5 Jenis Cuti Hak Pekerja Mengikut Akta Pekerja 1955!

Percaya tak bahawa bukan semua pekerja tahu berkaitan cuti yang berhak untuk mereka. Jadi, hari ini kami akan berkongsikan 6 jenis cuti yang berhak untuk pekerja mengikut Akta Pekerja 1955.

Pindaan Akta Pekerja 1955 pada tahun 2022 di parlimen telah memperuntukkan jumlah minimum cuti tertentu yang meliputi semua pekerja kecuali daripada seksyen seperti peruntukan kerja lebih masa (overtime), atau faedah pemberhentian.

Selain itu, akta ini juga hanya diperuntukkan kepada pekerja tertentu sahaja seperti pekerja yang bekerja dalam manual pekerja mahupun pekerja yang diberi gaji bulanan kurang dari RM4,000.

1. Cuti Umum Bergaji.

Cuti kelepasan am jika jatuh pada bersamaan hari Ahad, jadi cuti pada hari tersebut dipinda ke hari berikutnya iaitu Isnin. Namun, memandangkan hari Isnin tersebut juga merupakan cuti umum, maka dipinda lagi ke hari berikutnya, iaitu Selasa.

Mesti anda tertanya-tanyakan hari apa sahaja yang menjadi cuti umum atau kelepasan am untuk pekerja, kan? Untuk pengetahuan anda dalam bahagian 60D di dalam akta memperuntukkan 11 hari cuti umum berbayar dan antara 5 daripadanya adalah:

  • Hari Kemerdekaan
  • Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Agong
  • Hari Keputeraan Yang Di-Pertua Negeri atau Pemerintah
  • Hari Buruh
  • Hari Malaysia

Di samping itu, menurut seksyen 8 Akta Hari Kelepasan 1951, pekerja berhak mendapat cuti kelepasan am pada mana-mana hari yang telah ditetapkan pada tahun tersebut.

2. Cuti Tahunan Bergaji.

Mengikut Seksyen 60E (3B) termaktub di dalam Akta kerja 1955, bilangan cuti tahunan yang diperuntukkan tidak sah sekiranya pekerja gagal hadir bekerja tanpa alasan munasabah sebanyak 10% daripada jumlah kehadiran sepatutnya bagi tahun perkhidmatan semasa.

Bahagian yang sama juga menerangkan jumlah cuti tahunan yang berhak ke atas pekerja iaitu:

  • 8 hari untuk pekerja yang bekerja kurang dari 2 tahun;
  • 12 hari untuk pekerja yang genap 2 tahun bekerja dengan majikan, tetapi kurang dari 5 tahun; dan
  • 16 hari untuk perkhidmatan melebihi 5 tahun atau lebih.

3. Cuti Sakit Bergaji.

Mungkin ada juga yang masih tidak tahu, sekiranya anda jatuh sakit, anda layak mendapat cuti sakit bergaji. Menurut Seksyen 6F, Akta Pekerja 1955, pekerja berhak menerima cuti sakit seperti tertera di bawah:

  • Perkhidmatan kurang 2 tahun, 14 hari
  • Genap 2 tahun tetapi kurang dari 5 tahun, 18 hari
  • 5 tahun dan lebih, 22 hari

Sebagai tambahan, jika pekerja memerlukan rawatan di hospital juga dia berhak mendapat cuti bergaji tidak melebihi 60 hari.

4. Cuti Bersalin.

Rang Undang-Undang Kerja (Pindaan) 2021 telah meluluskan fasal 12 iaitu pemanjangan cuti bersalin untuk pekerja wanita yang mengandung sebanyak 98 hari. Mereka juga berhak mendapat elaun bersalin dengan kadar gaji biasa mengikut syarat kelayakan seperti berikut:

  • Anak tidak melebihi 5 orang
  • Dalam perkhidmatan tidak kurang dari 90 hari (3 bulan) dalam tempoh 9 bulan mengandung
  • Diambil bekerja dalam tempoh 4 bulan sebelum bersalin
  • Memaklumkan tarikh mula bersalin dalam tempoh 60 hari sebelum (jika tidak ada makluman, majikan berhak menyekat elaun bersalin)
  • Usia kandungan tidak kurang 22 minggu (5 bulan 14 hari) – sama ada bersalin, gugur, hidup atau mati.

5. Cuti Paterniti.

Jika pekerja wanita mendapat kelayakan cuti materniti atau cuti bersalin, pasangan mereka pula iaitu pekerja lelaki juga berhak mendapat cuti paterniti.

Cuti ini khas untuk pekerja lelaki untuk membantu penjagaan isteri dan anaknya yang baru dilahirkan. Tambahan pula, cuti paterniti ini amat penting dalam membantu pengawalan emosi isteri serta menunjukkan tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga.

Menurut pindaan 60FA akta yang telah diluluskan di dalam Dewan Rakyat, pekerja lelaki yang telah berkahwin layak mendapat cuti paterniti sebanyak 7 hari pada kadar gaji biasa mereka dengan syarat:

  • Terhad kepada 5 kali berpantang
  • Berkhidmat dengan majikan yang sama sekurang-kurangnya 12 bulan sebelum permulaan cuti
  • Memaklumkan kepada majikan tentang kehamilan 30 hari dari jangkaan berpantang atau seawal mungkin selepas kelahiran.

Walaupun Akta Kerja menjamin yang anda akan dapat juga upah bila bercuti untuk sebab tertentu, anda juga sebenarnya akan berhadapan dengan masalah jika salah guna cuti-cuti yang dah diberikan. 

Haa sekarang anda dah tahu apa cuti-cuti yang anda boleh apply di syarikat anda? Jangan lupa kongsikan kepada kenalan-kenalan anda.

Jangan lupa share artikel ini

Related Articles

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!