pun kena pandang serius tau. Banyak kali kita dengar barang dah pos, tapi tak sampai pun? Padahal pos dalam Malaysia je pun sebulan baru sampai. Jadi, pilih sebaiknya courier mana yang boleh membuat penghantaran cepat dan selamat untuk pengeposan produk jualan anda. Sebab penghantaran yang cepat akan menjamin kepuasan pelanggan anda tau..

5) Pelbagaikan Channel/Platform Marketing Anda.

Kalau anda asyik gunakan Facebook je sebagai “content pillar” anda, mungkin anda boleh tambah Instagram, Tiktok, Twitter atau mana-mana platform sosial media lain yang anda rasa sesuai supaya konten yang anda post tu akan sampai kepada lebih ramai orang. Bila makin ramai orang dapat, makin banyak la sales yang anda akan dapat.

Tapi, perlu ingatkan juga. Lain bisnes lain cara marketing pelanggannya. Apa yang anda perlu buat, kenal dulu target market anda. Siapa yang patut guna? Lelaki atau perempuan? Umur berapa? Trace semua tu dan in sha Allah jika betul target market anda, maka senanglah untuk anda menjual.

Yang paling penting, bisnes ni semuanya anda kena cuba. Tak boleh cara A, buat cara B. Tak boleh cara B, try lagi sampai jadi.

Boleh tak macam tu? Jika anda nak dapatkan lebih banyak tips bisnes, motivasi dan inspirasi, KLIK DISINI dan join Channel Telegram ini sekarang!

Jangan lupa share artikel ini

Related Articles

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!