5 Checklist Usahawan Untuk Persiapan Menghadapi Tahun 2024!

Salam usahawan, bagaimana keadaan bisnes anda setakat bulan Oktober 2023? Adakah baik? Masih on track atau sebaliknya?

Apa pun keadaan bisnes anda, hidup mesti diteruskan, bisnes tetap harus berjalan. Bagi mengelakkan kerugian saya kongsikan kepada anda terutamanya bagi usahawan checklist usahawan untuk persiapan menghadapi tahun 2024.

1. Senaraikan apa cabaran yang telah di hadapi tahun 2023.

Perkara pertama yang anda perlu buat adalah senarai masalah dan isu-isu yang timbul sepanjang tahun 2023.

Tak kisah, sama ada besar atau kecil, semua kena catat. Ini akan membantu anda faham apa yang boleh ditangani pada masa akan datang.

Contoh, jika anda cabaran dari segi team, ini merupakan masalah besar kerana ia boleh menggangu operasi bisnes. Jadi, tahun depan, anda perlu melatih atau mencari lebih ramai team untuk support production anda.

Anda perlu mula dengan kenalpasti masalah-masalah utama. Tanya diri anda, apa yang buatkan bisnes anda terganggu? Mungkin jualan menurun, kos meningkat, atau pelanggan tidak berpuas hati.

Setiap masalah pasti ada punca. Jadi, anda perlu kenalpasti kenapa masalah tu berlaku. Apa puncanya?

Selepas kenal pasti masalah dan punca, anda perlu fikir solusi untuk setiap masalah tu. Contohnya, kalau persaingan kuat dalam pasaran, mungkin anda boleh fikir cara nak highlight USP produk anda atau tambah nilai dalam layanan pelanggan anda.

Akhirnya, kena buat tindakan terhadap masalah-masalah yang korang dah kenal pasti. Plan strategi untuk penyelesaian, tetapkan deadline, dan pastikan anda berjaya selesaikan cabaran yang lalu pada masa hadapan.

2. Post Mortem Operasi Bisnes Pada Tahun 2023.

Sebelum anda plan lebih jauh tentang perjalanan bisnes tahun hadapan, anda perlu buat analisis dan post mortem bisnes tahun 2023 terlebih dahulu.

Apa perkara betul yang dah buat? Apa yang tidak capai target? Dan apa yang gagal.

Perkara ini penting kerana ia menjadi asas untuk anda buat perancanganuntuk tahun depan dan anda tidak lagi ulang apa yang gagal pada tahun ini.

Contoh, kalau sales meningkat 40% sepanjang 2023, anda perlu tahu apa puncanya, supaya boleh buat lebih baik pada tahun depan. Jika ada servis yang tak laku, fikir cara nak perbaiki atau kalau perlu remove produk tu.

Tetapi anda perlu ingat proses ini perlu ada data dan fakta yang menyokong kesahihan sesuatu statement. Termasuklah record jualan, kos iklan, keuntungan, dan apa-apa statistik penting lain yang berkaitan dengan produk atau servis terbabit.

Anda perlu analisis kewangan bisnes. Go thru jualan, untung rugi, dan margin keuntungan. Kalau untung kurang dari rugi, kena ambil tindakan. Jangan lupa check cash flow tau.

Lepas anda dah kaji semua data dan feedback, buat perubahan yang diperlukan.

3. Kaji Apa Pesaing Buat.

Jangan syok sendiri! Dalam perniagaan anda perlu tahu apa yang pesaing anda buat. Apa pendekatan yang mereka gunakan? Apa yang terbaru mereka buat?

Dengan buat langkah ini, anda boleh susun strategi yang lebih baik.

Dalam dunia bisnes, kita perlu kenalpasti siapa pesaing kita, apa yang mereka buat, dan macam mana kita boleh kedepan daripada mereka. Jadi, ayuh saya kongsi cara nak buat kaji pesaing..

Senaraikan semua pesaing utama anda. Kaji profil pesaing-pesaing, apa produk yang mereka tawarkan? Berapa lama merela telah beroperasi? Berapa cawangan atau team mereka?

Ni yang penting! Kenalpasti apa USP pesaing anda, dan apa kelemahan mereka.

Kemudian anda buat perbandingan antara bisnes anda dengan pesaing. Apa yang anda boleh tawarkan yang pesaing tidak boleh? Ini boleh jadi USP anda.

Namun begitu, pesaing bukanlah musuh, berniaga dan bersainglah secara sihat.

4. Kenalpasti Pasaran dan peluang baru tahun 2024.

Jangan lupa untuk cari peluang yang boleh wujud sepanjang tahun 2024. Ni penting untuk anda sentiasa berada di hadapan berbanding pesaing.

Jika anda nak berjaya dalam bisnes, anda perlu pandai kenalpasti peluang dan potensi yang boleh wujud sepanjang tahun 2024. Macam mana nak cara nak buat tu?

Anda perlu pantau trend pasaran sebagai petunjuk. Contohnya, kalau anda berniaga pakaian, tengoklah apa yang trendy sekarang, sama ada warna, rekaan, atau gaya pakaian untuk persiapan raya tahun hadapan.

Jangan hanya fokus pada pasaran tempatan je. Pantau pasaran global juga. Apa yang berlaku di luar negara boleh jadi petunjuk tentang peluang yang boleh wujud dalam pasaran tempatan anda.

Ingat! Peluang ni tak bergolek sendiri. Anda perlu sentiasa berusaha dan berinovasi, barulah anda boleh capai kejayaan dalam bisnes, insya-Allah.

5. Nyatakan Permintaan Pasaran Tahun Lalu dan Tahun 2024!

Akhir sekali, aanda perlu buat market analysis. Apa yang berlaku dalam pasaran tahun lepas?

Trend apa yang timbul? Ini akan bantu anda buat ramalan untuk tahun depan.

Apa yang anda perlu buat dalam market analysis?

Anda perlu kenalpasti apa-apa perubahan dalam pasaran. Ada tak perkara yang berubah dalam kaedah cara pembelian atau perkhidmatan? Mungkin ada teknologi baru atau peraturan baru yang mempengaruhi pasaran seperti kaedah pembayaran QR.

Pasaran sentiasa berubah, jadi korang kena fleksibel dan boleh berubah mengikut keadaan.

Tukar strategi anda bila perlu. Kalau korang dah ramal permintaan sesuatu produk tu akan meningkat, buat persediaan awal atau buat promosi yang sesuai.

Bila kita dapat explore pasaran dan buat jangkaan yang betul, kita boleh buat perancangan yang lebih baik untuk tahun hadapan insya-Allah.

Adakah anda usahawan yang menghadapi cabaran dalam bisnes? Atau anda nak upgrade ilmu untuk bersedia menghadapi cabaran tahun 2024?

Daftar sekarang ke Amazing Founder: Grow bisnes lebih laju sekarang!

Jangan lupa share artikel ini

Related Articles

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!