Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/funnelevo/apps/funnelevo/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/funnelevo/apps/funnelevo/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/funnelevo/apps/funnelevo/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/funnelevo/apps/funnelevo/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

5 Faktor Usahawan WANITA perlu Contohi Cara Siti Khadijah RA Berniaga


Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/funnelevo/apps/funnelevo/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Pendiri bisnes terutamanya golongan wanita perlu mempelajari serta mencontohi semangat dimiliki tokoh usahawan Islam, Saidatina Siti Khadijah Al-Khuwailid yang berjaya dalam perniagaan walaupun berdepan pelbagai krisis.

Usahawan perlu mempunyai semangat besar dan tidak hanya mengharapkan keuntungan semata-mata.

Terdapat banyak perkara tentang cara Siti Khadijah berniaga yang boleh dicontohi pada zaman moden ini dan boleh dilaksanakan dengan mudah melalui istiqamah serta mengambil tindakan.

Beliau sangat bijak mengembangkan hartanya selain sangat pandai menjaga diri dan maruah. Siti Khadijah sangat suci dan bersih serta pandai membawa diri walaupun ketika itu beliau bekerja dengan golongan lelaki.

Jika ditanya tokoh perniagaan wanita yang perlu sanjungi, sudah pasti Saidatina Siti Khadijah Binti Al-Khuwailid adalah orangnya.  Baginda adalah wanita Arab yang berjaya dalam perniagaan biar pun pada ketika itu masyarakat Arab memandang rendah terhadap kaum wanita. 

Siti Khadijah R.A. sangat dikenali dengan kekayaan dan kemuliaan hatinya yang sanggup meminjamkan sebahagian hartanya untuk modal perniagaan bagi sebilangan masyarakat Arab ketika itu. Kisah perniagaan Siti Khadijah ini turut disaksikan oleh Rasulullah SAW yang juga pernah bekerja di bawah beliau.

Terdapat banyak perkara tentang cara Siti Khadijah berniaga yang boleh kita contohi pada zaman moden ini. Kebanyakannya boleh kita laksanakan dengan mudah, kita cuma perlu istiqomah dan ambil tindakan!

Kenapa usahawan wanita perlukan lelaki?

Apabila kita membuka bisnes, kita perlu mempunyai kuda-kuda perang. Ambil pekerja lelaki sebagai orang kuat dalam bisnes kita. Lelaki itulah yang memainkan peranan sebagai kuda perang kita.

Mengapa majikan perempuan memerlukan lelaki-lelaki pintar dan berbakat bekerja dengannya? 

1. Lelaki Lebih bebas bergerak.

Lelaki lebih bebas bergerak dibandingkan perempuan. Lelaki dapat bergerak ke sana ke mari dengan tidak melanggar norma-norma masyarakat dan budaya Asia, lebih-lebih lagi budaya Melayu. Setuju?

Jika seseorang wanita itu belum berkahwin, pastinya ibu bapa mereka tidak semudahnya memberikan kebenaran untuk anak perempuan mereka keluar. Manakala jika seseorang itu telah berkahwin, pastinya suami tidak memberi keizinan untuk keluar secara bebas.

2. Halangan tempat-tempat yang tidak sesuai untuk wanita.

Di dalam dunia perniagaan tidak ada tempat yang lelaki tidak dapat masuk, manakala banyak tempat tidak sesuai dimasuki oleh perempuan.

Kita tidak perlu berfikir jauh, cuba kita lihat disekeliling kita sahaja. Jika pekerjaan itu dimonopoli oleh kaum lelaki sahaja sudah cukup untuk menghalang wanita untuk tidak memasuki kawasan itu seperti bekerja di site pembangunan, Offshore dan lain-lain.

Jangan pelik siap ada artikel yang menulis tempat yang dilarang masuk oleh wanita tau.

3. Lelaki mudah keluar rumah pada waktu malam.

Lelaki mudah keluar rumah pada waktu malam untuk urusan bisnes, manakala perempuan sukar keluar rumah pada waktu malam. 

Islam melarang umatnya untuk melakukan sesuatu tanpa stujuan, hal tersebut semata-mata demi kebaikan manusia itu sendiri. Dan setiap larangan dalam Islam pun tidak bersifat memberatkan ataupun merugikan, justru sebaliknya, bersifat melindungi dan menguntungkan manusia.

Namun, meskipun tidak ada dalil atau firman Allah yang melarang mengenai hukum wanita keluar pada malam hari, sebagai wanita yang baik kita perlu tahu waktu dan batasan saat akan keluar rumah.

Sebagai wanita yang baik,  alangkah baiknya tidak terlalu sering keluar rumah pada malam hari, dan juga tidak keluar pada larut malam jika memang tidak ada keperluan yang sangat mendesak, karena hal tersebut tidaklah baik, dapat berakibat buruk  karena wanita merupakan aurat.

Setiap wanita melangkahkan kakinya keluar rumah, maka setan akan memperindahnya. Sebagaimana yang dikatakan dalam hadits berikut :

“Wanita itu adalah aurat, ketika ia keluar, setan akan memperindahnya.” (HR. At-Tirmidzi)

Anda boleh baca hukum wanita keluar malam di sini ->> Hukum Wanita Keluar Malam.

4. Lelaki bebas travel ke mana sahaja dan berapa lama yang mereka mahu.

Lelaki mudah pergi menjalankan tugas outstation atau ke luar kawasan sampai berhari-hari, malah berminggu-minggu. Hal itu lebih sukar dilakukan oleh perempuan, apatah lagi perempuan yang mempunyai anak kecil. 

5. Suara dan pendapat lelaki lebih berpengaruh dibandingkan perempuan.

 Di situ pentingnya kita melantik jurucakap lelaki untuk menyampaikan taklimat, pitching dan berunding. Itu lebih-lebih kritikal apabila pitching itu dibuat di hadapan barisan anggota panel lelaki.

Demi masa depan bisnes kita, pilih lelaki-lelaki yang layak dan bijak. Mereka itu nanti yang membantu mengembangkan bisnes kita. Itulah tugas kuda perang kita. 

Adakah semua lelaki mampu membawa kebaikan kepada bisnes kita?

1. Mereka mesti mampu menjadi seorang pemikir bisnes. 

Mereka perlu menjadi orang yang mencetus idea dan permulaan untuk mengerakan bisnes ke level yang lebih baik.

2. Mereka mesti mampu membantu kita mencipta semua strategi-strategi jangka masa pendek, jangka masa sederhana, dan jangka masa panjang bagi mengembangkan bisnes kita. 

3. Mereka juga mampu membantu kita melaksanakan strategi-strategi itu.

Hanya lelaki yang cergas dapat menjadi kuda perang yang baik, yang mampu membantu kita membesarkan bisnes kita.

Bermakna, kita sebagai usahawan perempuan mesti mampu membuat lelaki-lelaki pintar suka bekerja dengan kita sebagai majikan mereka.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua usahawa-usahawan di luar sana. Insya-Allah.

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !