5 Faktor Pinjaman Bank Tak Lulus!

Macam-macam dokumen dah submit pada bank. Semua step permohonan pun dah ikut tapi kenapa pinjaman bank tidak lulus juga sampai hari ini? Di mana silapnya?

Dah, jangan kusut sangat cari jawapan. Mari saya kongsikan punca dan sebab kenapa kena reject pemohonan pinjaman syarikat anda.

1 .Usia syarikat yang belum cukup matang.

Ini juga merupakan sebab mengapa bank tidak dapat proses pembiayaan anda. Sebilangan besar bank lebih suka membiayai perniagaan yang mempunyai sejarah operasi sekurang-kurangnya 2 tahun hingga 3 tahun.

Hal ini adalah perniagaan yang masih baru merekodkan tahap kegagalan yang tinggi. Rekod menunjukkan kira-kira 50% -70% perniagaan kecil gagal dalam 18 bulan pertama. Oleh itu, perniagaan yang masih baru sangat sukar untuk mendapatkan sebarang bentuk pembiayaan perniagaan pada tahap awal.

Walaupun beberapa bank masih ada yang menyediakan pinjaman kecil untuk bisnes baru, tetapi ia masih memerlukan minimum 6 bulan hingga 12 bulan sejarah operasi, ditambah dengan rancangan perniagaan dan sasaran aliran tunai untuk menguatkan permohonan pembiayaan.

Jadi jika bisnes anda masih baru, peluang untuk pinjaman anda lulus sangat sukar.

2. Tidak Merekod Traksaksi Jualan.

Pihak bank juga akan melihat aliran tunai (cash flow) perniagaan anda.

Ini untuk memahami sama ada anda mempunyai aliran tunai yang mencukupi untuk menampung perbelanjaan perniagaan anda dan mampu membayar hutang.

Pihak bank akan mengesan risiko ketika proses permohonan pembiayaan perniagaan anda jika perniagaan anda membelanjakan lebih banyak wang daripada yang diterima.

Mengekalkan aliran tunai yang sihat adalah cabaran besar bagi banyak perniagaan, walaupun perniagaan anda menguntungkan. Ini kerana anda perlu membayar pembekal terlebih dahulu sebelum mendapat bayaran untuk perkhidmatan anda.

Oleh itu, pastikan anda mempunyai sistem pengurusan tunai yang betul. Contohnya, segera keluarkan invois, mengutip hutang dengan cepat dan sebagainya.

3. Penilaian Skor Kredit yang Lemah.

Skor kredit digunapakai oleh pihak bank serta institusi kewangan untuk mengukur kelayakan seseorang atau perniagaan sebelum meluluskan permohonan pembiayaan.

Walaupun syarikat anda telah lama berniaga, skor kredit peribadi anda juga turut dinilai ketika pembiayaan perniagaan anda sedang diproses. Antara faktor yang memberi kesan buruk kepada skor kredit anda adalah disebabkan oleh isu tunggakkan bayaran pembiayaan sedia ada, pembayaran lewat, isu yang melibatkan mahkamah (CTOS) dan juga kurang rekod sejarah kewangan yang menyebebkan sukar untuk menilai skor kredit anda.

Pantau skor kredit peribadi dan perniagaan anda sebelum menghantar permohonan pembiayaan perniagaan anda. Sekiranya skor kredit rendah adalah penyebab permohonan pembiayaan anda ditolak, semak skor anda dan ambil langkah untuk memperbaiki.

4. Rekod Hutang Yang Tinggi.

Baki hutang pembiayaan sedia ada yang turut memberi kesan ketika permohonan pembiayaan perniagaan yang baru sedang diproses.

Semakin tinggi baki hutang pembiayaan perniagaan anda, semakin tinggi risikonya dan berkememungkinan permohonan anda akan ditolak. Pastikan anda mengetahui jumlah had pembiayaan yang anda perlukan dan mengekalkan penggunaan hutang yang berpatutan.

5. Permohonan Kertas Kerja yang Tidak Lengkap.

Sebab lain mengapa institusi kewangan menolak permohonan pembiayaan perniagaan anda adalah kerana permohonan yang tidak lengkap. Anda mungkin mendapati ini mengejutkan tetapi sayangnya, perkara ini biasa terjadi.

Ramai yang masih keliru dengan borang permohonan pembiayaan yang rumit dan senarai dokumen sokongan yang sangat panjang. Dari rancangan perniagaan, penyata cukai, penyata bank hingga penyata kewangan, dokumen undang-undang dan sebagainya.

Selalu periksa dua kali ganda permohonan pembiayaan perniagaan anda sebelum menghantar pemohonan pinjaman.

Bagaimana? Belajar sesuatu daripada perkongsian ini? Jangan lupa kongsikan kepada kenalan anda!

Nak belajar grow bisnes lebih laju? Daftar sekarang di Amazing Founder : Grow Bisnes Lebih Laju!

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !